Thursday, August 25, 2011

Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2


Kepada para penduduk Pantai Timur terutamanya Terengganu dan juga Kelantan yang hendak balik beraya pada hari raya ini bolehlah menggunakan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 yang telah dibuka kepada orang ramai mulai 22 Ogos 2011 jam 10 pagi.

Semasa tempoh pembukaan ini Tol adalah PERCUMA sehingga tempoh yang telah ditetapkan.

Bahagian yang akan dibuka adalah seperti berikut:
1) Persimpangan Bukit Besi - Persimpangan Ajil (42.4 km)
2)
Persimpangan Telemung - Persimpangan Kuala Terengganu (Kg. Gemuroh)
(12.6 km)
3) Jalan Penghubung Bukit Payong (Batu 9 Simpang Udang - Persimpangan Telemung) (16.3 km)


Pembukaan LPT Fasa 2 ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang mungkin akan berlaku di Jalan Persekutuan dipersisir pantai diantara Kemaman dan Kuala Terengganu di musim perayaan ini.

Wednesday, August 24, 2011

Akhirnya Samir Nasri Ke Manchester City



Selepas berteka-teki tentang perpindahan Samir Nasri, Arsenal hari ini menyatakan ia bersetuju menjual pemain tengah Perancis itu kepada pesaing Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

Arsenal boleh mengesahkan ia bersetuju dengan terma perpindahan Samir Nasri ke Manchester City. Arsenal membenarkan Nasri, 24, pergi ke Manchester untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan ini bermakna beliau tidak akan bermain untuk the Gunners dalam perlawanan timbal balik kedua kelayakan Liga Juara-Juara di Udinese.
 
Pengurus Manchester City, Roberto Mancini sebelum ini memberi amaran kepada Arsene Wenger dia mungkin tidak membeli Samir Nasri jika Arsenal menurunkan pemain tengah Perancis itu dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Udinese dan cuba membawa Nasri ke Manchester City sebelum jendela perpindahan berakhir pada 31 ogos ini.

Perpindahan Nasri memberi tamparan kepada Arsenal yang sebelum ini telah kehilangan ketua pasukan Cesc Fabregas kepada Barcelona yang mana kedua-dua pemain tersebut adalah pemain tengah berpengaruh Arsenal.

Thursday, August 18, 2011

Tony Fernandes Beli Kelab Liga Inggeris Queens Park Rangers



Selepas gagal dalam usaha untuk mengambil- alih kelab yang diminatinya, West Ham United, Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia semakin hampir membeli 51 peratus saham kelab Bola Sepak Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) pula.

Beliau dilaporkan bakal membeli saham pemilik Formula 1 Bernie Ecclestone yang merupakan pemegang saham utama dalam QPR pada kira-kira $196 (RM583) juta dengan urus janji itu kemungkinan diumumkan dalam waktu terdekat.

Ecclestone dilaporkan memegang 66 peratus saham kelab itu, bersama-sama hartawan besi dan keluli dari India Lakshmi Mittal, seorang lagi pemegang saham utama dengan 33 peratus dan bekas ketua pasukan Renault Formula 1, Flavio Briatore memiliki 1 %. Ecclestone merupakan pemegang saham utama kelab itu sejak lima tahun lepas dan beliau telah sejak sekian lama mahu menjualnya.

Jika urus janji itu berjalan lancar, Fernandes akan menjadi tokoh terbaru dalam senarai ahli perniagaan dari Asia melabur dalam kelab-kelab bola sepak Inggeris.
Tahun lepas, Forbes Asia menilai kekayaan peribadi Fernandes sebanyak US$330 juta (RM982 juta), meletakkannya pada ranking ke-19 dalam senarai orang paling kaya di Malaysia.

Fernandes bakal mengambil-alih saham majoriti QPR seawal Isnin tetapi mengingatkan urus janji itu masih belum dimeterai dan mungkin akan tertangguh atau malahan batal berikutan pihak-pihak perlu mencapai persetujuan pada butiran muktahir.

QPR masih belum mendapat sebarang mata dan menduduki carta bawahan liga Perdana Inggeris selepas dibelasah Bolton Wanderes 4-0 dalam perlawanan pertama minggu lalu.

Wednesday, August 17, 2011

Cesc Fabregas Menyertai Kelab Lamanya Barcelona


Akhirnya Cesc Fabregas menyertai juga Barcelona, kelab yang diidam-idamkan sejak sekian lama.
"Saya kembali selepas lapan tahun" katanya ketika diperkenalkan secara rasmi dihadapan ribuan peminat di Comp Nou.

Cesc Fabregas melengkapkan perpindahan ke Barcelona dengan menandatangani perjanjian kontrak lima tahun bernilai 29 juta euro ( RM124.4 juta ) bersama kelab yang pernah diwakilinya ketika zaman remaja. Perjanjian tersebut menamatkan kisah panjang perpindahan pemain itu yang bermula tahun lalu untuk membawa Fabregas kembali semula ke bekas kelabnya ketika dia berusia 16 tahun pada 2003.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang pada mulanya tidak mahu melepaskan Fabregas, akhirnya akur juga dengan kemahuan pemain itu yang ingin pulang ke kampung halamannya.

Fabregas bersama dengan kelab lamanya, Arsenal selama lapan tahun dengan 303 penampilan, menjaringkan 57 gol dalam semua kejohanan. Dilantik sebagai ketua pasukan Arsenal pada November 2008, dia juga merupakan pemain tetap dalam skuad kebangsaan Sepanyol dan telah membuat 58 penampilan antarabangsa.

Pemergian Fabregas meletakkan penyerang Robin van Persie sebagai calon untuk jawatan ketua pasukan baru Arsenal.

Saturday, August 13, 2011

Yinglak Chinnawat, Perdana Menteri Wanita Pertama Thailand

Kenali Perdana Menteri Wanita Pertama Thailand




Yinglak Chinnawat, 44 merupakan Perdana Menteri ke-28 dan wanita yang pertama di Thailand. Beliau dilahirkan pada 21 June 1967 di wilayah Ching Mai.



Yingluck yang juga adik bongsu kepada Thaksin Shinawatra, Perdana Menteri Thai yang digulingkan. Beliau berkelulusan ijazah sarjana muda pentadbiran awam dari Universiti Chiang Mai dan memperolehi ijazah sarjana dari Kentucky State University, Amerika Syarikat.




Pada Mei 2011, Parti Pheu Thai yang menjalin pertalian rapat dengan Thaksin, mencalonkan Yinglak Chinnnawat sebagai calon Perdana Menteri pada pilihan raya umum Thai. Keputusan pilihan raya menunjukkan Parti Pheu Thai memenangi 265 daripada 500 kerusi Dewan Perwakilan Thai, Oleh itu menjadi kali kedua majoriti parlimen diraih oleh sebuah parti sahaja sepanjang sejarah Thailand.

Monday, August 8, 2011

Matta Fair 2011 Is Back

The Matta Fair 2011 is back to KL from 12-14 August


MATTA FAIR IS BACK!

The most awaited and anticipated travel fair of the year returns with loads of offers from hundred of exhibitors. MATTA FAIR 2011 will be held at Putra World Trade Center (PWTC) Kuala Lumpur from 12th-14th of August 2011. Don't miss this magnificent event which comes twice a year.
Get ready to shop for the Best Travel Deals in Malaysia!

Saturday, August 6, 2011

Undian Piala Malaysia 2011

Berdasarkan undian Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam juara bertahan, Kelantan dan Selangor mempunyai peluang mara ke suku akhir tahun ini selepas melihat tuah undian memihak mereka.


Dalam undian tersebut Kelantan diletakkan dalam Kumpulan C yang turut membabitkan Johor FC, Felda United FC dan Sarawak,senario yang memberi gambaran peluang yang cerah untuk muncul juara kumpulan berkenaan.
Juara 32 kali Piala Malaysia, Selangor juga dilihat tidak menghadapi sebarang masalah mara ke saingan suku akhir apabila diletakkan satu kumpulan bersama Terengganu T-Team, Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Kumpulan D.

Sementara itu, Juara Piala FA 2011,Terengganu dilihat menghadapi laluan sukar apabila diletakkan dalam kumpulan B bersama Naib Juara Piala Malaysia 2010, Negeri Sembilan, juara Liga Perdana 2011, Selangor PKNS FC dan Kuala Lumpur Sime Darby FC (Sime Darby).

Pasukan Pilihan Kedah mempunyai lawan yang agak seimbang dalam Kumpulan A iaitu Perak, Sabah dan Johor.

Saingan Piala Malaysia 2011 bermula 6 September ini dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada 4 dan 8 Oktober manakala perlawanan akhir dijadualkan pada 29 Oktober.

Kumpulan A: Kedah, Perak, Sabah, Johor

Kumpulan B: Terengganu, Negri Sembilan, PKNS Selangor, KL Sime Darby

Kumpulan C: Kelantan, Johor FC, Felda United, Sarawak

Kumpulan D: Selangor, Kuala Lumpur, T-Team Terengganu, Polis

Thursday, August 4, 2011

Menara Kingdom Di Jeddah Tertinggi Di Dunia Siap Dalam Masa 5 Tahun


Putera Alwaleed bin Talal, Pengerusi Syarikat Kingdom Holding (KHC) mengesahkan syarikat bersekutunya, Syarikat Jeddah Economic (JEC) sudah menandatangani perjanjian SR4.6 bilion (RM3.7 bilion) dengan Kumpulan Binladen untuk membina menara paling tinggi di dunia di Jeddah.
Bangunan itu yang akan digelar ‘Menara Kingdom’ akan menjangkau lebih 1,000 meter dan pembinaan struktur mercu tanda itu yang boleh melihat Laut Merah dan Obhur Creek akan siap dalam masa lima tahun tiga bulan.

Projek ini menjadi simbol kepada keyakinan terhadap perkembangan perniagaan di bawah pucuk kepimpinan Raja Abdullah.Ia dirancang dengan begitu pintar dan dengan menjadikannya bangunan paling cantik dibandingkan dengan bangunan lain di dunia.

Menara itu akan menjadi bangunan utama dan fasa pertama pembinaan Kingdom City, projek pembangunan bandar baru JEC yang meliputi kawasan seluas 5.3 juta meter persegi.

Dengan kawasan pembinaan seluas lebih 500,000 meter persegi, Menara Kingdom akan turut mengandungi bangunan hotel dan apartmen Four Seasons, kondominium mewah dan dek meninjau yang lebih tinggi daripada dek meninjau paling tinggi di dunia ketika ini.

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...