Saturday, November 24, 2012

Queens Park Rangers (QPR) melantik Harry Redknapp sebagai pengurus baru


Queens Park Rangers (QPR), Kelab EPL yang dimiliki oleh Tony Fernandes akhirnya melantik Harry Redknapp sebagai pengurus baru selepas Mark Hughes dipecat pada Jumaat lalu. 
Mark Hughes, bekas pemain Manchester United dan antarabangsa Wales memulakan tugas di QPR pada 10 Januari 2012 dan hanya bertahan selama 11 bulan sebelum diganti oleh Redknapp.

Harry Redknapp, 65 bekas pengurus Tottenham Hotspur dari 2008 sehingga Jun 2012, menerima jawatan ini dengan kontrak perjanjian dua tahun setengah dan tugas beliau sangat mencabar kerana sehingga kini QPR belum memenangi sebarang perlawanan slepas 12 perlawanan liga malah hanya mengutip empat mata sekaligus meletakkan mereka di kedudukan terbawah liga.
Perlantikan Harry Redknapp diharapkan dapat memberi nafas baru kepada QPR untuk mengelakkan daripada tersingkir dari EPL musim depan. 

Monday, November 19, 2012

Jadual Perlawanan Piala Suzuki AFF 2012 Kumpulan B


Mampukah Malaysia mempertahankan Piala Suzuki AFF yang dimenangi pada edisi yang lepas  akan terjawab apabila sepak mula bagi esidi ke-9 pada 25 November ini. Piala Suzuki AFF adalah kejohanan bolasepak untuk Negara-negara Asean yang dipertandingkan setiap 2 tahun sekali.


BERIKUT adalah jadual perlawanan Piala Suzuki AFF yang melibatkan pasukan Malaysia bagi Kumpulan B;
KUMPULAN B
MALAYSIA
SINGAPURA
INDONESIA
LAOS
25 November
Indonesia lwn Laos (6ptg, Std Nasional Bukit Jalil)
MALAYSIA lwn Singapura (8.45mlm, Std Nasional Bkt Jalil)
28 November
Indonesia lwn Singapura (6ptg, Std Nasional Bkt Jalil)
Laos lwn MALAYSIA (8.45mlm, Std Nasional Bkt Jalil)
1 Disember
Singapura lwn Laos (8.45 mlm, Stadium Shah Alam)
MALAYSIA lwn Indonesia (8.45mlm, Std Nasional Bkt Jalil)

Laluan Malaysia sehingga bergelar juara pada tahun 2010.

Tuesday, November 13, 2012

MAHA International 2012

















MAHA International 2012 yang dihoskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dengan kerjasama MARDI dan MARDITECH Corporation Sdn. Bhd. serta Jabatan dan Agensi di bawah MOA akan diadakan pada 23 November hingga 2 Disember 2012 bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).  

Acara yang akan berlangsung selama 10 hari ini diadakan serentak dengan Hari Peladang, Perternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK). HPPNK merupakan satu program penghargaan kerajaan untuk kumpulan peladang, perternak, nelayan serta usahawan agro di seluruh Negara . Bertemakan “Transformasi Pertanian Melalui Inovasi”, MAHA International 2012 akan memaparkan kejayaan sektor pertanian dan industri asas tani serta ternakan dari aspek inovasi dan teknologi terkini.

Selain penglibatan dari agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan usahawan dalam negara, pameran ini juga akan turut disertai penyertaan dari luar Negara antaranya Afghanistan, Vietnam, Singapura, Korea Selatan, India, Qatar dan Sri Lanka.

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...