Monday, December 28, 2015

Dividen Amanah Saham Nasional ASN 2015



Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengumumkan agihan pendapatan 6.10 sen seunit bagi skim Amanah Saham Nasional (ASN) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015. Ia menurun berbanding 6.45 sen seunit pada 2014.

Agihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sejumlah RM106.72 juta kepada 1.25 juta pemegang unit yang memiliki sejumlah 1.75 bilion unit ASN. ASN telah memperolehi pendapatan kasar sebanyak 126.27 juta ringgit. 


Pendapatan daripada keuntungan jualan saham menyumbang sebanyak 79.91 juta ringgit atau bersamaan 63.3 peratus daripada keseluruhan pendapatan kasar.

Pengagihan dividen yang lebih rendah itu berikutan persekitaran ekonomi yang mencabar serta pasaran saham yang kurang memberangsangkan.
Dari tempoh diantara 31 Disember 2014  sehingga 23 Disember 2015 Indeks FTSE Bursa Malaysia telah catat penurunan sebanyak 5.5 peratus dariapda 1,761.25 kepada 1,663.51 mata.


Pemegang unit boleh mengemas kini akaun ASN mereka bermula 4 Januari 2016 di mana-mana pejabat ASNB atau ejennya di seluruh negara.

Saturday, August 22, 2015

Kedah Juara Liga Perdana 2015



Kejayaan Kedah melakarkan kemenangan besar 4-1 ke atas DRB Hicom dalam perlawanan terakhir Liga Perdana 2015 malam tadi mengesahkan trofi menjadi milik mereka.

Gol-gol Kedah dijaringkan oleh Sandro Da Silva, hatrik pada minit ke-3, ke-31 dan ke-78, Chidi Edeh pada minit ke-9 dan ke-49. Gol tunggal DRB Hicom oleh Ivan Babic menerusi sepakan penalti pada minit ke-7.

Kemenangan di Stadium Nasional Bukit Jalil tersebut turut menyaksikan Kedah layak beraksi kembali dalam  saingan Liga Super tahun depan, bersama-sama Pulau Pinang yang menewaskan UiTM Fc 2-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Selaku juara, Kedah membawa pulang Piala Liga dan wang tunai berjumlah RM300,000




Tuesday, August 18, 2015

Zizan Razak Membuka Rangkaian Kedai Serbaneka, Zizan Mart




Pelakon, pengacara dan pelawak Zizan Razak, 31 telah membuka rangkaian kedai serbaneka pertama miliknya, Zizan Mart di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan. 

Zizan Mart menawarkan perbagai barangan keperluan harian yang telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Menurut Zizan, perniagaan itu merupakan impian yang menjadi kenyataan dan beliau merancang untuk membuka lebih banyak cawangan Zizan Mart di seluruh negara pada masa depan.



Friday, July 31, 2015

Harga Minyak turun 10 sen seliter bagi Ogos 2015

Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel turun 10 sen seliter bagi Ogos 2015.

Harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pula RM2.45 seliter selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan diesel RM1.95 seliter berkuat kuasa tengah malam ini (1 Ogos). 

Sunday, May 24, 2015

Floria Diraja Putrajaya 2015




Perbadanan Putrajaya akan sekali lagi menganjurkan Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya atau Floria Diraja Putrajaya untuk kali ke-8. 

Floria Diraja Putrajaya 2015 akan bermula pada 30 Mei hingga 7 Jun 2015 di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya.



Bayaran masuk ke Festival Floria Diraja ini ditetapkan RM1.00 untuk kanak-kanak, RM 5.00 untuk dewasa dan RM10.00 bagi pelancong warga asing yang akan dibuka mulai pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam.

Kira-kira 50 peserta dari 28 negara akan mengambil bahagian di Festival ini termasuk dari Australia, Kanada, Sepanyol, United Kingdom, Japan, Korea, Oman, Thailand, Afrika Selatan, Taiwan, dan Itali.

Antara tarikan utama pada tahun ini adalah Taman Musim Sejuk dan Musim Bunga.


Saturday, May 23, 2015

Lions XII Muncul Juara Piala FA 2015




Pasukan Bolasepak Lions XII dari Singapura muncul juara Piala FA 2015 selepas menewaskan pasukan Kelantan 3-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Lion XII mengesahkan kejuaraan menerusi jaringan Faris Ramli pada minit ke-6 dan dua gol daripada pemain simpanan, Sahil Suhaimi pada minit ke-80 dan sepakan penalti minit ke-90.

Walaubagaimanapun Kelantan menyamakan kedudukan menerusi pemain sayap Wan Zack Haikal pada minit ke-61.

Kemenangan Lion XII ini juga merupakan satu rekod apabila kelab dari pasukan luar pertama muncul juara Piala FA sejak diperkenalkan pada tahun 1990.

Saturday, May 9, 2015

Fahrin Ahmad Sah sebagai Suami Elena




Selebriti terkenal Fahrin Ahmad 36, yang juga pelakon dan pengacara sah bergelar suami kepada Elena Hani Eleas 36, seorang pramugari dengan sekali lafaz.




Pasangan tersebut telah dinikahkan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur jam 10.40 sebentar tadi. 


Monday, April 27, 2015

Lee Chong Wei digantung lapan bulan



Datuk Lee Chong Wei dijatuhi hukuman gantung daripada beraksi selama lapan bulan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bermula 30 Ogos 2014 selepas gagal dalam ujian doping yang dilakukan semasa Kejohanan Dunia Di Copenhagen tahun lepas mengikut lapuran hukuman yang dikeluarkan hari ini.

Panel BMF meneliti dan jelas apabila mendapati penemuan Dexamethasone dalam badan Chong Wei lebih kepada kecuaian. Dalam kes ini panel menganggap Chong Wei bukan sengaja menipu tetapi lebih kepada kecuaian selepas mendapati kapsul herba Cordyceps mempunyai Dexamethasone tanpa disedari.

Oleh itu, Chong bakal membuat penampilan pertamanya pada kejohanan Piala Sudirman di Dongguan, China pada 10~17 Mei ini. Dan seterusnya menyertai Sukan SEA pada Jun ini Di Singapura selepas berehat selama lapan bulan.

Sunday, April 5, 2015

Helikopter Tertempas Di Semenyih




Helikopter AS365N2 Dauphin yang terhempas di Kampung Pasir Baru, Semenyih, Hulu Langat petang semalam sering digunakan sebagai pengangkutan korporat. Pesawat berkenaan juga kerap digunakan dalam urusan penguatkuasaan undang-undang, perkhidmatan perubatan kecemasan. liputan berita dan usaha mencari dan menyelamat.

Helikopter tesebut dengan nombor pendaftaran 9M-1GB itu dipercayai terbakar di udara sebelum terhempas pada jam 4.55 petang, menurut saksi kejadian. 

Helikopter itu dalam penerbangan dari Kuantan ke Subang yang kesemua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang daripada menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak Perdana Menteri di Pekan, Pahang.

Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Pengerusi PR1MA dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias adalah diantara yang terkorban dalam nahas tersebut. Empat lagi mangsa ialah juruterbang Kapten Clifford, pembantu juruterbang, Aidina Baizieva, ahli perniagaan, Datuk Tan Huat Seang dan pengawal peribadi Tan Sri Jamaluddin iaitu Koperal Razakan Seran.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Wednesday, March 25, 2015

Nahas Pesawat Germanwings




Presiden Perancis, Francois Hollande menegaskan tiada seorang pun yang terselamat dalam nahas pesawat Germanwings yang terhempas di selatan Perancis, petang Selasa.




Germanwings mengesahkan pesawat 4U9525 dari Barcelona ke Duesseldorf yang membawa 144 penumpang dan enam anak kapal terhempas di Pergunungan Alps Perancis.

Pegawai berkata pesawat tersebut mengeluarkan isyarat kecemasan pada pukul 0947 waktu tempatan, kira-kira 52 minit selepas berlepas.



Ia adalah kemalangan pesawat Airbus pertama di Perancis sejak tragedi Concorde di Paris kira-kira 15 tahun lalu.






Saturday, March 21, 2015

Suku Akhir Liga Juara-Juara Eropah



Kelab Sepanyol, Real Madrid yang juga juara bertahan akan bertemu dengan finalis tahun lalu Atletico Madrid di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Dalam undian yang berlangsung pada Jumaat di Nyon, Switzerland semalam, Paris Saint-Germain dari Perancis telah diundi untuk bertemu Barcelona manakala Porto menentang Bayern Munich dan juara Itali, Juventus menentang Monaco.

Untuk pertama kalinya dalam tempoh satu dekad, tiada pasukan dari Liga Perdana Inggeris yang berjaya mara ke peringkat ini dalam pertandingan bolasepak paling berprestij di dunia selain Piala Dunia.

Berdasarkan undian tersebut, jadual kesemua perlawanan di peringkat suku akhir adalah seperti berikut;


~14 April - Atletico Madrid (Sep.) lwn Real Madrid(Sep.); Juventus (Ita.) vs Monaco (Per.)
~15 April – PSG (Per.) lwn Barcelona (Sep.) ; Porto (Por.) lwn Bayern Munich (Jer.)
~21 April – Barcelona (Sep.) lwn PSG (Per.) ; Bayern Munich (Jer.) lwn Porto (Por.)
~22 April - Real Madrid (Sep.) lwn Atletico Madrid (Sep.) ; Monaco (Per.)lwn Juventus (Ita.)

Saturday, February 28, 2015

Senarai 10 orang terkaya di Malaysia

Tan Sri Robert Kuok Hock Nien dan beberapa hartawan perniagaan tempatan mengekalkan kedudukan masing-masing dalam Senarai Individu Terkaya Malaysia anjuran Forbes.
Tan Sri Robert Kuok, 91, adalah pengasas Hotel Shangri-la dan kekayaan terbesar beliau adalah daripada kelapa sawit, perkapalan dan hartanah. Mengikut Forbes, Kuok Group menguasai beberapa syarikat yang tersenarai di Hong Kong, Malaysia serta Singapura.

Berikut adalah senarai 10 orang terkaya di Malaysia tahun 2015.
1) Tan Sri Robert Kuok Hock Nien

Jumlah aset terkini: AS$11.3 billion (RM40.8 billion)     
Syarikat utama: Kuok Group / Kerry Group                                                   
Sumber kekayaan terbesar: Kelapa sawit, perkapalan dan hartanah

2) Tan Sri T. Ananda Krishnan

Jumlah aset terkini: AS$9.7 billion (RM35 billion)
Syarikat utama: Usaha Tegas, Astro, Maxis

Sumber kekayaan terbesar: Telekomunikasi


3) Tan Sri Quek Leng Chan

Jumlah aset terkini: AS$5.6 billion (RM20.2 billion)                          
Syarikat utama: Hong Leong Group Malaysia                                     
Sumber kekayaan terbesar: Perbankan dan hartanah

4) Tan Sri Lim Kok Thay 

Jumlah aset terkini: AS$5.5 billion (RM19.9 billion)

Syarikat utama: Genting Berhad


Sumber kekayaan terbesar: Kasino



5) Tan Sri Teh Hong Piow


Jumlah aset terkini: AS$5.4 billion (RM19.5 billion)

Syarikat utama: Public Bank


Sumber kekayaan terbesar: Perbankan


6) Tan Sri Lee Shin Cheng



Jumlah aset terkini: AS$4.6 billion (RM16.6 billion)
Syarikat utama: IOI Corporation Berhad


Sumber kekayaan terbesar: Kelapa sawitdan hartanah



7) Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay


Jumlah aset terkini: AS$3 billion (RM10.8 billion)

Syarikat utama: YTL Corporation


Sumber kekayaan terbesar: Pembinaan dan hartanah



8) Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary


Jumlah aset terkini: AS$2.9 billion (RM10.5 billion)

Syarikat utama: AlBukhary Corporation Sdn Bhd


Sumber kekayaan terbesar: Pelbagai antaranya pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta kejuruteraan dan penjanaan kuasa


9) Goh Peng Ooi

Jumlah aset terkini: AS$1.6 billion (RM5.8 billion)

Syarikat utama: Silverlake Axis Ltd.


Sumber kekayaan terbesar: Software


10) Tan Sri Lee Oi Hian & Dato Lee Hau Hian


Jumlah aset terkini: AS$1.5 billion (RM5.4 billion)

Syarikat utama: Kuala Lumpur Kepong Berhad


Sumber kekayaan terbesar: Kelapa sawit, bahan kimia dan hartanah




Monday, February 9, 2015

Rebat Tol Tahun Baru Cina



Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan bahawa kesemua syarikat lebuh raya bersetuju menawarkan insentif itu sebagai program tanggungjawab sosial korporat dan penghargaan kepada pengguna sempena perayaan Tahun Baru Cina tahun ini.

Pengguna-pengguna lebuh raya bakal menikmati diskaun dan rebat tol antara 5 hingga 37.5 peratus di 18 lebuh raya seluruh Negara.

Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) menawarkan rebat sebanyak 30 peratus bagi perjalanan melebihi 100 kilometer kepada pengguna yang membayar tol secara elektronik (ETC) pada 16 dan 23 Feb.


Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) pula menawarkan diskaun kadar rata sebanyak 60 sen untuk kenderaan semua kelas tunai dan ETC pada 19 Feb manakala Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL-Barat (SPRINT) menawarkan 20 sen untuk semua kelas tunai dan ETC pada hari sama.


Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE) dan Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) pula menawarkan diskaun 20 peratus untuk ETC Kelas 1 dari 6 pagi 19 Feb hingga 6 pagi 20 Feb.


Lebuhraya SMART pula menawarkan 10 peratus untuk tunai dan ETC bagi kelas 1 dan 4 sahaja pada 19 Feb manakala Lebuhraya Shah Alam (KESAS) menawarkan 10 peratus untuk tunai dan ETC Kelas 1 sahaja.


Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB) menawarkan diskaun 10 peratus untuk tunai dan ETC bagi semua kelas dari 11 malam 18 Feb hingga 8 pagi 19 Feb manakala Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga).

Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX) menawarkan diskaun 10 peratus untuk tunai dan ETC pada 19 Feb bagi semua kelas.


Lebuhraya Senai Desaru (SDE), Johor dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) menawarkan diskaun 10 peratus untuk tunai dan ETC bagi kelas 1 sahaja.
Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) pula menawarkan diskaun 5 peratus untuk ETC kelas 1 sahaja dari 6 pagi 19 Februari hingga 5.59 pagi 20 Februari.




Sunday, February 8, 2015

KWSP Isytihar Dividen 6.75% Bagi Tahun 2014



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dengan kelulusan Menteri Kewangan,  telah mengisytiharkan kadar dividen 6.75% dan pendapatan pelaburan kasar RM39.08 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, meningkat 11.66 peratus berbanding RM35.00 bilion pada 2013.
Bayaran dividen bagi 6.75 peratus berjumlah RM36.66 bilion di mana RM5.41 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen bagi 2014. Ini merupakan peningkatan sebanyak 10.53 peratus berbanding RM4.91 bilion yang dibayar untuk setiap satu peratus kadar dividen pada 2013, selaras dengan simpanan pencarum yang meningkat.

Penyata akaun KWSP yang telah dikreditkan dividen 2014 boleh disemak secara online melalui i-Akaun di laman web myEPF . Ahli juga boleh mendapatkan penyata akaun mereka dari Kios KWSP atau cawangan KWSP yang berdekatan mulai  Ahad, 8 Februari 2015. 

Setakat 31 Disember 2014, aset pelaburan KWSP berjumlah RM636.53 bilion, naik 7.91 peratus daripada RM589.87 bilion pada 2013. Pendedahan luar negara, yang membentuk 23 peratus daripada jumlah aset pelaburan KWSP, merupakan sebahagian daripada program diversifikasi untuk menjana pulangan konsisten bagi jangka panjang.

Saturday, February 7, 2015

Kumpulan Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014




Tahniah buat Kumpulan Zero yang dianggotai oleh Sahrif Kadil, Mohammad Syaiful dan Sharif Kunal kerana telah diumumkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.

Persembahan mantap dan menghiburkan daripada Kumpulan yang berasal dari Sabah ini melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro.



Gelaran naib juara pula dimenangi oleh Sepahtu yang disertai oleh  Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep) dan Shahmira Muhammad (Shuip). Mereka berkongsi hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.

Sementara itu, satu-satunya peserta solo, Nabil mendapat tempat ketiga dan menerima hadiah berupa wang tunai RM150,000 berserta sebuah trofi.

Kumpulan Shiro menduduki tempat keempat dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Manakala kumpulan Bocey berada di tempat kelima. Bocey membawa pulang hadiah iaitu wang tunai RM15,000 berserta trofi.

Jep (Sepahtu) turut memenangi kategori Man of the Match.

Persembahan malam final bertemakan muzikal dan bebas diadili oleh Datuk Jalaluddin Hassan, Taufik Batisah, Farah Quinn dan Nur Fazura yang merupakan juri tetap MLM 2014.

Sunday, February 1, 2015

Lapor Polis Jika Pasport Malaysia Antarabangsa Hilang




Mulai hari ini, 1 February 2015 Kementerian Dalam Negeri mewajibkan individu yang kehilangan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) sama ada di dalam negara atau luar negara membuat laporan di balai polis berdekatan. 

Kehilangan PMA boleh berlaku atas faktor kecuaian yang disengajakan atau musibah yang tidak dapat dielakkan seperti kecurian, samun, banjir atau kebakaran. Mereka yang kehilangan PMA dan berhasrat untuk membuat PMA baharu wajib mengemukakan laporan polis di Jabatan Imigresen Malaysia.

Bagi kes kehilangan akibat banjir, laporan polis tersebut perlu disertakan bersama laporan daripada Pihak Berkuasa Tempatan, manakala bagi kes kehilangan akibat kebakaran perlu menyertakan bersama laporan daripada pihak pasukan Bomba dan Penyelamat. 

Pasport Malaysia Antarabangsa merupakan dokumen yang dikeluarkan di bawah Akta Pasport 1966, yang akta ini mengawal pengeluaran, pemilikan dan perkara-perkara berkaitan dengan dokumen perjalanan.

Berdasarkan laporan Jabatan Imigresen Malaysia, sebanyak 18,037 kes kehilangan PMA dikesan pada 2012, manakala 2013 (19,579 kes) dan 16,789 kes bagi 2014. 


Pasport Malaysia Antarabangsa mempunyai nilai tinggi di peringkat global kerana pemegang PMA menikmati kebebasan untuk memasuki 163 daripada 219 negara tanpa visa. 

Tuesday, January 27, 2015

Pencipta Pen Drive Rakyat Malaysia



Tahukah anda bahawa Pen Drive dicipta oleh Pua Khein-Seng, seorang rakyat Malaysia yang berasal dari Sekinchan, Selangor. Beliau dilahirkan pada 29 Jun 1974.
Pada umur 19 tahun, Pua meninggalkan Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke Taiwan. Ketika dalam pengajian tahun ketiga di Universiti Chiao Tung, beliau yang merupakan pelajar jurusan kejuruteraan memulakan kajian dalam teknologi ‘flash memory’.
Pua Khein-Seng bersama dengan empat lagi rakan kongsi yang lain menubuhkan Phison Electronics Corp yang mana beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya bagi menghasilkan teknologi ‘single-chip controller’ pertama di dunia pada tahun 2001.
Kejayaan Pua telah melayakkan beliau untuk menerima pelbagai anugerah dari Taiwan dan juga Malaysia.

Pada tahun 2012 Pua Khein-Seng dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk.

Sunday, January 18, 2015

Pos Malaysia Keluar Setem Tumbuhan




Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan koleksi siri ketiga setem dan filateli bertemakan tumbuhan berkhasiat untuk keluaran pertama pada tahun 2015 ini.


Koleksi tumbuhan tersebut menampilkan empat jenis tumbuhan berkhasiat, iaitu Misai Kucing (Orthosiphon stamineus Benth), Hempedu Bumi (Andrographis paniculata), Roselle (Hibiscus sabdariffa L.) dan Belalai Gajah (Clinacanthus Nutans).
Koleksi tersebut akan mulai dijual kepada orang ramai pada hari Selasa ini di semua cawangan pejabat pos seluruh Negara.
Setem berukuran 30mm x 40mm tersebut dicetak secara eksklusif menggunakan Kertas Tera Air SPM , Bersalut Fosfor. 
Setem-setem tersebut boleh didapati dalam tiga denominasi iaitu RM0.60 (Misai Kucing), RM0.70 (Roselle) dan RM0.80 (Hempedu Bumi) setiap satu. Bagi lembaran mini bersaiz 100mm x 70mm yang menampilkan tumbuhan Belali Gajah berserta setem berukuran 30mm x 40mm boleh didapati pada harga RM3.00 setiap satu.
Sampul Surat Hari Pertama juga boleh didapati pada hari pertama keluaran dengan harga RM0.50 sekeping atau RM2.60 bersama satu set setem manakala set lengkap dijual dengan harga RM57.10.

Pelanggan atau peminat setem juga boleh menggunakan kemudahan dalam talian menerusi 'Philately Online' di www.posonline.com.my untuk membuka akaun SODA, menambah nilai dan memeriksa baki akaun SODA, serta mengemas kini butir peribadi.

Saturday, January 10, 2015

Ekor Pesawat AirAsia QZ8501 Berjaya Dibawa Keluar



Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) berjaya membawa naik ke permukaan air bahagian ekor pesawat AirAsia QZ8501 setelah ia dikesan terbenam di dasar laut berhampiran Pangkalan Bun di Kalimatan Tengah.

Bahagian pesawat itu dibawa ke Pangkalan Bun untuk tindakan seterusnya mencari kotak hitam pesawat. Kerja-kerja membawa naik bahagian ekor pesawat itu mengambil masa lebih 7 jam dan ia menggunakan kaedah diapungkan dengan enam belon pelampung (floating beg).

Bahagian ekor pesawat itu dikesan tiga hari lepas dan ia didapati dalam keadaan terbalik dan terbenam dalam dasar laut yang berselut.

Pihak berkuasa masih tidak pasti sama ada kotak hitam berada dalam bahagian ekor tersebut.Operasi SAR yang dikendalikan oleh Badan SAR Nasional (Basarnas) dan dibantu oleh beberapa negara lain termasuk pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu memasuki hari ke-14 hari ini.

Pesawat yang membawa 162 penumpang dan anak kapal itu telah berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi hari yang sama (28 Disember).Ia terputus hubungan dengan kawalan trafik udara indonesia sejurus berlepas.Pesawat kemudian dilaporkan terhempas di Laut Jawa.


Penumpang pesawat itu terdiri daripada 149 orang warga Indonesia, Korea Selatan (tiga) dan masing-masing seorang rakyat Singapura, Malaysia dan United Kingdom. Kru terdiri daripada enam Indonesia dan satu Perancis. 

Monday, January 5, 2015

KWSP Perkenal e-Pengeluaran untuk Pinjaman Perumahan




Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan ahli-ahli yang mempunyai pinjaman perumahan dengan RHB Bank dan Maybank boleh memilih menghantar permohonan pengeluaran mereka secara dalam talian melalui kemudahan e-Pengeluaran untuk pembayaran balik pinjaman perumahan.

Kemudahan itu yang disediakan melalui i-Akaun, memudahkan permohonan pengeluaran secara dalam talian bagi pembayaran ansuran bulanan pinjaman perumahan dan mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan.


Kemudahan e-Pengeluaran membolehkan ahli menghantar permohonan pengeluaran secara dalam talian dengan cepat, tepat dan mudah. Ahli hanya perlu datang ke cawangan KWSP untuk pengesahan ibu jari. Untuk keterangan lanjut Ahli boleh hubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-89226000.

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...