Tuesday, January 31, 2012

Ana Raffali Umum Tarikh Perkahwinan


Penyanyi yang popular dengan lagu Kalau Berpacaran nyanyian bersama Suhaimi Meor Hassan dan Altimet, Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 26 bakal menamatkan zaman bujangnya dengan rakan karib yang dikenalinya sejak 6 tahun lalu, Ahmad Aznaim Abdullah (Naim), 30 pada 25 Februari ini.

Mereka bakal bernikah di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Kuala Lumpur dengan dimulai acara bertunang pada pukul 10.30 pagi dan sejam kemudian majlis akad nikad yang akan dilakukan oleh bapa Ana sendiri, Mohd Raffali Mohd.Nor. Majlis resepsi diadakan pada hari yang sama sejurus selepas akad nikah.

"Keluarga Naim telah merisik saya pada awal bulan Disember dan kedua-dua belah keluarga menetapkan 25 Februari depan sebagai tarikh hari bahagia kami",kata Ana pada sidang akhbar pengumuman majlis perkahwinannya di PNB Darby Park, hari ini.

Friday, January 27, 2012

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2012


Pada tahun ini sekali lagi Putrajaya akan menjadi tuah rumah bagi penganjuran Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya untuk kali ke-empat bermula dari 15 hingga 18 Mac ini di Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya.

Bertemakan 1Dunia, 1Malaysia, 1Pesta, pengujung berpeluang menyaksikan 25 belon udara panas memenuhi ruang angkasa Putrajaya yang turut melibatkan peserta antarabangsa antaranya dari Amerika Syarikat, Perancis, Poland dan Belanda.

Selain pertunjukan belon udara panas terdapat beberapa aktiviti baru tahun ini seperti pesta basikal, aktiviti air, sukan ragbi sentuh dan zon sukan lasak. Pada pesta kali ini juga pengunjung akan dapat melihat acara 'cahaya malam', di mana belon udara panas akan menyertai pertunjukan lampu dan bunyi pada 17 Mac, yang berakhir dengan pertunjukan bunga api.

Datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan pertunjukan belon udara panas ini yang juga berlaku pada cuti persekolahan dan penganjur mensasarkan jumlah kehadiran pengunjung pada kali ini melebihi kehadiran kira-kira 250,000 orang pada tahun lepas.

Monday, January 23, 2012

BerDoa Yang Baik-Baik

Assalamualaikum...









Dikhabarkan dari Aisyah r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w apabila melihat hujan, baginda berkata:Semoga hujan yang bermanfaat. :Hadith


Huraian:
Setiap perkataan yang keluar daripada mulut anak Adam adalah datang daripada niat dalam hatinya. Orang yang suka mengeluarkan kata-kata yang baik mencerminkan keikhlasan hatinya dan kebaikan hati budinya.
Manakala orang yang suka bercakap perkara-perkara yang buruk kebiasaannya berperangai tidak elok. Itulah persepsi biasa dalam masyarakat.
Begitulah keadaannya bilamana kita inginkan sesuatu kebaikan janganlah kita berkata perkara-perkara yang berbentuk negatif kerana ia seumpama doa yang dipohon secara tidak langsung kerana sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mendengar segala percakapan hamba-Nya.
Justeru apa yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang buruk itu datangnya daripada kesilapan kita sendiri.

Saturday, January 21, 2012

Karnival Karangkraf 2012











Karangkraf mensasarkan 100,000 pengunjung bakal menyerbu ke karnivalnya, Karnival Karangkraf 2012 yang akan berlangsung di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam, Selangor pada 27 hingga 29 Januari ini.

Konsep Auto menjadi tema Karnival pada tahun ini bersempena dengan majlis pelancaran majalah terbaru Auto Maskulin terbitan Kumpulan Media Karangkraf.

Karnival bermula seawal jam 9 pagi hingga 9 malam. Antara aktiviti dianjurkan termasuk forum khas, konsert dan anugerah Pesona Pembaca Media Hiburan (PPMH), pameran kereta mewah, motosikal berkuasa tinggi, gerai jualan dan sesi bertemu novelis.

Pengajuran edisi ke empat kali ini melibatkan lebih daripada 100 khemah yang dibahagikan kepada enam zon. Antaranya ialah zon majalah, wanita, auto, makanan, grup buku dan Sinar Harian. Setiap khemah mempunyai kelainan tersendiri dan ia mampu mearik lebih ramai pengunjung melalui aktiviti yang akan diadakan. Kanak-kanak juga berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan moskot Upin & Ipin serta menyertai aktiviti yang disediakan pengajur.

Para pengunjung juga boleh mendapatkan potongan harga buku dan novel sehingga 70 peratus dan majalah sehingga 50 peratus.

Majlis perasmian karnival akan disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein Onn.

Friday, January 20, 2012

Ally Iskandar Akhiri Zaman Bujang





Personaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi 36, akhirnya sah bergelar suami kepada Nurfarahin Romli atau Farah Lee, 22 selepas dua kali lafaz dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Terengganu hari ini.

Pasangan ini dinikahkan tepat jam 10.00 pagi tadi oleh Tuan Haji Mohd Abu Bakar, Jurunikah Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu dengan mas kahwin RM250.


Ally menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan. Antaranya sepersalinan pakaian lelaki, manisan, sejadah dan jubah, bunga rampai dan iPhone.

Pengantin perempuan menerima 7 dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah Al-Quran.



Ally Iskandar adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem, University of The Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat manakala isterinya masih menuntut dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di sebuah Universiti di Korea.

Sunday, January 15, 2012

Lelaki Durjana Rogol Bayi Berumur Tiga Tahun

Angkara nafsu buas tanpa mengenal perikemanusiaan seorang jurukimpal dipercayai tergamak merogol seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang juga anak rakan baik isterinya sendiri dalam kejadian di sebuah kampung di Chukai, Kemaman, Terengganu.


Perbuatan durjana lelaki berusia 46 tahun itu disedari ibu mangsa apabila mendapati seluar anaknya basah dan sejurus seluar dibuka bahagian luaran lampin pakai buang serta dari pangkal peha hingga ke lutut anaknya berbau air mani ketika datang mengambil anaknya itu di rumah lelaki terbabit kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam.


Sehari sebelum kejadian, ibu mangsa yang berusia 29 tahun dan tinggal tidak jauh dari rumah suspek meninggalkan mangsa untuk dijaga oleh rakan baiknya yang juga isteri suspek dan mangsa sememangnya telah dijaga oleh isteri suspek sejak dua minggu lalu sebelum kejadian.


Ekoran rasa tidak sedap hati, ibu mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Chukai kira-kira jam 3.34 pagi hari sama agar pemeriksaan di hospital dapat dilakukan bagi mengetahui kejadian sebenar. Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa.


Berikutan itu, suspek ditangkap sejurus kemudian dan ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Saturday, January 14, 2012

Pantai Kemasik, Kemaman, Terengganu

Pantai Kemasik, mungkin ramai yang tak pernah mendengarnya tapi jika kita menyaksikan dan menikmati keindahannya pasti mempersonakan terutama kepada yang pertama kali singgah disini.


Untuk yang berhajat untuk berkunjung ke pantai ini, ia sebenarnya tidak sukar kerana terletak berhampiran jalan utama Persekutuan Kemaman- Kuala Terengganu, kira-kira hanya 10 kilometer daripada bandar Kijal. Jika melalui jalan tersebut ke Kuala Terengganu dari Kemaman, pantai ini terletak disebelah kanan.




Kemudahan asas seperti tempat meletak kereta, gerai makanan, tandas awam dan taman permainan turut disediakan.



Keunikan bongkoh-bongkah batu seakan bukit-bukit kecil di tepi pantai menyerlah keindahan pantai ini.


Suasana kemeriahan nelayan pulang dari menangkap ikan dilaut boleh dilihat disini jika bertuah.

Tuesday, January 10, 2012

Keputusan Perlawanan Pertama Liga Super 2012

Bermulanya perlawanan pertama bolasepak Liga Super 2012, sejumlah 14 pasukan telah beraksi pada hari ini dimana semua perlawanan ada pemenangnya.

Dalam perlawanan pertama pembuka tirai ini, semua pasukan tuan rumah telah
berjaya mencapai kemenangan masing-masing kecuali pasukan dari Singapore, LionXII dan  pasukan kelab yang baru naik dari Liga Perdana PKNS FC. Sementara di Stadium Tuanku Rahman, Paroi, Negeri Sembilan hanya mampu seri 2-2 dengan Selangor.

Berikut adalah keputusan penuh Liga Super 2012 hari ini ( 10 Januari 2012 )

Felda United 2 - 0 Sabah
PKNS FC 1 - 2 Johor FC
Negeri Sembilan 2 - 2 Selangor
Lions XII 1 - 2 Kelantan
Perak 1 - 0 Terengganu
PBDKT T-Team 3 - 0 Kedah
Sarawak 2 - 0 Kuala Lumpur

Sunday, January 8, 2012

Lee Chong Wei Kalahkan Lin Dan













Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei telah membuktikan sentuhan beliau masih berbisa apabila menewaskan jaguh China, Lin Dan di perlawanan akhir kejohanan badminton Terbuka Korea 2012 dengan keputusan 12-21, 21-18 dan 21-14 yang baru tamat sebentar tadi.

Kejohanan Terbuka Korea adalah kejohanan pembuka tirai badminton dunia pada tahun ini dan pertemuan diantara dua jaguh dunia ini sangat-sangat dinantikan oleh peminat badminton seluruh dunia.

Dengan kemenangan Chong Wei tersebut telah terbalas sudah dendam beliau selepas tewas kepada Lin Dan 19-21,21-14 dan 16-21 dan seterusnya gagal mempertahankan kejuaraan dalam pertemuan final Terbuka Korea tahun lepas dan juga merapatkan jarak kemenangan keatas Lin Dan kepada 9 perlawanan dan tewas 18 perlawanan.

Untuk rekod, sepanjang tahun lepas Chong Lee telah tewas empat daripada lima pertemuan dengan Lin Dan yang menyebabkan peminat-peminat mulai sangsi dengan kemampuan Chong Lee untuk mengutip pingat emas Sukan Olimpik London pada tahun ini.

Kedu-dua pemain ini bakal berjumpa lagi jika layak ke final kejohanan badminton Terbuka Malaysia Maybank 2012 yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dari 10 hingga 15 Januari ini.

Negeri Sembilan Juara Piala Sumbangsih

Kelantan gagal mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah apabila tewas dalam perlawanan Sumbangsih 1-2 kepada Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kejayaan tersebut adalah kejuaran sulung bagi Negeri Sembilan, selepas dua kali tewas pada perlawanan Piala Sumbangsih sebelum ini, manakala Kelantan adalah juara tahun lepas.

Kelantan yang bermula garang mendahului seawal minit ke-19 menerusi jaringan cantik penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha. Manakala Negeri Sembilan membalas melalui jaringan pemain import tunggal mereka iaitu Jean Emmanuael Effa Owana pada minit ke-30 menjadikan kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Masuk separuh masa kedua, Negeri Sembilan dilihat lebih banyak mendominasi perlawanan dan hasilnya pada minit ke-63, mereka mendapat gol kedua yang dijaring oleh Jean Emmanuel yang juga jaringan kedua beliau selepas menewaskan penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat menjadikan kedudukan 2-1.

Kedudukan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan dan Negeri Sembilan muncul juara baru Piala Sultan Ahmad Shah bagi tahun ini yang menandakan bermulanya Liga Bolasepak Malaysia pada tahun ini.

Thursday, January 5, 2012

Pemain Malaysia Terpilih Dalam Skuad Bawah 23 Tahun Asia 2011

Dua pemain Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat dan Fadhli Shas telah terpilih dalam kesebelasan utama skuad bawah 23 tahun asia ( Asian under -23 Best X1 2011 ) pilihan laman web bolasepak Goal.Com, sebuah laman web bolasepak terkenal antarabangsa untuk tahun 2011.



Kedua-dua mereka adalah pemain yang membantu Malaysia menjuarai kejohanan
bolasepak Piala Suzuki (AFF) 2010 dan juga membantu Malaysia mempertahankan pingat emas Sukan Sea ke-26 selepas menewaskan tuan rumah, Indonesia tempoh hari.

Senarai Penuh Pemain - Asian Under -23 Best X1 2011

Penjaga Gol
1. Khairul Fahmi Che Mat  - Kelantan / Malaysia

Pertahanan
2. Hiroki Sakai - Kashiwa Resyol / Japan
3. Fadhli Shas - Harimau Muda A / Malaysia
4. Rhys Williams  - Middlesbrough / Australia
5. Ehsan Hajsafi  - Tractor Sazi / Iran

Tengah
6. Hiroshi Kiyotake  - Cerezo Osaka / Japan
7. Ki Sung Yueng - Celtic / South Korea
8. Odil Ahmedor - Anzhi Makhachkala / Uzbekistan
9. Andik Vermansyah - Persebaya 1927 / Indonesia

Penyerang
10. Ji Dong-Won - Sunderland / South Korea
11. Jeje Lalpekhlua - Pune FC / India

Sementara ini seorang lagi pemain Malaysia iaitu Safee Sali yang kini bermain untuk Pelita Jaya dalam Liga indonesia telah terpilih sebagai pemain simpanan dalam skuad Asia Best X1 2011.

Tuesday, January 3, 2012

Chef Wan Batal Hasrat Tutup Facebook

Chef Wan telah membatalkan hasrat beliau untuk menutup akaun Facebook kerana tidak dibenarkan oleh peminat, katanya.

Beliau menerusi Facebook miliknya berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak sampai hati untuk menghampakan peminatnya selepas mengumumkan untuk menutup akuan Facebook sempena Tahun Baru 2012.

Chef Wan berkata,"Saya berkorban untuk semua peminat yang mahu saya terus aktif di Facebook dan keputusan ini dibuat kerana tidak sampai hati hendak menghampakan mereka dan saya sayangkan semua peminat saya."

"Apabila difikirkan kembali saya tidak perlu melayan golongan yang cuba memburuk-burukkan saya di Facebook kerana apa yang penting masih ramai peminat yang sentiasa berdiri di belakang saya," katanya.

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...