Thursday, June 30, 2011

Laluan Malaysia Sukar Di Taiwan

Malaysia memilih laluan sukar pada perlawanan kedua pusingan pertama bolasepak Kelayakan Piala Dunia 2014 ZON Asia di Taiwan nanti apabila membiarkan Taiwan menjaringkan gol pada minit ke-77 yang menjadikan keputusan 2-1.

Sebelum itu Skuad Kebangsaan mendahului 2-0 melalui jaringan Shafiq Rahim pada minit ke-28 dan pada minit ke-55 Aidil Zafuan Abd Razak menjaringkan gol kedua. Gol Taiwan dijaringkan oleh Chan Po Liang pada minit ke-77.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebentar tadi itu disaksikan oleh ribuan peminat bolasepak tempatan.

Diharapkan Skuad Kebangsaan dapat membaiki kelemahan yang ada menjelang perlawanan kedua di Taiwan nanti dan seterusnya mencapai kejayaan walaupun kita hanya dibekalkan dengan bekalan yang tipis, satu jaringan sahaja.

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday #1





Maksud Wordless Wednesday: Setiap hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan semuanya

Monday, June 27, 2011

Pesta Buku Selangor 2011


Jika anda berminat dengan bahan-bahan bacaan, singgahlah ke Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam, Selanggor kerana Pesta Buku Selangor 2011 sedang diadakan di sana sehingga 3 julai ini.
Pesta Buku kali yang ke-6 ini bermula pada 24 jun yang lepas dan buat pertama kalinya telah bertukar lokasi dari Kompleks PKNS ke SACC dengan ruang pameran yang lebih luas dan selesa untuk pengunjung.




Pesta kali ini bertemakan "Berhenti Sebentar, Jom Baca" yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) ini menyediakan lebih 150 booth/lot yang melibatkan lebih daripada 70 pempamer/penerbit/pembekal buku mengisi ruang pameran. Antara pempamer/penerbit/pembekal yang terlibat termasuklah Kumpulan Media Karangkraf, Ana Muslim, Grolier, PTS, Read Network, Cerdik, Pelangi,Telaga Biru, Al-Hidayah dan banyak lagi.


Perbagai aktiviti disediakan oleh penganjur antaranya pelancaran buku, bermesra bersama Aliff dan Anis( maskot PPAS), diskusi dan bicara buku, Tanyalah Ustaz, persembahan Upin & Ipin dan sebagainya.

Saturday, June 25, 2011

Sepah Juara Maharaja Lawak


Kumpulan Sepah akhirnya diumumkan sebagai juara Maharaja Lawak selepas bertanding selama 13 minggu di Stadium Malawati, Shah Alam, malam tadi

Sepah yang dianggotai oleh Mohd Noor Murad @ Mamat, 26, Mahd Nadzri Zainal Abidin @ Jap, 26 dan Shahmira Muhamad @ Shuib, 27 membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak Rm350,000 sebagai juara.

Naib juara diraih oleh kumpulan Jozan, yang dianggotai oleh Mohd Razizan Abdul Razak, 27 @ Zizan dan Mohd Yazid Lim Mohd Aziz, 27 @ Johan yang membawa pulang wang tunai sebanyak Rm250,000. Tempat ketiga dimenangi oleh satu-satunya peserta solo, Ahmad Nabil Ahmad, 28 dan tempat keempat dimenangi oleh kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Zamaratul Amri Zakaria @ Tokey, 35 dan Yussry Edoo @ Yus, 35.

Pada peringkat akhir para peserta dikehendaki membuat dua persembahan yang bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal. Peserta diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 50 peratus undian oleh penonton dirumah dan juri yang terdiri daripada Mamat Khalid, Ahmad Idham serta Saiful Apek.

Friday, June 24, 2011

Malaysia Menumpaskan Lebanon 2-1

Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana dapat menumpaskan Lebanon 2-1 pada pusingan kedua kelayakan bola sepak Olimpik 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Walaupun skuad negara bermain dengan sepuluh pemain apabila Gary Steven Robbart dibuang padang selepas dilayangkan kad kuning kedua pada awal permainan separuh masa kedua, pemain negara dapat bertahan daripada serangan bertali-arus Lebanon.

Sebelum itu skuad negara membuka tirai jaringan menerusi Mohd. Irfan Fazali pada minit ke-8 dan menambah jaringan kepada 2-0 pada minit ke-41 oleh Wan Zack Haizal.

Lebonan hanya dapat menjaringkan gol melalui Chandie Atie pada minit ke-64 selepas Malaysia bermain dengan sepuluh pemain. Corak permainan secara bertahan selepas itu membuahkan hasil apabila Malaysia layak mara ke pusingan akhir kelayakan Olimpik peringkat kumpulan yang membabitkan 12 pasukan untuk meraih tiket ke Sukan Olimpik.

Malaysia kali terakhir layak ke Sukan Olimpik ialah pada tahun 1980 di Moscow, Rusia tetapi kerajaan Malaysia memboikot sukan tersebut kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Tuesday, June 21, 2011

Hanya 2 jam setengah Dari Paris ke Tokyo dengan Pesawat Hipersonik

Nak bagi tahu bahawa, The European Aeronautic Defence and Space Company N.V (EADS), Syarikat aeroangkasa yang membina pesawat Airbus mendedahkan rancangan untuk membina pesawat penumpang hipersonik yang mengambil masa cuma dua setengah jam penerbangan dari Paris ke Tokyo menjelang tahun 2050, Wau...pantasnya....



Pesawat yang digelar ZEHST(Pengangkutan Hipersonik Pelepasan Sifar) itu akan bergerak dengan kelajuan lebih 5,000 kph, empat kali kelajuan bunyi.

Ketua Pegawai Teknikal EADS, Jean Botti berkata, pesawat tersebut mirip jet supersonik Concorde, pesawat ikon yang pernah digunakan oleh syarikat Air France, yang ditamatkan perkidmatan kira-kira 8 tahun yang lalu.



Projek ini dibangunkan dengan kerjasama Jepun dan menggunakan teknologi yang sedia ada. Ia dianggarkan boleh membawa di antara 50 hingga 100 penumpang.

Bagaimanapun, Ketua EADS, Louis Gallois berkata, ia akan mengambil masa di antara 30 hingga 40 tahun untuk membina pesawat tersebut. EADS berharap untuk mempunyai prototaip pada tahun 2020 dan akhirnya pesawat dapat memberi perkhidmatan pada sekitar tahun 2050.

Sunday, June 19, 2011

Pesta Flora Putrajaya 2011

Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2011 (Floria Putrajaya 2011) akan sekali lagi menemui peminat bunga-bungaan dan para jurugambar pada 9 hingga 17 Julai, yang menjanjikan lebih 12,000 mawar pelbagai jenis dipamerkan bertempat di Waterfront Presint 2, Putra Jaya.

Dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) buat kali keempat, acara kali
ini yang bertemakan "Mawar Untuk Selamanya" yang turut menampilkan 400,000 jenis bunga hiasan beraneka warna, tumbuhan herba, pokok liar dan
hiasan laman unik berwarna-warni.



 

Rekaan taman daripada 13 pereka taman dan gubahan bunga dari luar
negara seperti Indonesia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun,
Korea, Taiwan, Thailand, Macau, Kenya, Pakistan, Kanada, New Zealand
dan Hong Kong  juga dipamerkan.

Pameran, bengkel berkebun dan bercucuk tanam serta pertandingan taman
seni reka bentuk kreatif untuk pelajar sekolah dan universiti, akan turut diadakan pada festival ini.

Pesta floria kali ini turut membabitkan Kementerian Pelancongan bagi acara 'Malam Perarakan Flora Pelancongan Antarabangsa 1Malaysia', yang menyaksikan perarakan 14 bot dihiasi bunga-bungaan pelbagai warna berlangsung setiap malam sepanjang penganjuran floria di Tasik Putrajaya.


Acara akan dibuka dari pukul 9 pagi hingga 10 malam, setiap Isnin hingga Khamis dan dilanjutkan sehingga pukul 12 tengah malam pada Jumaat serta hujung minggu. Masuk adalah percuma.

Thursday, June 16, 2011

Percutian Keluarga Bahagia Salih Yaakob

Salih Yaakob, selepas berkahwin dengan isteri ke-4 beliau, Samihah Sheikh Ali ada menyatakan bahawa akan membawa kesemua isteri dan keluarganya bercuti bersama-sama.

Dan inilah bukti gambar beliau bercuti bersama keluarga dan pada masa yang sama berhoneymoon bersama isteri baru di negeri China.
                                                                 
Keluarga Bahagia
                                             
                    



 



 



Isteri Pertama

Isteri Ke-2

Isteri Ke-3

Isteri Ke-4

 

Tuesday, June 14, 2011

Tindakan Ke atas Syarikat Skim Kutu

Selepas ramai yang tertipu akhirnya Dewan Rakyat pada hari ini meluluskan Rang Undang-undang (Larangan) Kumpulan Wang Kutu (Pindaan) 2011 dengan memperuntukkan tindakan tegas denda sehingga RM500,000 terhadap syarikat yang menganjurkan perniagaan skim kutu.

Pindaan terhadap rang undang-undang itu turut menyaksikan peningkatan tempoh penjara maksimum daripada tiga tahun sebelum ini kepada sepuluh tahun bagi kesalahan yang sama.
Bagaimanapun akta berkenaan tidak tertakluk kepada penganjur kutu kecil-kecilan yang hanya melibatkan jumlah wang dan kumpulan kecil tanpa memberi keuntungan kepada penganjur. Yang ini tak apa, lagi pun penganjur  hanya bertujuan untuk membantu peserta menyimpan wang dan peserta akan mendapat wang mereka semula apabila tiba gilirannya tanpa sebarang keuntungan baik kepada penganjur mahupun peserta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, pembentukan akta berkenaan memberi fokus terhadap syarikat yang menjalankan perniagaan kutu bagi mengaut keuntungan.
Kata beliau, kerajaan memandang serius terhadap operasi syarikat yangmenjalankan perniagaan kutu demi keuntungan penganjur.

"Kalau wujudkan syarikat dan kumpul duit dari puluh-puluh ribu orang dan unsur bisnes berlaku apabila penganjur kutu mengambil komisyen misalnya 10 peratus untuk dirinya yang dipanggil sebagai service charge dan apa saja kita akan ambil tindakan," katanya.
Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 bertujuan melarang pendaftaran atau pelesenan perniagaan yang bertujuan menganjurkan atau merancang untuk menganjurkan wang kutu.

Monday, June 13, 2011

Hazama Juara AF Musim Kesembilan

Pelajar Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9), Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 26, dinobatkan sebagai juara pada konsert akhir yang berlangsung di Dataran Putrajaya, Putrajaya,malam Ahad.

Dengan kemenangan itu, Hazama membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000 beserta sebuah piala sumbangan Astro.
Dia turut menerima sebuah kamera Sony Handycam bernilai 3,299 sumbangan Sony serta hamper dan wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Power Root.

Pelajar kelahiran Perak ini telah diundi masuk pada konsert AF9 minggu ketiga, selepas pelajar Aida dan Amir digugurkan dalam program itu.
Pada konsert akhir itu, Hazama telah membawakan dua buah lagu iaitu Pukau, nyanyian Tomok dan Cinta Teragung.


Selepas diumumkan kemenangannya, bekas peserta prelude AF4 itu berterima kasih kepada para pengundi yang memberi peluang kedua kepadanya untuk terus bersaing di AF9  sekali gus menjadi juara.
Sementara itu, naib juara dimenangi oleh Lenaber Haidir atau Lena 22, tempat ketiga dimenangi oleh Fina atau nama sebenarnya Nur Shafinaz Jebat 18, dan bagi Mohamad Azri Abdullah atau Azri 23, pula hanya berpuas hati ditempat keempat.

Dengan kemenangan itu juga, Hazama mengikuti jejak, Vince  musim pertama, Zahid  musim kedua, Mawi musim ketiga, Faizal musim keempat, Mila  musim kelima, Stacy  musim keenam, Hafiz musim ketujuh, dan Shahir musim kelapan sebagai Juara Akademi Fantasia.

Sunday, June 12, 2011

Juara Baru Piala FA 2011

Assalamualaikum...Selamat Sejahtera.....
Tahniah Boiler ucapkan kepada Pasukan pilihan Boiler Terengganu kerana menjuarai Piala FA selepas menewaskan Kelantan 2-1 dalam permainan yang berlanjutan ke masa tambahan malam tadi.


Kemenangan Terengganu sebenarnya adalah kerana semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh pemain. Kelantan sebenarnya boleh memenangi piala jika para pemainnya tidak hilang fokus pada minit-minit akhir permainan dan kesilapan Daudsu Jamaludin yang tertanduk bola ke gawang sendiri ketika masa kecederaan, sesudah mendahului dengan 1-0 jaringan Nurul Azwan Roya pada minit ke-80 memusnahkan cita-cita Kelantan membawa balik Piala FA buat pertama kali ke Kota Bharu. Jaringan tersebut telah mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Pada masa tambahan, Terengganu terus berkerja keras untuk mencari gol kemenangan dan hasilnya, melalui satu sepakan lambung yang cantik hasil tendangan sudut daripada Ashari Samsudin terus ke kepala Reeshafiq Alwi yang kemudiannya disambung dengan tendangan leret Ahmad Nordin ke penjuru gol yang gagal di selamatkan oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke 108 permainan.

Dengan kejayaan ini, Terengganu berjaya mendapat peluang beraksi pada saingan Piala AFC pada tahun 2012.
Pada pelawanan malam tadi juga, Mazuki Yusof, Kapten Terengganu dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir. Perlawanan tersebut disaksikan oleh hampir 90,000 penyokong kedua-dua pasukan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Saturday, June 11, 2011

Final Piala FA 2011

Assalamualaikum...selamat petang. Boiler ingin menulis sedikit tentang perlawanan bolasepak final piala FA malam ini di antara Terengganu dan Kelantan. Perlawanan antara kedua-dua pasukan jaguh pantai timur ini adalah perlawanan final yang pertama di antara mereka sejak piala FA dipertandingan pada tahun 1990.


Diantara kedua-dua pasukan ini, pilihan boiler adalah Terengganu untuk muncul sebagai juara. Untuk menjadi juara Terengganu tidak harus melakukan kesilapan seperti apa yang berlaku pada pertemuan dengan Kelantan sebelum ini ketika kalah 3-0 pada perlawanan Liga Super.

Terengganu harus berhati-hati dengan Kelantan yang bersemangat membara untuk menjadi juara FA untuk pertama kali dan menebus kekecewaan ketika tumpas pada finas 2009 ketika bertemu Selangor.
Bagi Terengganu pula kali terakhir menjulang piala FA adalah pada tahun 2000 ketika menewaskan Pulau Pinang 4-3 menerusi sepakan penalti selepas perlawanan terikat 1-1.

Barisan Kemungkinan Yang Diturunkan Pada Malam ini.










Terengganu
Penjaga Gol
Mohd Sharbinee Allawee Ramli

Pertahanan
Marzuki Yusof
Helmi Rameli
Zubir Azmi
Mazlizam Muhamad

Tengah
Ashaari Shamsudin
Joseph Kalang Tie
Ismail Faruqi
Resahafiq Alwi

Penyerang
Abdul Hadi Yahya
Abdul Manaf Mamat










Kelantan
Penjaga Gol
Khairul Fahmi Che Mat

Pertahanan
Mohd Rizal Fahmi
Mohd Daudsu Jamaluddin
Mohd Farisham Ismail
Zairul Fitree Ishak

Tengah
Mohd Badri Radzi
S.Chanturu
Mohd Nurul Azwan Roya
Mohd Shakir Saari

Penyerang
Norshahrul Idlan Talaha
Mohd Izuan Salahuddin

Ke Mana Perginya Followers

Ke mana perginya semua Follower boiler ini,
puas boiler mencarinya,
tapi tak jumpa-jumpa juga.
Tadi sebelum mereka menghilang boiler
ada 272 follower semuanya...
tapi sekarang ???

Boiler pun tak boleh nak follow balik
jika ada yang dah follow
boiler sebelum kehilangan tersebut.

Tapi apa-apa pun boiler ucapkan terima kasih kepada semua follower yang telah sudi
menjadi follower boiler.

Mintak-mintak kehilangan ini hanya sementara
sahaja dan boiler akan follow
balik selepas keadaan pulih semula @
di jumpai kembali...

Friday, June 10, 2011

Buah Hati Taukey Jambu

Anda salah seorang peminat Taukey @ Zamatul Amri Zakaria dari Kumpulan Jambu. Taukey yang berpasangan dengan Yus ( Jambu ) yang sedang berentap di rancangan Maharaja Lawak, rancangan Lawak yang menghimpunkan bekas juara dan Finalis Raja Lawak musim pertama hingga ke-5.

Dalam kesibukkan berlawak, beliau rupa-rupanya ada buah hati yang sungguh cute...kalau tak silap bernama Ieda Siska.


Taukey memang muka "legend buah hati cute"...lelaki yang kelakar memang menjadi pilihan wanita agaknya...contohnya Salih Yaakob, 4 isteri tu...


Wednesday, June 8, 2011

Shahir AF8 Jatuh Bilik Air

Juara AF 8, Ahmad Shahir Zawawi, 24, atau lebih dikenali sebagai Shahir mengalami retak tulang tangan sebelah kiri selepas terjatuh di bilik air di kampungnya di Kampar, Perak. Kejadian pada pagi Sabtu lalu itu berlaku ketika Shahir sedang mandi.



Dia yang sedang bercuti di kampung halamannya. tergelincir ketika di bilik air, lalu terjatuh menyebabkan tulang tangannya retak. Selepas itu Shahir telah dibawa ke pusat perubatan berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Kejadian tersebut tidaklah terlalu teruk, dia hanya mengalami retak sahaja dan mungkin akan pulih cepat dan meneruskan aktiviti seninya.
Disebabkan kejadian tersebut Shahir bercuti selama seminggu untuk berehat.

Shahir yang berasal dari Ipoh, Perak, sekarang tengah hot dengan gossip percintaannya dengan pelakon Rozita Che Wan.
Juara Akademi Fantasia musim kelapan itu kini juga sedang sibuk dengan promosi filem pertama beliau berjudul Karak yang sedang ditayangkan di pawagam tempatan.

Tuesday, June 7, 2011

Menariknya Design Peti Surat

Pernah tak korang bercita-cita hendak jadi Posmen atau pernah melihat abang Posmen menghantarkan surat kat rumah. Tentu adakan...tapi  macam mana agaknya peti surat kat rumah kita, menarik tak, yang boleh membuat abang posmen terhibur dan seronok apabila menghantar surat....

Di sini ada beberapa design peti surat yang menarik dan menghiburkan tapi ini tentunya bukan di negara kita.

Motosikal

Rumah

Meriam

Burung

Ikan

Traktor

Bola Golf

Lori Simen

Kuda

Bolehkan setiap rumah terutamanya rumah di kampung-kampung menyediakan peti surat macam nie. Tentu seronok abang posmen datang untuk menghantar surat kat rumah kita kan.

Thursday, June 2, 2011

Harga makanan akan turut naik kata Pakar Ekonomi

Harga makanan dijangka meningkat seiring pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik, kata ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia, Yeah Kim Leng.

Katanya, ini ekoran industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik.

"Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindahkan kos yang lebih tinggi kepada pengguna," katanya

Hasil daripada tekanan inflasi, Yeah berkata, kerajaan sebaiknya mengatur
pemotongan subsidi untuk barangan yang berbeza-beza, sebagai contoh petrol.

"Sekiranya kerajaan memotong subsidi petrol sekarang, ia akan menyebabkan gegaran berganda kepada pengeluar yang akhirnya memindahkan tekanan itu kepada harga barangan pengguna," katanya.

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...