Tuesday, October 9, 2012

Kelayakan Piala Asia 2015 Malaysia Diundi Dalam Kumpulan D


Skuad bola sepak negara, Harimau Malaya  berdepan laluan sukar  pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015 apabila diundi dalam Kumpulan D bersama tiga pasukan dari negara Arab iaitu Qatar, Bahrain dan Yaman dalam udian yang dijalankan sebentar tadi.

Hanya dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan layak secara automatik ke pusingan akhir kejohanan bersama pemenang ketiga terbaik daripada lima kumpulan.
Empat pasukan melayakkan diri secara automatik iaitu Australia selaku tuan rumah, Jepun selaku juara bertahan manakala dua lagi slot diisi oleh KoreaSelatan selaku pemenang tempat ketiga Piala Asia 2011 di Qatar serta KoreaUtara selaku juara Piala Cabaran AFC tahun ini. Slot automatik kelima akan diberikan kepada pemenang Piala Cabaran AFC pada 2014.
Pusingan akhir Piala Asia 2015 dijadual berlangsung di empat bandar di Australia pada Jan 2015 iaitu Melbourne, Brisbane, Sydney dan Canberra.
Sebagai rekod, skuad bola sepak negara melayakkan diri ke pusingan akhir kejohanan bola sepak empat tahun sekali itu di Iran (1976), Kuwait (1980) dan 2007 selaku tuan rumah bersama Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Sunday, October 7, 2012

KL Gangster diangkat sebagai Filem Terhebat Anugerah Blokbuster


Filem KL Gangster arahan pengarah muda, Syamsul Yusof,29, mengungguli Anugerah Blokbuster 2011 apabila diangkat sebagai Filem Terhebat  yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam malam tadi.  Kemenangan itu membolehkan KL Gangster membawa pulang trofi serta wang tunai keseluruhan berjumlah RM15,000.

Selain Filem Terhebat, KL Gangster turut memenangi bagi kategori Filem Aksi Terhebat dan Tuan Director Terhebat. Anugerah Blockbuster 2011 yang baru pertama kali diperkenalkan ini akan menjadi acara tahunan yang bertujuan memartabatkan filem-filem serta penggiat seni tempatan yang dianjurkan oleh Persatuan Penerbit Filem (PFM) dengan kerjasama Astro.
Filem yang bertanding dalam Anugerah Blockbuster 2011 adalah karya yang ditayangkan bermula 1 Januari 2011 sehinggalah 31 Disember 2011.
Sebanyak 16 kategori yang melibatkan hampir 40 pencalonan (bagi setiap kategori) diperkenalkan menggunakan 100 peratus undian daripada peminat.
Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Blokbuster 2011:
Anugerah Filem Paling Hebat
-KL Gangster
Anugerah Tuan Direktor Terhebat
- Syamsul Yusof – KL Gangster
Anugerah Direktor Baru Terhebat
- M Suurya – Sumpahan Puaka
Anugerah Filem Aksi Terhebat
- KL Gangster
Anugerah Filem Kelakar Terhebat
- Hantu Bonceng
Anugerah Filem Takut Terhebat
- Khurafat
Anugerah Drama Muzikal Terhebat
- Nur Kasih The Movie
Anugerah Hero Terhebat
- Zizan Razak – Hantu Bonceng
Anugerah Heroin Terhebat
- Yana Samsudin – Bini-Biniku Gangster
Anugerah Watak Penyangak Terhebat
- Fikri Bakar – Klip 3GP
Anugerah Lagu Filem Terhebat
- Ombak Rindu
Anugerah Hero Baru Terhebat
- Shahir (Karak)
Anugerah Heroin Baru Terhebat
 - Tasha Shilla – Ratu The Movie
Anugerah PFM
- Syamsul Yusof
Anugerah Astro First Terhebat
- Kongsi

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...