Friday, July 27, 2012

Kadar Zakat Fitrah 2012/1433H

Berikut merupakan kadar zakat Fitrah untuk tahun 2012/1433H bagi negeri-negeri seluruh Malaysia.

Perlis            -RM6.00
Kedah          -RM7.00
P.Pinang       -RM7.00
Perak           -RM7.00
Selangor       -RM7.00
Negeri Sembilan -RM6.00
Melaka         -RM6.50
Johor            -RM5.00/8.00
Pahang          -RM7.00
Terengganu   -RM4.50/7.00/7.60
Kelantan        -RM7.00
Sarawak        -RM6.50
Sabah            -RM7.00
WP Kuala Lumpur, Putra Jaya & Labuan  -RM7.00

Bagi negeri Johor dan Terengganu berdasarkan harga, gred dan jenis beras yang dimakan.




Sunday, July 8, 2012

Juruterbang Pilihan Ella Sebagai Pasangan


Dengan sekali lafaz, Ratu Rock Negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, sah bergelar isteri kepada  Azhar Ghazali, 30-an, seorang juruterbang syarikat Firefly.Majlis pernikahan mereka diadakan di rumah keluarga Ella di Teluk Gadung, Klang, Selangor kira-kira pukul 10.30 malam tadi dan dinikahkan oleh Jurunikah Masjid Nurul Iman, Klang, Baharuddin Abu Bakar berwalikan abang sulung pengantin perempuan, Mohd Noor Izam Aminudin.


Ella dan Azhar sebelum itu telah ditunangkan sebelum majlis akad nikah bermula. Mereka berkenalan sejak sembilan tahun lalu dan hubungan itu menjadi serius sejak tiga tahun kebelakangan ini.


Ella menerima RM50,300 sebagai mas kahwin berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.Manakala majlis resepsi mereka akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada 1 Disember depan.  

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...