Sunday, February 16, 2014

BR1M 2014 akan dibayar pada 22 Februari ini

Seramai 5.4 juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2014) yang mempunyai akaun bank akan menerima terus bayaran berkenaan ke dalam akaun masing-masing pada 22 Feb ini serentak di seluruh negara sebaik sahaja program BR1M dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Sekolah Menengah Aminuddin Baki di Kuala Lumpur nanti.
Sementara seramai dua juta lagi penerima bayaran BR1M yang tidak mempunyai akaun bank akan menerima baucar secara berperingkat dalam tempoh tidak melebihi 20 hari, bermula 23 Feb ini yang akan diagihan kepada mereka oleh para pemimpin di kawasan parlimen masing-masing.
Bagi melaksanakan kesemua pakej BR1M 2014, kerajaan akan memperuntuk sejumlah RM4.6 bilion yang dijangka dapat memanfaatkan sebanyak 7.9 juta penerima yang keseluruhannya melibatkan 4.63 juta isi rumah dan 2.4 juta individu bujang.
Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
Sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M 3.0 diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Pada  BR1M 2014 kali ini juga, kerajaan turut memperkenalkan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) bernilai RM50 kepada penerima isi rumah BR1M dengan nilai perlindungan minimum RM1,000 (kematian biasa) dan maksimum RM30,000 sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal.

Thursday, February 13, 2014

Skim Pinjaman Perumahan Tanpa Faedah

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mengumumkan pelaksanaan Skim Pinjaman Perumahan Anggota Perkhidmatan Awam Johor Tanpa Faedah berkuat kuasa 1 Mac ini ketika menyampaikan amanat sulung tahun ini kepada kira-kira 1,500 penjawat awam negeri di Kota Iskandar, Johor Baharu.

Sebelum ini, kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak empat peratus.
Beliau berkata bagi peminjam yang masih mempunyai baki dan dipotong dari gaji bulanan, baki pinjaman terkini akan disediakan pada April hingga Mei depan. Bayaran balik mengikut jadual baru skim ini akan dilaksanakan pada Mei atau Jun tahun ini.
"Kerajaan sentiasa inovatif dalam menangani masalah rakyat dan yang paling penting ialah semua ini disumbang melalui inovasi dasar yang dilakukan penjawat awam," katanya.
Menurut Khaled, antara dasar penting dalam pembentangan Bajet 2014 ialah usaha kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.
"Langkah seperti memperbanyakkan projek rumah mampu milik sememangnya sangat bertepatan. Ini bermakna, kerajaan tidak hanya membiarkan kuasa pasaran menentukan kos rumah," katanya.


BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...