Sunday, December 15, 2013

Rekod Dunia Tercipta Di Sukan SEA Myanmar

Malaysia berjaya mencipta rekod dunia dalam sukan hoki apabila skuad wanita Malaysia membelasah Skuad hoki Kemboja 36-0 pada perlawanan kedua pusingan awal dalam temasya Sukan SEA ke-27 di Stadium Hoki Theinphyu , Yangon, Myanmar petang tadi.
Skuad negara menjaringkan gol pada setiap purata dua minit dengan 18 gol pada babak pertama dan mengulangi jaringan sama pada babak kedua pada perlawanan selama 70 minit.
Sebelum ini, rekod jaringan paling besar dipegang oleh Argentina apabila menumpaskan Peru 26-0 pada Kejohanan Wanita Amerika Selatan di Santiago, Chile, pada 23 Mac 2003.
Semalam, Thailand menyamakan rekod itu dengan mengalahkan Kemboja 26-0.
Pemain negara, Noor Hasliza Md Ali muncul sebagai penjaring terbanyak perlawanan dengan enam gol pada minit ke-14, 25, 42, 43, 62 dan minit ke-64.
Fazillah Sylbester Silin turut menyumbang lima gol pada minit ke-15, 31,35,55 dan 60, Nobaili Hashim empat gol pada minit ke- 16, 30, 39 dan 65, Norazlin Sumantri empat gol pada minit ke-12, 21, 25 dan 60.
Kapten pasukan Nadia Abd Rahman menjaringkan dua gol iaitu pada minit kelima dan 51,  Norhidayah Bokhari pada minit ke-21,dan 28, Rabiatul Adawiyah Mohamed pada minit ke-40 dan 55.

Lima gol lain masing-masing menerusi Norashikin Halim pada minit ke-46, Nurul Nabila Mansur minit ke-23, Raja Norsharina Raja Shabuddin minit ke-18, Surizan Awang Noh minit ke-52  dan Siti Nuramira Rohani melabuhkan tirai jaringan pada minit ke-70. Satu gol lagi menerusi jaringan sendiri pemain Kemboja. 

Friday, December 13, 2013

Skuad Hoki Remaja Malaysia Gagal Menempah Aksi Final

Nasib tidak menyebelahi skuad hoki remaja Malaysia apabila gagal menempah aksi final apabila tewas kepada pasukan Perancis menerusi penentuan penalti 1-3 pada kejohanan Piala Dunia Remaja di New Delhi, India sebentar tadi setelah perlawanan terpaksa ditentukan dengan penanti apabila perlawanan terikat 1-1 selepas tamat masa permainan sebenar.

Walau bagaimanapun kejayaan mara ke peringkat separuh akhir Piala Dunia Remaja ini telah melakarkan sejarah yang tersendiri selepas kali terakhir Malaysia melangkah ke saingan separuh akhir ialah pada tahun 1985 di Vancouver, Kanada. Dan peminat-peminat Malaysia akan lebih berbangga lagi jika skuad ini menang apabila bertarung dalam perlawanan penentuan tempat ke-3/4 nanti.

Sunday, December 8, 2013

Piala Dunia Brazil 2014

Kejohanan  Bola sepak Piala Dunia akan tiba lagi pada tahun depan selepas kali terakhir diadakan pada tahun 2010 yang lalu. Kejohanan kali ini akan diadakan di Brazil dengan sepak mula pada 12 Jun 2014 diantara tuan rumah Brazil vs Croatia dalam saingan kumpulan A.
Berikut adalah senarai penuh undian kumpulan pasukan bagi Piala Dunia 2014:
SENARAI PENUH UNDIAN 32 PASUKAN:
KUMPULAN A
Brazil
Croatia
Mexico
Cameroon
KUMPULAN B
Sepanyol
Netherlands
Chile
Australia
KUMPULAN C
Colombia
Greece
Ivory Coast
Jepun
KUMPULAN D
Uruguay
Costa Rica
England
Itali
KUMPULAN E
Switzerland
Ecuador
Perancis
Honduras
KUMPULAN F
Argentina
Bosnia
Iran
Nigeria
KUMPULAN G
Jerman
Portugal
Ghana
Amerika Syarikat
KUMPULAN H
Belgium
Algeria
Rusia
Korea Selatan

Monday, December 2, 2013

Pertandingan Memancing Di Kolam Memancing Bukit Kemuning

Semalam bertempat di Kolam Memancing Bukit Kemuning, Shah Alam, syarikat saya telah menganjurkan pertandingan memancing yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh kaki-kaki pancing dan juga bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan aktiviti ini.



Seorang peserta sedang memasang umpan

Pertandingan pada kali ini yang keberapa saya sendiri pun tidak ingat tetapi sudah banyak kali diadakan dan sambutan kali ini begitu memberangsangkan dengan seramai 62 peserta yang mengambil bahagian.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Shamsi dan Ahli Jawatan Kuasa KSRnya yang telah menganjurkan acara tahunan ini dengan jayanya dan begitu meriah sekali dengan harapan acara ini dapat merapatkan silaturahim sesama rakan sekerja disamping dapat para pekerja menenangkan fikiran dan melupakan sebentar soal kerja. Fikiran segar, hidup terasa seronok kembali.


Hasil tangkapan pertama seorang peserta

Pertandingan bermula pada pukul 9.00pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Kepada semua pemenang terutamanya pemenang tempat pertama Syamsul diucapakan tahniah dan kepada yang tidak menang, cuba lagi pada tahun depan. 






BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...