Monday, October 28, 2013

Tarikh Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar Terjawab


Tarikh pernikahan Pelakon Fizo Omar dengan anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim, 24, terjawab apabila pasangan itu mengesahkan akan melangsungkannya pada 10 November ini. Keluarga Fizo pada 28 Ogos lalu telah menghantar rombongan merisik Mawar selepas hampir setahun berkenalan.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, berkata, majlis akad nikah akan diadakan pada tarikh berkenaan di rumah keluarga perempuan iaitu di Country Heights, Kajang dekat sini.
Majlis nikah akan diadakan pada pukul 9 pagi dan akan disiarkan secara langsung menerusi slot Nasi lemak Kopi O di TV9. Majlis bertunang pula akan diadakan sehari sebelum majlis nikah iaitu pada 9 November. 

Saturday, October 26, 2013

Pahang Layak ke Final Piala Malaysia

Skuad Bolasepak Pahang layak ke final Piala Malaysia 2013 dengan kemenangan agregat 4-2 ke atas Sarawak selepas perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Negeri, Kuching,Sarawak sebentar tadi setelah mencatatkan keputusan seri 1-1.
Bobby Gonzale membuka jaringan untuk Sarawak pada minit ke-32 manakala Pahang menyamakan kedudukan pada minit ke-74 menerusi jaringan Fauzi Roslan.
Pada separuh akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan, 19 Oktober lepas, Pahang mengalahkan Sarawak 3-1.
Pahang akan menentang juara bertahan Kelantan pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, 3 November ini.

Friday, October 25, 2013

Kelantan Mara ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia

Juara bertahan, Kelantan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan agregat 4-3 selepas seri 2-2 pada separuh akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, sebentar tadi. Kelantan mara ke final dengan agregat 4-3 selapas menang 2-1 pada perlawanan pertama.
Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh  Fakri Shaarani pada minit ke-82 dan  ketua pasukan Badri Radzi pada minit ke-85. Sebelum itu Marlon Alex James menjarigkan dua gol untuk ATM pada minit ke-17 dan minit ke-34. 

Monday, October 21, 2013

Pantai Teluk Cempedak Kuantan

Teluk Cempedak  adalah pantai perkelahan yang terkenal dan popular di Kuantan, Pahang. Pantai Teluk Cempedak terletak kira-kira 5 kilometer dari pusat bandar di Kuantan dan terletak di berhampiran dengan Kelab Golf Diraja Pahang.





Pantai berpasir putih dan Casuarinas indah dan pokok-pokok pain garis pantai , dengan beberapa tanjung berbatu menghadap pukulan ombak berterusan dari Laut China Selatan. Semua ini digabungkan untuk membuat pantai tenang dan menarik yang menjadi tumpuan ramai terutamanya pada hujung minggu . Anda juga boleh melihat bot nelayan di laut pada siang hari dan kelipan lampu bot mereka pada waktu malam. Perkampungan nelayan Tanjung Api dan Beserah hanya kira-kira 5 km dari sini.





Pantai Teluk Cempedak merupakan salah satu tarikan pelancongan utama Kuantan untuk pelancong dan penduduk tempatan kerana kesesuaiannya untuk aktiviti air seperti berenang , melayari, berjemur , belayar, dan jet ski. Anda juga boleh berjalan-jalan di laluan pejalan kaki untuk ke Teluk berhampiran sambil menonton ombak pecah di atas batu.



Setelah penat  melakukan aktiviti, anda bolehlah menjamu selera di Restoran atau gerai-gerai makanan tempatan dan barat yang berhampiran dan semuanya  berdekatan  dengan pantai yang  berpasir putih.




Untuk penginapan, hotel  yang paling hampir adalah Hotel Hyatt Regency Kuantan  yang terletak hanya beberapa meter dari pantai. Klik di sini untuk mencari penginapan di sekitar Kuantan. Penginapan Di sini




Sunday, October 20, 2013

Penyandang Jawatan Naib Presiden UMNO Kekal

Tiada kejutan sekali lagi apabila penyandang jawatan naib presiden berjaya mengekalkan kedudukan mereka dalam Pemilihan Umno 2013, Sabtu.
Keputusan ini mengekori 'trend' keputusan sayap Wanita dan Pemuda minggu lepas apabila perwakilan mengundi untuk status quo.
Jelas sekali perwakilan merasakan ada keserasian di antara penyandang Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn untuk dikekalkan jawatan naib presiden Umno bagi penggal 2013-2016.

Keputusan rasmi diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tan Sri Tajol Rosli Ghazali di ibu pejabat Umno di PWTC pada jam 1.40 pagi tadi.

Keputusan rasmi pemilihan naib presiden Umno penggal 2013 ~2016.

1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi - 185
2. Datuk Seri Shafie Apdal -174
3. Datuk Seri Hishammuddin Hussein - 100
4. Datuk Mukhriz Mahathir - 91
5. Tan Sri Isa Samad - 7
6. Datuk Seri Mohd Ali Rustam - 7

Tuesday, October 8, 2013

Pemain Harimau Muda A yang dikekalkan 2014.

Pasukan Harimau Muda A akan melepaskan tiga orang pemainnya yang berumur 23 tahun iaitu Izzaq Faris Ramlan, Muhammad Syahid Zaidon dan Muhammad Hazwan Rahman kerana telah tamat umur bersama skuad bagi tempoh 2014/15.
Bagi tempoh 2014/15 tiga pemain ini telah mencecah usia 23 tahun. Walaubagaimanapun pihak pengurusan Harimau Muda A  juga bersetuju untuk memberi pilihan kepada enam lagi pemain (berumur 22 tahun) untuk kekal bersama pasukan ini atau kembali ke kelab masing-masing.
Enam pemain tersebut  ialah Mohd Irfan Fazail, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Mohd Izham Tarmizi Roslan,Thamil Arasu dan Ahmad Hazwan Bakri.
Pemain-pemain ini akan dipanggil sekiranya khidmat mereka diperlukan bagi menghadapi perlawanan Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan tahun depan .
Barisan Pemain Harimau Muda A yang dikekalkan 2014.

Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Mohamad Fandi Othman, Gary Steven Robbat, Mohd Amar Saidin, Mohammad Ferris Danial Mat Nasir, D. Saarvidran, Md Rozaimi Abdul Rahman, Muhammad Nurridzuan Abu Hassan, Saiful Ridzuwan Selamat, Syahrul Azwari Ibrahim, Shahrul Mohd Saad, Mohd Farhan Abu Bakar, Kenny Pallraj, Mohamad Firdaus, Wan Ahmad Amirzafran, Muhammad Ariff, Adam Nor Azlin.

Sunday, October 6, 2013

Pahang, ATM, Kelantan dan Sarawak Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Juara bertahan, Kelantan dan Juara Liga Perdana, Sarawak mengesahkan slot ke separuh akhir Piala Malaysia selepas berjaya menundukkan lawan masing-masing pada perlawanan suku akhir kedua, malam tadi.
Kelantan mencatatkan kemenangan besar 6-1 ke atas Johor Darul Takzim (Johor DT) untuk mara dengan keputusan agregat 8-5 manakala Sarawak menumpaskan Sime Darby FC dengan agregat 3-1.
Pada saingan separuh akhir, Kelantan akan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala Sarawak berdepan dengan Pahang. Perlawanan separuh akhir pertama akan diadakan pada 18 dan 19 Okt. ini dan perlawanan timbal balik pada 25 dan 26 Oktober ini.

Pada Jumaat, ATM menempah slot separuh akhir dengan kemenangan agregat 4-2 ke atas Lions XII dari Singapura manakala Pahang menang agregat 5-2 ke atas pasukan PKNS FC Selangor.

Hari Raya Haji tahun ini pada Selasa, 15 Oktober

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha tahun ini pada Selasa, 15 Oktober ini melalui pengumuman yang dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad .
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1434 Hijrah ialah pada 6 Oktober 2013 Masehi.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Selasa, 15 Okt 2013 Masihi," katanya. 

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...