Saturday, April 30, 2011

Kulit Durian boleh dijadikan penyerap minyak


Kita hanya mengetahui bahawa durian adalah buah bermusim yang diminati oleh kebanyakan penduduk di Asia dan berasal dari Asia Tenggara tapi tidak ramai yang tahu kegunaan kulit buah yang dikenali sebagai raja buah ini.
Sebahagian orang barat yang tidak tahan dengan baunya telah menggambarkan buah durian dengan gambaran seperti makan kastard dalam tandas awam. Oleh kerana durian berbau busuk bagi sesetengah orang, buah durian dilarang dibawa di dalam beg sandang di atas pesawat milik sebahagian syarikat penerbangan.  


Buah yang mempunyai isi yang lazat dan kulit berduri dengan bau semerbak itu didapati mempunyai satu lagi kegunaan iaitu kulitnya boleh dijadikan penyerap minyak.

Perkara itu diperoleh hasil penyelidikan inovatif Universiti Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST).

Pensyarah Jabatan Bioteknologi, Fakulti Sains Gunaan AIMST Dr S Kathiresan berkata kulit durian, yang biasanya dibuang, boleh diguna untuk membuang minyak daripada air.

"Keputusan yang diperoleh pada skala makmal menunjukkan bahawa secara kimia kulit durian yang diubahsuai adalah penyerap yang berkesan untuk memulihkan air yang dicemari minyak.”

Beliau berkata bio penyerap boleh diguna untuk membersihkan tumpahan minyak di sepanjang pesisir pantai, yang boleh memudaratkan bukan sahaja hidupan laut tetapi juga aktiviti ekonomi kepada manusia.

"Biasanya, kaedah manual dan fizikal diguna untuk membersihkan tumpahan minyak di pesisir pantai. Oleh itu penggunaan sisa agro untuk pemulihan alam sekitar mempunyai potensi komersial yang besar berikutan keberkesanannya untuk menyerap minyak, kos yang sederhana dan biodegrasi," katanya.

Dr Kathiresan berkata kajian beliau mengenai perkara itu bermula dengan percubaan mudah iaitu mengumpul kulit durian dan membasuhnya beberapa kali dengan air paip untuk membuang kotoran.

Ia kemudian dipotong kecil sekitar lima hingga lapan sentimeter panjang dan dikeringkan di bawah cahaya matahari, sebelum dikisar menjadi serbuk.

"Kulit durian diubahsuai dengan pelbagai bahan kimia dan minyak untuk menghilangkan tumpahan minyak di larutan air," katanya.

Dr Kathiresan berkata asid lemak durian yang menjalani proses peremajaan juga boleh mengekalkan keberkesanan asalnya, untuk menyerap tumpahan minyak pada air sekurang-kurangnya untuk tiga kitaran.

Pada masa ini kos bahan tertentu yang diguna untuk membersihkan tumpahan minyak ialah sekitar AS$100 sekiloram.

Dr Kathiresan berkata beliau akan membentangkan kertas kajiannya bertajuk "Fatty Acid Modified Durian Peel As An Efficient Biosorbent For Removal of Spilled Oil on Aqueous Media" pada Kongres Kimia Asia ke-14 September ini di Bangkok.


Tiadalah nanti kulit durian dibiarkan bersepah-sepah selepas dimakan isi kerana kulitnya juga ada nilai komersialnya.


Friday, April 29, 2011

Eskay Lakukan Sumpah Laknat


Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang anggota trio Datuk T, muncul di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul kira-kira jam 4.15 petang tadi untuk melakukan sumpah laknat setelah jadual asal selepas solat Jumaat hari ini dibatalkan.

Beliau tiba bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim.

Trio itu bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Shazryl memegang senaskhah Al-Quran dan bersumpah seperti berikut:

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahmanirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

Thursday, April 28, 2011

Pesta Air Malaysia Port Dickson 2011


Jika tidak tahu hendak ke mana pada cuti hujung minggu dan hari Buruh ini, bawalah keluarga atau rakan-rakan bercuti di Port Dickson kerana  tiga puluh acara disediakan untuk orang ramai sempena Pesta Air Malaysia Port Dickson 2011 yang akan berlangsung dari 29 April hingga 2 Mei.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohamad Razi Kail berkata pihaknya menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM70,000 untuk pemenang dalam pelbagai acara.

Bercakap kepada pemberita di sini Rabu beliau berkata, Konsert Pancaindera yang dibawa khas oleh akhbar Mingguan Malaysia bakal menjadi antara tarikan utama.
"Aktiviti menarik lain ialah Pesta Pancing Port Dickson 2 kategori (Sampan dan Pantai), konsert artis popular bersama RTM Negeri, Sukaneka pantai dan pertandingan mewarna bersama keluarga.
"Selain itu, pengunjung dapat menyaksikan acara pertandingan sukan pantai antaranya Bolasepak Pantai Rembat Kosmo!, Tarik Tali, Bola Tampar dan Bola Jaring yang melibatkan 200 peserta," katanya.
Katanya acara lain ialah Mini Zoo, Persembahan Kebudayaan, Perasmian Pesta, Raja dan Ratu Kanak-Kanak Pantai, Karaoke, Pertunjukkan Layang-Layang, Jet Ski, Paramotor, Inflatable Games, Badut, Pertandingan Makan Pizza, Makan KFC dan Goyang A&W bersama para penaja, Uji Bakat bersama RTM Negeri, dan Wellnes Fun And Run.
Beliau berkata, Pantai Cahaya Negeri dan Pantai Bagan Pinang menjadi tumpuan kaki pancing apabila pertandingan memancing menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai lebih RM30,000.

"Saya yakin penganjuran kali ini mampu menyasarkan 100,000 orang pengunjung ekoran ketiadaan pesta air pada tahun lalu. Ini berikutan (cuti umum) 1 Mei jatuh pada hari Ahad, orang ramai mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga di pantai peranginan popular ini," katanya.

Program itu dianjurkan Pejabat Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Port Dickson.

Wednesday, April 27, 2011

Selangor Kalah, Terengganu Menang

Pasukan bolasepak Selangor kalah 0 - 1 kepada Kelantan di Stadium Sultan Mohamad
tetapi masih menduduki tempat pertama carta Liga Super dengan 32 mata.
Kelantan menang melalui jaringan Norshahrul dan masih di tempat ke-3 di belakang Terengganu dengan ketinggalan 1 mata.
Terengganu menang 2-0 keatas Sabah di Likas melalui jaringan Abd.Hadi Yahya dan Wan Alif Jasmi.
Lain-lain keputusan  adalah seperti berikut:
Harimau Muda A 1 N.Sembilan 1, T-Team 3 Kedah 1, Felda United 0 Johor FC 0, Perak 5 Kuala Lumpur 3 dan Perlis 1 Pahang 2.

Kedudukan carta Liga Super selepas 15 perlawanan.


Perlawanan pada hari jumaat ini di antara Terengganu dan Selangor
sangat-sangat dinanti oleh peminat bolasepak tanahair.
Perlawanan ini sebagai penentu kedudukan sementara bagi pendahulu carta
Liga Super bolasepak tempatan.

Monday, April 25, 2011

Pizza Hut Bagi Diskaun 50%

Bagi pengemar Pizza ini peluang baik kerana Pizza Hut
ada memberi Diskaun 50%
untuk hidangan terpilih,
berkunjunglah ke Pizza Hut yang berhampiran
untuk menikmatinya...
macam promosi pulak.....



- hanga promosi hanya untuk hari Isnin hingga Jumaat
- sah untuk di restoran sahaja
- setiap pelanggan hanya boleh memilih satu hidangan
dengan harga diskaun 50%

Sunday, April 24, 2011

MCLM Pimpinan Raja Petra akan Bertanding pada PRU ke-13

BANGKOK: Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM)yang dipimpin pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, merancang untuk meletakkan 30 calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) di Malaysia.
Presiden MCLM Haris Ibrahim berkata calon-calon itu akan bertanding kerusi parlimen sebagai calon Bebas kerana MCLM bukan sebuah parti politik.
"Kita telah melantik agensi pengurusan risiko (penyiasat persendirian) untuk meneliti latar belakang termasuk biodata, harta dan status kewangan dan juga memantau bakal calon," katanya dalam dialog MCLM dengan rakyat Malaysia yang menetap di sini, malam Sabtu.
Beliau berkata MCLM yang ditubuhkan pada 2004 belum mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan tetapi mereka telah dibenarkan bergiat secara sah di London, Oktober tahun lepas.
Haris berkata beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum itu kerana beliau akan berkempen untuk calon-calonnya.
Raja Petra, pengasas dan editor blog Malaysia Today yang juga Pengerusi MCLM berkata: "Kami mahu menukar kerajaan tetapi bukan untuk menjadi kerajaan. Kami mahu menjadi sebahagian daripada pergerakan untuk menukar kerajaan."
Beliau berkata MCLM sedang dalam proses untuk menubuhkan cawangannya di bandar-bandar utama di dunia. Thailand merupakan cawangan ketiga selepas Australia dan New Zealand.
Raja Petra, lari meninggalkan Malaysia pada 2008 selepas didakwa memfitnah tiga orang termasuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui akuan bersumpahnya berhubung pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu.
Semasa dialog itu, beliau mengulangi pendiriannya bahawa beliau telah didakwa secara salah kerana beliau tidak membuat tuduhan terhadap mereka tetapi terhadap sumbernya, seorang pegawai tentera berpangkat kolonel yang memberikannya maklumat.
Raja Petra berkata pergerakan itu mengenengahkan agenda Malaysia dan bukan berdasarkan agenda perkauman.
"Sebagai contoh, MCLM boleh menggerakkan demonstrasi anti-ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) di seluruh bandar utama di dunia serentak dengan Kuala Lumpur pada masa depan," kata Haris. -BERNAMA

Saturday, April 23, 2011

Tarikh Serah Borang BE

Hari ini nak ingatkan kepada pembayar cukai pendapatan semua bahawa tarikh akhir
bagi mengemukan Borang BE iaitu borang Pendapatan Selain Perniagaan Individu Bermastautin
bagi tahun taksiran 2010 adalah pada 30hb. April 2011...hanya tinggal 7 hari lagi.
Kegagalan mengemukakan borang ini adalah menjadi satu kesalahan mengikut akta cukai pendapatan 1967
dan boleh dikenakan denda minimum Rm 200.00 dan maksimum Rm 2000.00 @ 6 bulan penjara @ kedua-
dua sekali jika disabit kesalahan.
LHDN menggalak orang ramai menggunakan perkhidmatan e-Filling kerana ianya Mudah, Tepat dan Selamat.


Bagi pembayar cukai yang tidak mempunyai kemudahan internet LHDN membuka kaunter perkhidmatan
e-Filling di semua cawangannya di seluruh negara pada hujung minggu...
Negeri Kelantan, Terengganu & Kedah pada 22,23,29 & 30 April dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang
dan bagi lain-lain negeri pada 23,24,29 & 30 April dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 peatang.

Thursday, April 21, 2011

Filem Seram Menjadi Pilihan

Filem Cereka Tempatan Top 20
BIL
JUDUL FILEM
PENERBIT
KUTIPAN ( RM / JUTA )
TAHUN
1.
Ngangkung
MIG PRODUCTION SDN.BHD.
8.18
2010
2.
Khurafat
SKOP PRODUCTION SDN. BHD.
8.08
2011
3.
Hantu Kak Limah Balik Rumah
TAYANGAN UNGGUL SDN. BHD.
7.90
2010
4.
Adnan Sempit
MIG PRODUCTION SDN.BHD.
7.66
2010
5.
Hikayat Merong Mahawangsa
KRU STUDIOS SDN. BHD.
6.50
2011
6.
Lagi-lagi Senario
GRAND BRILLIANCE SDN.BHD
6.33
2001
7.
Geng : Pengembaraan Bermula
LES' COPAQUE PRODUCTION SDN.BHD.
6.20
2009
8.
Sembilu 2
SKOP PRODUCTION SDN. BHD.
6.10
1995
9.
Jangan Pandang Belakang Congkak
MIG PRODUCTION SDN.BHD.
6.09
2009
10.
Jangan Pandang Belakang
MIG PRODUCTION SDN.BHD.
5.78
2007
11.
KL Drift 2
SKOP PRODUCTION SDN. BHD.
5.67
2010
12.
Cicakman
KRU COMMUNICATION SDN.BHD.
5.15
2006
13.
Maria Mariana
SKOP PRODUCTION SDN. BHD.
4.72
1996
14.
Duyung
KRU COMMUNICATION SDN.BHD.
4.67
2008
15.
Senario The Movie
GRAND BRILLIANCE SDN.BHD
4.58
1999
16.
Gerak Khas The Movie
SKOP PRODUCTION SDN. BHD.
4.40
2001
17.
Sembilu
SKOP PRODUCTION SDN. BHD.
4.39
1994
18.
Senario Lagi
GRAND BRILLIANCE SDN.BHD
4.37
2000
19.
Lagenda Budak Setan
ASTRO SHAW SDN. BHD.
4.28
2010
20.
Senario The Movie : Episod 1
MIG PRODUCTION SDN.BHD.
4.26
2008











































Maklumat ini sah sehingga 14 April 2011

Melihat kepada senarai ini boleh dikatakan bahawa filem cereka seram paling mendapat tempat dihati para peminat filem melayu tempatan.
Filem Ngangkung arahan pertama Ismail Bob Hasim di tempat teratas dengan kutipan Rm8.18 juta sejak di tayangkan pada 25.11.2010 lalu dipawagan tempatan. Kemudian diikuti oleh filem Khurafat dan Hantu kak Limah Balik Rumah yang juga filem seram.
Filem Ngangkung yang dijayakan oleh Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, Azad Jazmin, Putri Mardiana, Eira Syazira dan Farisya Fatin, tampil dengan mesej supaya masyarakat tidak terjebak dengan aktiviti main nombor ekor hingga sanggup melakukan pemujaan.


Filem ini mengesahkan seorang pemandu lori Azim (Shaheizy Sam) yang hidup serba sederhana bersama isterinya, Suri (Eira Syazira) dan anak mereka Wahida (Farisya Fatin). Azim terpedaya dengan hasutan rakan baiknya, Tasnim (Azad Jazmin) dan Wan (Angah Raja Lawak)  untuk menyertai aktiviti ngankung yang dilihat dapat mengubah cara hidupnya.Azim pada asalnya tidak menghiraukan aktiviti rakannya itu tetapi akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup.
Semakin hari mereka bertiga semakin rancak bermain ekor sehinggalah kehidupan Azim menjadi lebih mewah hasil daripada kemenangan nombor ekor yang diperoleh menerusi aktiviti ngankung .Pelbagai kejadian aneh dan lucu terjadi sepanjang mereka mengankung di kawasan hutan. Biarpun mewah, namun kehidupannya bersama keluarga tidak lagi bahagia seperti dulu.  
Azim mengabaikan keluarganya akibat taksud untuk mendapatkan nombor ekor.Begitu juga dengan kehidupan Tasnim dan Wan, sehinggalah suatu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka.
Walaupun niat di hati hanya ingin membaiki taraf hidup dan memberi kesenangan kepada keluarga, namun jika cara yang dipilih salah, maka tiada apa yang dapat membenarkannya.
Apakah kutipan filem Nangkung akan dapat diatasi oleh filem-filem lain,ini dapat dilihat dengan kemunculan filem-filem baru yang tidak kurang hebatnya termasuk yang sedang ditayangkan di pawagan sekarang seperti Cun, Dilarang Masuk dan Senjakala dan juga filem-filem yang bakal ditayangkan seperti Penunggu Istana, Seru, Momok Jangan Panggil Aku, Kongsi, Nur Kasih The Movie dan sebagainya.

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...