Saturday, June 15, 2013

Hantu Kapcai Filem Terhebat Blokbuster 2012

Filem Hantu Kapcai arahan Ghaz Abu Bakar dinobatkan sebagai Filem Terhebat Anugerah Blokbuster 2012. Dengan kemenangan itu Hantu Kapcai membawa pulang trofi berserta wang tunai keseluruhan berjumlah RM15,000. Anugerah ini telah berlangsung di Stadium Tertutup MBJB (Majlis Bandaraya Johor Baru), Johor pukul 9.00 malam tadi dan disiarkan secara langsung menerusi saluran 104 Astro Ria.
Hantu Kapcai turut memenangi kategori Filem Aksi Terhebat dan Filem Kelakar Terhebat termasuklah Hero Terhebat (Zizan Razak).
Anugerah Blockbuster 2012 merupakan penganjuran buat kali kedua bagi memartabatkan filem-filem serta penggiat seni tempatan.
Sebanyak 16 kategori yang melibatkan 49 pencalonan (bagi setiap kategori) diperkenalkan menggunakan 100 peratus undian daripada orang ramai.
Antara filem-filem yang bertanding termasuklah Chow Kit, Ngorat, Istanbul Aku Datang, Adnan Sempit 2, 29 Februari, Apa Celop Toqq, Mael Lambong, Untuk Tiga Hari, Jiwa Taiko, Kahwin Lima dan Zaiton Ceritaku.
Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Blokbuster 2012:
1. Anugerah Filem Terhebat: Hantu Kapcai
2. Anugerah Tuan Direktor Terhebat : Syamsul Yusof (Jalan Kembali Bohsia 2)
3. Anugerah Direktor Baru Terhebat : Dharma Harun Al-Rashid (Adik Manja Returns)
4. Anugerah Filem Aksi Terhebat : Hantu Kapcai
5. Anugerah Filem Kelakar Terhebat : Hantu Kapcai
6. Anugerah Filem Takut Terhebat : Sumpahan Kum Kum
7. Anugerah Drama Muzikal Terhebat : Aku Ada Kau Ada?
8. Anugerah Hero Terhebat : Zizan Razak (Hantu Kapcai)
9. Anugerah Heroin Terhebat : Yana Samsudin (3 Temujanji)
10.Anugerah Watak Penyangak Terhebat : Sofi Jikan ( Jalan Kembali Bohsia 2)
11.Anugerah Lagu Tema Terhebat : Beginilah Caranya (Aku Ada Kau Ada?)
12. Anugerah Hero Baru Terhebat: Izzue Islam (29 Februari)
13. Anugerah Heroin Baru Terhebat: Neelofa (Azura)
14.Anugerah PFM : David Teo

15.Anugerah Astro First Terhebat : Ombak Rindu

Saturday, June 1, 2013

Floria Putrajaya 2013



Festival Bunga dan Taman Putrajaya, Floria Putrajaya 2013 yang akan diadakan selama sembilan hari mulai 22 Jun hingga 30 Jun ini di Persisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya dijangka menarik lebih satu juta pengunjung dari dalam dan luar negara.

Floria Putrajaya 2013 kali ke-6 ini bertemakan Bunga Orkid Khazanah Tropika akan mempamerkan hiasan seni reka taman mengandungi 400,000 tumbuhan berbunga dan berwarna-warni daripada pelbagai spesies tempatan dan luar Negara yang akan menampilkan 23 peserta dari 18 negara iaitu Afrika Selatan, Australia, Chile, China, Filipina, Hong Kong, Itali, Jepun, Jerman, Kanada, Korea, Myanmar, New Zealand, Singapura, Taiwan, Thailand, United Kingdom dan Vietnam serta tuan rumah Malaysia

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pemilihan tema orkid amat bertepatan kerana ia merupakan tanaman hiasan popular di negara ini kerana faktor kesesuaian iklim yang panas dan lembap.
Menurutnya, ia juga menjadi pilihan dalam kalangan penggemar flora kerana saiz, struktur dan warna bunga yang pelbagai.

Pada festival ini juga, lebih 5,000 pokok bunga orkid daripada pelbagai spesies akan disusun dan dihias dalam bentuk taman dan gubahan.

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...