Saturday, March 24, 2012

Timbul Semula Isu Telur Tiruan




Jila dahulu heboh diperkatakan tentang penemuan telur tiruan yang dipercayai berasal dari China, kemudian cerita tersebut senyap begitu sahaja. Kini timbul semula isu ini apabila telur yang direbus sebuah keluarga di Taman Indah Permai, Kampung Baru Kerteh, Kemaman bertukar menjadi warna biru pada bahagian putih telurnya, dipercayai telur tiruan.
Mohd Yusof Abdul Aziz, 48, yang juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) berkata, dua biji telur yang dimasak isterinya, Sharah Shahernie Shafie juga mengeluarkan bau kurang menyenangkan.
Katanya, telur yang telah direbus dikupas kulit dengan setiap biji telur dibelah dua untuk ditumis, sebelum isterinya terkejut apabila melihat bahagian putih pada telur terbabit bertukar menjadi warna biru dan terdapat tompokan seperti dakwat biru di tengah-tengah bahagian putih telur itu serta kuning telurnya juga berwarna agak pekat.
“Seumur hidup, inilah pertama kali saya lihat putih telur berwarna biru. Terkejut saya apabila melihat keadaan putih telur berubah warna sebegini.
“Dua biji telur ini adalah antara 10 biji telur dalam satu bungkusan kotak telur plastik, yang saya beli (malam Rabu lalu) di sebuah pasar raya di Paka, Dungun. Tarikh luput telur yang tertera pada bungkusan juga masih jauh dan ia masih boleh dimakan. Itu menyebabkan saya pelik,” katanya.
Sejurus melihat keanehan pada dua telur tersebut, Mohd Yusof segera memeriksa lapan lagi telur yang tinggal dan mendapati salah sebiji daripadanya berbentuk agak ganjil dengan saiznya lebih besar daripada telur lain.
Menurutnya, pada ruang tengah kulit ayam tersebut licin seolah-olah dilakukan penyambungan pada bahagian luaran kulit telur tersebut manakala pada kotak plastik telur terbabit tertera telur berkenaan dikeluarkan di Melaka.
“Kemungkinan juga telur tiruan dicampurkan bersama telur tulen bagi mengelakkan ia disedari. Kalau dua telur tadi digoreng mungkin kami sekeluarga tidak sedar akan keganjilan pada dua biji telur itu.
 “Jadi saya sebagai pengguna merasa sangat dukacita dengan perkara ini kerana jika benar ia telur tiruan ia boleh membahayakan nyawa pengguna. Pengguna lain juga perlu berhati-hati ketika membeli telur bagi mengelakkan ditipu dan diharap pembekal juga tidak mementingkan keuntungan sahaja katanya.

Wednesday, March 14, 2012

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 Diumumkan Pada 21 Mac 2012

Kepada adik-adik yang telah mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 tentu tidak sabar-sabar dan berdebar-debar menanti pengumuman keputusan peperiksaan tersebut.

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.
Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. 




Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.

Saturday, March 10, 2012

Raja Lawak Musim ke-6 Final





Semua empat peserta gelanggang Raja Lawak separuh akhir musim ke-6 layak ke final selepas tiada penyikiran pada persembahan yang diadakan malam tadi.

Empat peserta yang akan berentap pada pentas akhir nanti yang bakal berlangsung di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Petaling Jaya, pada 16 Mac ini aialah 2Yol, Zero, Cuit dan Shiro.

Pada persaingan separuh akhir, Kumpulan Shiro menduduki tempat pertama dengan undian 31.2%, diikuti oleh Zero (27.6%), Cuit (21%) dan 2Yol (20%).

Raja Lawak musim ke-6 diacarakan oleh  pasangan Jozan (Johan dan Zizan) dan disiarkan setiap jumaat pukul 10 malam di Saluran 132, Astro Warna. Pada musim ini para peserta diadili oleh tiga pengkritik tetap iaitu produser David Teo, produser dan pelakon Sheila Rusly dan pelawak Sathia.

Hoki Kelayakan Olimpik 2012 Di Dublin, Ireland



Perlawanan pertama skuad hoki  negara pada saingan Kelayakan Olimpik 2012 hari ini adalah penting dalam misi untuk melayakan diri ke Sukan Olimpik selepas gagal melayakan diri selama 12 tahun.

Pada perlawanan hari ini, skuad negara akan bertemu Chile, pasukan ranking ke-26 dunia di Stadium Kolej Universiti, Dublin, Ireland. Kemenangan perlawanan ini amat penting kerana selepas ini skuad negara bakal berdepan dengan lawan yang lebih sukar terutamanya pasukan pilihan Korea Selatan.

Jika dilihat daripada kedudukan ranking skuad negara yang berada dikedudukan ke 13 dunia, perlawanan menentang pasukan Chile ini mungkin tidak sesukar mana bagi skuad bimbingan Tai Beng Hai ini.

Pasukan-pasukan  lain dalam kumpulan kelayakan ini ialah Korea Selatan ranking ke-6 dunia, Ireland ke-16, Russia ke-20 dan Ukraine ke-29.


Untuk rekod, kali terakhir Malayasia layak ke Sukan Olimpik adalah pada Sukan Olimpik Sydney 2000. Dan skuad negara terlepas peluang keemasan ke Sukan Olimpik 2012 selepas tewas kepada Pakistan pada perlawanan akhir Sukan Asia Guangzhou 2010 yang menyediakan tempat layak secara  automatik kepada pemenang pingat emas.

Selepas membuka kempen menentang Chile hari ini, skuad Negara bakal berdepan pula dengan Russia pada Ahad, Ukraine(Selasa), Korea Selatan (Khamis) dan perlawanan terakhir menentang tuan rumah Ireland pada 17 Mac ini.


# Untuk Informasi Terkini Tentang Kejohanan Ini Sila Ke: 
INFO BOILER FACEBOOK PAGES





Tuesday, March 6, 2012

Terengganu Bermula Dengan Langkah Kanan Dalam Saingan AFC

Juara Piala FA 2011, Terengganu bermula dengan langkah kanan apabila dapat membawa pulang tiga mata penuh pada saingan pembukaan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC). Terengganu yang berada dalam kumpulan F berjaya mengalahkan kelab Vietnam, Song Lam Nghe An 1-0 di Stadium Vinh, Vietnam petang tadi.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Abdul Manaf Manaf pada minit ke-51 dan mengesahkan Terengganu sebagai pendahulu sementara kumpulan dengan 3 mata. Dua lagi pasukan dalam kumpulan ini iaitu Kitchee FC dari Hong Kong dan Tampines Rovers dari Singapura akan bertemu malam ini di Stadium Tseung Kwan O Sport Ground, Hong Kong.

Perlawanan kedua pada 20 Mac ini, Terengganu akan menanti kunjungan Kitchee FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Kedudukan Kumpulan



Jadual Perlawanan


Saturday, March 3, 2012

Skuad Olimpik Pilihan Ong kim Swee menentang syria







Ketua jurulatih pasukan Olimpik, Ong Kim Swee, memanggil dua puluh empat pemain, 17 daripadanya anggota skuad Harimau Muda A yang beraksi di Liga Singapura untuk menjalani latihan pusat bagi menghadapi perlawanan Kelayakan Pusingan Ketiga Olimpik menentang Syria pada 14Mac ini. Skuad kali ini akan bermain Mahali Jasuli dan Muslim Ahmad, anggota utama Olimpik sebelum ini.

Walaubagaimanapun perlawanan tersebut hanyalah sebagai pelengkap jadual bagi Malaysia selepas tewas dalam kesemua perlawanan kelayakan Olimpik sebelum  ini dan Malaysia kini berada di tangga tercorot tanpa sebarang mata dalam Kumpulan C bagi Kelayakan Zon Asia bersama Jepun, Syria dan Bahrain.

Senarai Pemain:
Gary Stevan Robbat, Shahrul Mohd Saad, Mohd Affize Faisal, Mohd Farhan Abu Bakar, Mohamad Amer Saidin, Mohd Fandi Othman, MohdIrfan Fazail, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Syahrul Azwari Ibrahim, Nazirul NaimChe Hashim, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Muhammad Izuan Mohd Salahuddin, A.Thamil Arasu, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Mohd Ferris Danial Mat Nasir, MohdAzzizan Nordin, D.Saarvindran (Harimau Muda A), Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Mohd Zubir Azmi (Terengganu), Ahmad Shakir Ali (Negeri Sembilan), Rozaimi Abd Rahman (Sabah), Ashri Chu Chu (Sarawak), Ahmad Fakri Saarani (Felda United), Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (PKNS). 

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...