Thursday, January 5, 2012

Pemain Malaysia Terpilih Dalam Skuad Bawah 23 Tahun Asia 2011

Dua pemain Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat dan Fadhli Shas telah terpilih dalam kesebelasan utama skuad bawah 23 tahun asia ( Asian under -23 Best X1 2011 ) pilihan laman web bolasepak Goal.Com, sebuah laman web bolasepak terkenal antarabangsa untuk tahun 2011.



Kedua-dua mereka adalah pemain yang membantu Malaysia menjuarai kejohanan
bolasepak Piala Suzuki (AFF) 2010 dan juga membantu Malaysia mempertahankan pingat emas Sukan Sea ke-26 selepas menewaskan tuan rumah, Indonesia tempoh hari.

Senarai Penuh Pemain - Asian Under -23 Best X1 2011

Penjaga Gol
1. Khairul Fahmi Che Mat  - Kelantan / Malaysia

Pertahanan
2. Hiroki Sakai - Kashiwa Resyol / Japan
3. Fadhli Shas - Harimau Muda A / Malaysia
4. Rhys Williams  - Middlesbrough / Australia
5. Ehsan Hajsafi  - Tractor Sazi / Iran

Tengah
6. Hiroshi Kiyotake  - Cerezo Osaka / Japan
7. Ki Sung Yueng - Celtic / South Korea
8. Odil Ahmedor - Anzhi Makhachkala / Uzbekistan
9. Andik Vermansyah - Persebaya 1927 / Indonesia

Penyerang
10. Ji Dong-Won - Sunderland / South Korea
11. Jeje Lalpekhlua - Pune FC / India

Sementara ini seorang lagi pemain Malaysia iaitu Safee Sali yang kini bermain untuk Pelita Jaya dalam Liga indonesia telah terpilih sebagai pemain simpanan dalam skuad Asia Best X1 2011.

3 comments:

  1. Whoa..tahniah dan harap2 mereka terus bersinar di arena antarabangsa..nak juga tengok team Malaysia ni at least masuk Asia Cup dlm masa yg terdekat..@Blog Sikarap

    ReplyDelete
  2. betul tu nancy, jika malaysia layak masuk asia cup, barulah kita setaraf dengan jaguhan asia yang lain.

    ReplyDelete

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...