Tuesday, May 31, 2011

Salih Yaakob Kahwin Isteri ke-4

Assalamualaikum semua, Tahniah kepada penyanyi, pelakon, pengacara dan penyampai radio, Salih Yaakob kerana selamat diijabkabulkan dengan isteri ke-4, Samihaah Sheikh, 25.
Mereka dinikahkan di Masjid Jamed Bandar Kulaijaya, Johor pada 30 Mei.




Salih Yaakob pernah membintangi filem Keluarga 99, Mr.Os, Awang Spanar, Bos, Jejaka Perasan, Janda Meletup dan Otai.
Sementara dalam bidang nyanyian pula diantara lagu yang mendapat tempat dihati peminat beliau ialah Gali Lubang Tutup Lubang dan Puteri Remaja.
Salih sekarang sedang top sebagai penyampai radio Sinar Fm.





Salih & Emi 

Monday, May 30, 2011

Bakal Didenda Rm100 Kerana 'Polis Bodoh'

Akibat mulut kena bakal didenda Rm100, itulah yang terjadi kepada seorang gadis pekerja butik, Nur Shafa Watiha Wahad, 20 gara-gara mengeluarkan perkataan 'polis bodoh', terhadap seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas di depan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Terengganu kira-kira pukul 1 petang 28 Mei.

Nur Shafa dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir, membuat pengakuan bersalah di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, Rusilah Nik.

Jika disabitkan kesalahan, Nur Shafa boleh dihukum denda tidak melebihi RM100 di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Rusilah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Jun depan untuk sebutan fakta serta keputusan kes.

Dalam kejadian petang itu, seorang anggota polis, Konstabel Mohd. Hafifi Ali, yang memandu kereta jenis Proton Waja dan hendak memasuki kawasan LTSM telah bertembung dengan sebuah motosikal jenis Yamaha ditunggangi tertuduh tanpa memakai topi keledar.

Anggota polis berkenaan kemudian menegur gadis itu sehingga berlaku pertengkaran apabila gadis terbabit mengeluarkan perkataan 'polis bodo' (bodoh).

Saturday, May 28, 2011

Tony Fernandes Ke-52 Individu Paling Kreatif

Tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Datuk Seri Tony Fernandes 47, iaitu pengasas "Tune Air Sdn Bhd", dan usahawan yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya, "Semua mampu naik kapal terbang" dipilih sebagai individu ke-52 daripada 100 individu paling kreatif dalam bidang perniagaan pada tahun 2011 oleh majalah bisnes New York, Fast Company pada edisi bulan Jun.

Fernandes yang juga Prinsipal pasukan Lotus Racing yang terlibat dengan Formula 1, merupakan calon tunggal dari Malaysia dan Asia Tenggara yang disenaraikan untuk anugerah tersebut.

Sejak beliau mengemudi penerbangan tambang murah, AirAsia pada 2001, ushawan Malaysia ini telah membuktikan keupayaannya apabila telah berjaya membawa 100 juta penumpang ke destinasi yang kurang diberi tumpuan seperti dari Paris ke Phnom Penh.

Bukan itu sahaja, beliau juga telah menggunakan jaringan trafik AirAsia untuk memulakan beberapa bisnes yang menguntung seperti; Tune Hotel (hotel lima bintang pada harga satu bintang), Tune Talk (talian prabayar), Tune Money (insurans, kad Visa), serta Tune Tone (muzik dan filem).

Mendahului senarai penerima anugerah paling kreatif dalam bidang perniagaan tersebut ialah Ketua Pengarah Al-Jazeera, Wadah Khanfar, kedua Naib Presiden perisian Iphone, Apple, Scott Forstall, ketiga Pemodal Kapital Rusia, Yuri Milner, keempat, Pengerusi lawan sosial Twitter, Jack Dorsey, kelima Penyelidik Kajian di Google, Sebastian Thrun.

Thursday, May 26, 2011

Puting Beliung Di Joplin, Missouri, Amerika Syarikat

Puting beliung yang melanda Joplin, Missouri, Amerika Syarikat telah menyebabkan kemusnahan yang besar kepada harta benda dan nyawa. Banyak bangunan seperti rumah, sekolah, pusat perniagaan dan sebagainya telah musnah.


Lebih daripada 110 orang telah dilaporkan terbunuh. Gabenor Missouri, Jay Nixon mengisytiharkan keadaan darurat dan mengerahkan anggota Pengawal Kebangsaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa.


Puting yang paling teruk dilaporkan berlaku pada tahun 1953 di Worcester, Massachusetts.
Dan kita masih mengingati Taufan katrina yang melanda Amerika Syarikat pada tahun 2005 yang membunuh 1800 orang.

Tuesday, May 24, 2011

Minyak RON95 Naik 20 Sen

Harga minyak RON95 mungkin tidak dapat bertahan lagi pada kadar semasa kerana menurut firma penyelidikan pelaburan, AmResearch harga minyak jenis ini bakal dinaikkan pada bulan depan sebanyak 20 sen kepada RM2.10. Ini disebabkan oleh kesan kenaikan harga minyak mentah dipasaran dunia yang disebabkan oleh kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika.

Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga pertol RON95 mungkin berlaku dan rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya. Dan semalam pula beliau berkata, kerajaan akan mengumumkan perkembangan langkah rasionalisasi subsidi termasuk harga pertroleum minggu ini.

Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini... kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat dari RM8 bilion kepada RM18 bilion," katanya

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen  kepada RM1.90 seliter. RON97 pula sudah naik empat kali tahun ini termasuk awal bulan ini untuk dijual RM2.90 seliter sekarang.

Monday, May 23, 2011

Malaysia ranked world's 10th largest consumer of alcohol

Kuala Lumpur- Malaysia has been named by the World Health Organisation (WHO) as the world's 10th largest consumer of alcohol despite its small population and size.
Statistics by the international body this year also showed that Malaysians spent over US$500mil on alcohol with a per capita consumption of seven litres.
Beer consumption in Malaysia is 11 litres per capita.
Deputy Women, Family and Community Development Minister Heng Seai Kie said the problem of alcohol consumption in the country was getting serious.
"Alcohol is not only causing a lot of health issues but is also contributing to a significant number of accidents," she said here yesterday.
Heng was speaking to reporters after launching booklets and seminars on "Promote Healthy lifestyle: Reduce Alcohol Harm" organised by the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) and supported by IOGT International, a worldwide community of non-governmental organisations, and the National Association of the Prevention of Drug Abuse (Pemadam).
She said the ministry, through the National Population and Family Development Board, would hold a campaign to create awareness on the danger of alcohol abuse.
She said 10 seminars would be held nationwide this year.
They would be conducted in Mandarin, Malay, English and Tamil and were aimed mostly at those from the Chinese and Indian communities, which had a high alcohol abuse rate.
"The public has to understand that alcohol is not part of our culture and it will bring harm if it is abused," she said.
Earlier, in his speech, KLSCAH secretary-general Yong Yew Wei said the Road Safety Council estimated that drinking and driving caused 30% of road accidents nationwide, with 38% of these resulting in fatalities.
"A study also shows that absenteeism from workplace among alcoholics is 16 times higher than others," he said, adding that non-governmental bodies played a vital role in promoting a healthy lifestyle.-The Star/ANN.

* macam tak percaya pulak negara islam dikedudukan ke-10 pengambilan minuman keras seperti apa yang dikatakan oleh WHO itu....sedangkan minuman keras adalah minuman yang diharamkan dalam islam...ooo..mungkin orang bukan islam yang minum, kalau begitu tak mengapalah....

Saturday, May 21, 2011

Real Madrid sedia Jual Cristiano Ronaldo


Real Madrid dilapor bersedia menjual Cristiano Ronaldo,penjaring 38 golnya dan muncul penjaring paling berbisa di La Liga, musim ini kepada Manchester City. Namun Real hanya akan melepaskan ayam tambatannya itu dengan harga £150 juta (RM732.7 juta), nilai perpindahan termahal di dunia jika Ronaldo menyertai City.

Selain nilai perpindahan yang tinggi itu, Ronaldo yang juga pemain termahal di dunia selepas berhijrah ke Santiago Bernabeu, turut akan ditawarkan gaji sebanyak £300,000 (RM1.5 juta) seminggu serta kontrak selama lima tahun yang mencecah nilai keseluruhan £228 juta (RM1.1 bilion)

Kelab gergasi Sepanyol itu menyedari bahawa City satu-satunya kelab yang mampu untuk mencipta rekod pembelian tertinggi tersebut.
Biarpun City cuba menafikan terdapat sebarang usaha untuk membeli Ronaldo, sumber dalaman Real mendedahkan bahawa wakil dari Eastlands itu sudah pun bertanyakan kepada mereka tentang kemungkinan perpindahan tersebut.

Isu penjualan Ronaldo berlaku berikutan perselisihan faham antara beliau dengan pengurus, Jose Mourinho.
Harga yang tinggi itu mungkin membuatkan pemilik City, Sheikh Mansour sedikit merungut tetapi ia pasti menjadi satu perpindahan yang cukup menggemparkan seandainya Ronaldo kembali ke England.
Dan pastinya Ronaldo adalah pemain yang dinanti-nanti oleh City dan peminatnya untuk mencapai impian memenangi Liga Perdana Inggeris mula depan.

Ronaldo, 26, yang dibawa masuk ke Real dengan yuran perpindahan bernilai £80 juta (RM350 juta) pada 2009, pernah menjadi wira di Old Trafford ketika bersama United.
Para penyokong United pasti sekali lagi akan berasa berang seandainya perpindahan Ronaldo ke City menjadi realiti setelah mereka melihat Carlos Tevez turut melakukan perkara sama dengan berhijrah ke kelab jiran setempat itu.

Fernando Torres kini bergelar pemain termahal di England dan ketiga termahal di dunia setelah dia menyertai Chelsea dari Liver- pool dengan harga £50 juta (RM245.5 juta) pada penghujung Januari lalu.

Sebelum itu, rekod perpindahan tertinggi di England dipegang oleh Carlos Tevez ketika dia berhijrah dari United dengan harga £47 juta (RM230.8 juta) pada tahun 2009.

Friday, May 20, 2011

Mexican Billionaire, Carlos Slim Helu


 Billionaire Mexico, Carlos Slim Helu dinamakan lelaki paling
terkaya didunia oleh Majalah Forbes dengan nilai
 kekayaan berjumlah $74 bilion setakat march 2011
 mengatasi pengasas Microsoft, Bill Gates di tempat ke-2
 dengan nilai kekayaan sebanyak $56 billion.

Carlos Slim berumur 71, lahir pada 28 januari 1940,
merupakan pengerusi syarikat telekomunikasi Mexico, Telmex.
Rangkaian industri telekomunikasi beliau juga meliputi
sebahagian besar Amerika Latin.

Wednesday, May 18, 2011

Tsunami dan Kanak-Kanak


Kanak-kanak seronok bermain basikal menyusuri jalan raya yang
ditenggelami banjir di Ishinomoki, Jepun akibat gempa bumi dan
 tsunami pada 11 mac yang lalu.

Gempa bumi dan tsunami tersebut menyebabkan loji nuklear
Jana kuasa eletrik Fukushima Dai-ichi lumpuh sama sekali 
dan sehingga sekarang belum dapat dipulihkan lagi.

Bagi kanak-kanak tersebut mungkin inilah peluang untuk mereka bermain
 air banjir yang jarang-jarang sekali mereka merasainya di sana.

Tak seperti di negara kita, suasana begini selalu dirasai
terutamanya di negeri-negeri pantai timur pada musim tengkujuh dan
di kawasan-kawasan lain juga, akibat banjir kilat yang tak bermusim,
bila-bila masa saja boleh berlaku.

Tuesday, May 17, 2011

Bersedia Dengan Kenaikan Harga Minyak RON95

Harga minyak bakal naik lagi dalam masa terdekat ini ?

Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

"Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga," katanya kepada Bernama di Putrajaya, semalam.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini.

Ismail Sabri berkata kenyataan tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.
"Jadi rakyat kena bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. Ini bermakna sama ada harga akan kekal atau pun naik. Jadi ia bergantung kepada kajian itu," katanya.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

Tiga hari lalu, Ismail berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.
Mulai 1 September 2009, RON 95 mula dijual menggantikan RON 92 dan disasarkan sebagai minyak kegunaan ramai, harganya pula dikawal kerajaan. RON 97 pula ditukar fungsi menjadi minyak premium dan harganya diapungkan mengikut harga pasaran dunia.

Berikut Jadual menunjukkan harga runcit petrol dan diesel di stesen minyak Malaysia sejak 1 September 2009 apabila RON 95 mula menjadi petrol kegunaan ramai.


Harga runcit minyak Malaysia
Tarikh
RON 95
Beza
RON 97
Beza
Diesel
Beza
RM/liter
Peratus (%)
RM/liter
Peratus (%)
RM/liter
Peratus (%)
1 Sept. 2009
1.75/1.80
-
2.05
13.9
1.70
-
16 Julai 2010
1.85
2.8
2.10
2.4
1.75
2.9
2 Nov. 2010
-
2.15
2.4
-
1-4 Dis. 2010
1.90
2.7
2.30
7.0
1.80
2.9
5 Jan. 2011
-
2.40
4.3
-
1 Feb. 2011
-
2.50
4.2
-
1 April 2011
-
2.70
8.0
-
5 Mei 2011
-
2.90
7.4
-

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru kepada Semua Guru di Seluruh Negara......

Hari Guru di Negara kita disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Setiap tahun, beberapa bekas guru akan dipilih untuk menjadi tokoh guru tahunan.
Pada tahun lepas 4 orang bekas guru telah dipilih iaitu:

  • Awang Mohamad

  • Encharang Agas

  • Datuk Chuang Keng Kung

  • Ainun Jamilah Mohd Ali


  • Untuk mengenangkan jasa guru-guru mari kita hayati sajak ini:-

    Bunga Sirih untuk Guru

    Guru adalah Ibu pengasuh budiman
    guru adalah ratu lebah
    lalu memujuk membelai kelopak
    cinta kasih sayang
    lilinnya berbunga sinar cahaya
    madunya berbunga penawar jiwa.

    Guru adalah penyu pengasih
    lalu menabur bunga telur
    baktinya segar mewangi
    sepanjang pantal zaman.

    Guru adalah lampu penyuluh
    pedoman kehidupan
    guru adalah pendakwah
    lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
    memimpin insan
    ke jalan lurus ke padang luas.

    Bunga sirih bunga pirtang
    terima kasih terima sayang
    budi bicara guru berjasa
    kami sanjung tinggi.

    J.M. Aziz
    Rumah Puisi
    Seberang Takir
    Kuala Terengganu


    Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Guru penjana transformasi pendidikan negara

    Sunday, May 15, 2011

    RM40 Juta Siapkan Rumah Terbengkalai Di Alam Perdana, Kuala Selangor

    KUALA SELANGOR 14 Mei - Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM40 juta dari Tabung Projek Terbengkalai bagi menyiapkan pembinaan perumahan Alam Perdana yang terbengkalai sejak tahun 2002.


    Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) menjangkakan projek tersebut akan siap menjelang Disember ini.
    Katanya, projek tersebut mesti disiapkan mengikut masa ditetapkan kerana sekiranya ia gagal disiapkan maka wang daripada dana itu tidak boleh digunakan.
    “Kerajaan negeri telah diberi jaminan bahawa projek itu akan dapat disiapkan mengikut jadual,” katanya.
    Untuk tujuan ini kerajaan negeri akan berkerjasama dengan LBCN Development Sdn. Bhd.
    Khalid menjelaskan keputusan mengambilalih projek perumahan itu akan memberi manfaat kepada hampir 3,000 pembeli unit rumah berkenaan.
    “Kerajaan negeri sudah mencapai penyelesaian dengan pihak pemaju serta kontraktor dan projek ini akan disiapkan sepenuhnya pada akhir Disember ini.
    “Langkah ini pasti memberi kelegaan kepada lebih 3,000 pembeli rumah di kawasan ini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Dialog Projek Alam Perdana Bersama Pembeli di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

    Kesian kepada pembeli rumah yang mana projek rumah yang mereka beli terbengkalai, begitu tertekan sekali. Jika ada pihak yang sudi membantu ringanlah sikit beban mereka.
    Mereka sangat-sangat berharap rumah yang dibeli dapat didiami dengan segera supaya beban yang ditanggung dapat dikurangkan. 

    Saturday, May 14, 2011

    Sky Park Singapore

    Nikmatilah Keindahan Panorama
    Sky Park Marina Bay Sands Singapore



    Nampak macam kapal yang diletakkan di atas 3 bangunan pencakar langit 







    Monday, May 9, 2011

    Gambar Anak Aidil dan Rita


    Pelakon Rita Rudani Mokhtar yang juga isteri kepada pemain bolasepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abdul Radzak selamat melahirkan anak yang kedua pada hari jumaat yang lepas. Tahniah kepada mereka berdua.

    Bayi tersebut yang diberi nama Airit Rafqa Arjuna dilahirkan pada kira-kira pukul 1.30 petang di Pusat Pakar Perubatan Prince Court (PCMC), Kuala Lumpur.

    Airit Rafqa Arjuna yang dilahirkan dengan seberat 2.75kg itu mempunyai seorang abang yang berumur 2 tahun bernama Airit Rayyan Rizqin.



    Menurut Rita Rudani, nama Arjuna dipilih kerana menganggap bayi berkenaan sebagai wira yang menjadikan kekuatan ketika dia berhadapan dengan konflik rumahtangga sewaktu mengandungkannya.

    Sunday, May 8, 2011

    Presiden Sendiri Memohon Maaf

    Walaupun Jepun merupakan negara yang paling maju di dunia dari segi teknologi tetapi sikap hormati-menghormati di antara satu sama lain, penyayang, penyabar dan pemaaf masih wujud  di kalangan masyarakatnya.


    Ini dapat dilihat apabila Presiden Tokyo Electric Power Company, Masataka Shimizu sendiri bertemu dan meminta maaf kepada warga desa dari Namie di Pusat Penempatan Pelarian di Nihonmatsu, Jepun.

    Warga Desa ini di tempatkan di sini kerana kawasan mereka terletak di zon bahaya radioaktif kilang tenaga nuklear Fukushima Dai-ichi  yang dimiliki oleh Tokyo Electric Power Company.
    Kemudahan di kilang ini rosak teruk akibat gempa bumi dan tsunami pada 11 mac 2011.

    Thursday, May 5, 2011

    Pemain Wanita Kena Pakai Skirt


    Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) akan melaksanakan peraturan baru yang mewajibkan pemain Badminton wanita memakai skirt semasa bermain yang mana kebanyakkan pemain sekarang terutamanya dari Asia lebih selesa dengan memakai seluar pendek.


    Peraturan tersebut akan berkuatkuasa bermula di Kejohanan Badminton Terbuka Singapura pada 1 Jun 2011.
    BWF berkata peraturan baru ini bertujuan untuk memastikan aksi yang lebih menarik untuk menarik kehadiran lebih ramai penonton ke sesuatu kejohanan dan juga menarik minat penajaan untuk menaja sukan ini.
    Dengan peraturan ini apakah nanti kehadiran ramai penonton hanya kerana untuk menyaksikan aksi pemain wanita tersebut atau permainan badminton itu sendiri.

    Tuesday, May 3, 2011

    Persaingan Liga Perdana Inggeris


    Penjaga Gol MU, Edwin Van Der Sar gagal menyelamatkan bola rembatan Aaron Ramsey

    Kemenangan Arsenal 1 - 0 keatas Manchester United di Stadium Emirates pada Ahad lalu membuka semula ruang saingan diantara 3 pasukan teratas Liga Perdana Inggeris pada tahun ini. Gol jaringan Ramsey tersebut telah menidakkan hasrat MU untuk menjarakkan kedudukan Liga dan seterusnya menjuarainya sebaliknya dengan kekalahan tersebut membuatkan Chelsea hanya ketinggalan hanya 3 mata sahaja, dan ia akan memberi Chelsea peluang menyamakan mata apabila bertemu MU di Old Trafford ahad ini.

    Arsenal dengan 67 mata ketinggalan 3 mata di belakang Chelsea juga berpeluang untuk menjuarai Liga Perdana andai kata MU dan Chelsea kalah dalam baki 3 perlawanan nanti dan Arsenal menang semuanya.

    Baki Perlawanan Manchaster adalah menentang Chelsea, Blackburn Rovers dan Blackpool, sementara Chelsea pula adalah Manchaster United, Newcastle dan Everton. Bagi pasukan tangga ketiga Arsenal pula melawan Stoke City, Aston Villa dan Fulham. 

    Sunday, May 1, 2011

    Labour Day @ Hari Buruh

    Selamat Hari Buruh semua...selamat bercuti bersama keluarga dan rakan2  pada hari ini. Sebenarnya Hari Buruh atau Hari Pekerja adalah satu hari untuk cuti tahunan yang diraikan oleh semua pekerja pada hari 1 Mei setiap tahun di seluruh dunia. Ia juga dikenali sebagai Hari  Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja.

     

    Tarikh 1 Mei dipilih kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, meminta lapan jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei 1886.



    Di Negara kita Hari Pekerja mula diiktiraf oleh Kerajaan pada tahun 1973 apabila tarikh 1 Mei diisytiharkan sebagai hari cuti umum pada setiap tahun.
    Perhimpunan Hari Pekerja pula dianjurkan oleh kerajaan mulai tahun 1991, pada tahun ini ia diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 7 Mei 2100 dengan temanya "Pekerja Merealisasi  Transformasi Negara".

    BLOG INFO

    Blogged.my My Ping in TotalPing.com
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...