Tuesday, September 27, 2011

Isu Hantu Bonceng Selesai


Isu filem Hantu Bonceng keluaran Excellent Pictures yang hangat diperkatakan mempersendakan kalimah syahadah akhirnya selesai selepas Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) yang diwakili oleh Nasrudin Hassan menerima penjelasan daripada penerbit filem tersebut Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Filem Hantu Bonceng dikecam oleh DPP kerana dikatakan telah mempersendakan kalimah syahadah dan menghina agama Islam.

Dalam satu adegan filem itu, Zizan (membawa watak Amran) yang pengsan di hospital akibat kemalangan tiba-tiba terkejut selepas terbayangkan wajah hantu lalu menyebut "Asyhadu anna Muhammadar... Syaitan".

Pihak yang mempertikaikan dialog berkenaan mendakwa ia membawa maksud jika diterjemahkan seolah-olah berbunyi seperti "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu... Syaitan

Sebelum ini Zizan telah membuat pernyataan maaf kepada semua masyarakat Islam di negara ini melalui laman Twitter miliknya, “ Sy(saya) paham, apa yang salah, salah jugak(juga), tapi pasal hina islam mmg(memang) jauh dari otak pkiran(fikiran) sy(saya) la..xde(tiada) lgsung(langsung) terniat. Ini adalah Agama dan Rasul sy(saya). Maaf sekiranya saya silap,” katanya.

Excellent Pictures dalam satu kenyataan berkata dalam pertemuan itu kedua-dua pihak sebulat suara mencapai penyelesaian dalam suasana yang cukup mesra dan menganggap isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan lagi.

Monday, September 26, 2011

Melanjutkan umur persaraan sektor swasta kepada sekurang-kurangnya 60 tahun

KUALA LUMPUR 26 Sept – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berharap kerajaan akan melanjutkan umur persaraan sektor swasta kepada sekurang-kurangnya 60 tahun daripada 55 tahun sekarang ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Azlan Zainol berkata, beliau berharap pelanjutan umur persaraan itu dibuat pada pengumuman bajet akan datang.
"Saya berharap pada 58, jika tidak 60, sebagai umur persaraan,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Penjagaan Kesihatan dan Pencen Swasta Malaysia 2011 di sini hari ini.

Beliau juga mengharapkan sesuatu bagi gaji minimum dimasukkan dalam bajet tersebut.
Terdahulu dalam ucaptamanya, Azlan berkata, dua isu yang perlu ditangani Malaysia dalam melaksanakan sistem pencen yang efisien.
"Satu daripadanya ialah jumlah rakyat berusia yang meningkat pantas dan keduanya, jumlah simpanan persaraan yang rendah yang menjadikan pesara terdedah untuk menjadi miskin,” katanya. – Bernama

Monday, September 19, 2011

My Idol Raja Sehari 1Malaysia 1Pasangan- 10 Pasangan Kahwin Percuma


Bertuahnya bagi sepuluh pasangan yang terpilih dalam program My Idol Raja Sehari 1Malaysia 1Pasangan akan melangsungkan perkahwinan secara percuma di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu pada 21 dan 22 Oktober ini. Pihak penganjur akan menanggung semua perbelanjaan perkahwinan mereka dan menyumbangkan RM5,000 kepada setiap pasangan untuk kegunaan mereka.

Pasangan yang terpilih itu adalah daripada 19 pasangan yang memohon dalam progam itu sejak diperkenalkan Jun lepas yang dianjurankan oleh pejabat UMNO Kuala Terengganu dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Pejabat Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negeri.

Kesemua pasangan yang menyertai program ini perlu menulis sebuah karangan ”Kenapa Saya Layak Dipilih” tidak kurang 300 perkataan dan melepasi beberapa sesi temu ramah yang dikendalikan wakil dari pejabat agama, pensyarah daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pegawai perhubungan UMNO Terengganu.

Syarat penyertaan yang dikenakan ialah setiap pasangan lelaki memperoleh pendapatan di bawah RM1,500 sebulan dan seorang daripada pasangan itu berumur 21 tahun atas, belum pernah berkahwin dan bermastautin di Kuala Terengganu.

Thursday, September 15, 2011

ISA Akan Dimansuhkan


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam tadi mengumumkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

"Seperti yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya ketika mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," kata Datuk Seri Najib semasa pengumuman tersebut.

"Untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara," katanya.
Beliau mengumumkan keputusan itu dalam perutusan khas Hari Malaysia di Angkasapuri.

Thursday, September 8, 2011

Hantu Bonceng - Zizan Razak dan Juliana Evans



Mampukah Filem komedi-seram arahan Ahmad Idham , "Hantu Bonceng", lakonan Zizan Razak ( Zizan Raja Lawak ) dan Juliana Evans, yang telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM5 juta dalam tempoh lima hari tayangan, mencipta sejarah kutipan tiket tertinggi dalam industri perfileman negara.

Ditayangkan serentak pada 31 Ogos lalu di 80 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei, lebih 500,000 penonton telah menyaksikan filem ini di pawagam berdasarkan perkiraan tiket yang bermula daripada tarikh filem ini ditayangkan sehingga 4 September lalu.

Kutipan tiket tertinggi sebelum ini dipegang oleh Filem KL Gangster keluaran Skop Production dengan kutipan sebanyak RM11.74 juta.

Menerusi siaran akhbar daripada Excellent Pictures, Ahmad Idham mengucapkan terima kasih atas sokongan pelbagai pihak dalam mencipta sejarah perfileman tanah air, termasuklah media, barisan pelakon filem "Hantu Bonceng" serta penonton.

"Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton dan peminat, dan diharapkan sokongan yang diterima ini berterusan untuk memastikan "Hantu Bonceng" mampu melakarkan satu lagi sejarah perfileman tempatan dan kita mampu berbangga dengan produk filem sendiri," katanya.

Filem ini mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.

Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.

Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.

Filem ini turut dibantu oleh Jue Aziz, Taiyuddin Bakar, Dottie dan Zahid AF.

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...