Sunday, January 8, 2012

Negeri Sembilan Juara Piala Sumbangsih

Kelantan gagal mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah apabila tewas dalam perlawanan Sumbangsih 1-2 kepada Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kejayaan tersebut adalah kejuaran sulung bagi Negeri Sembilan, selepas dua kali tewas pada perlawanan Piala Sumbangsih sebelum ini, manakala Kelantan adalah juara tahun lepas.

Kelantan yang bermula garang mendahului seawal minit ke-19 menerusi jaringan cantik penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha. Manakala Negeri Sembilan membalas melalui jaringan pemain import tunggal mereka iaitu Jean Emmanuael Effa Owana pada minit ke-30 menjadikan kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Masuk separuh masa kedua, Negeri Sembilan dilihat lebih banyak mendominasi perlawanan dan hasilnya pada minit ke-63, mereka mendapat gol kedua yang dijaring oleh Jean Emmanuel yang juga jaringan kedua beliau selepas menewaskan penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat menjadikan kedudukan 2-1.

Kedudukan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan dan Negeri Sembilan muncul juara baru Piala Sultan Ahmad Shah bagi tahun ini yang menandakan bermulanya Liga Bolasepak Malaysia pada tahun ini.

1 comment:

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...