Saturday, February 28, 2015

Senarai 10 orang terkaya di Malaysia

Tan Sri Robert Kuok Hock Nien dan beberapa hartawan perniagaan tempatan mengekalkan kedudukan masing-masing dalam Senarai Individu Terkaya Malaysia anjuran Forbes.
Tan Sri Robert Kuok, 91, adalah pengasas Hotel Shangri-la dan kekayaan terbesar beliau adalah daripada kelapa sawit, perkapalan dan hartanah. Mengikut Forbes, Kuok Group menguasai beberapa syarikat yang tersenarai di Hong Kong, Malaysia serta Singapura.

Berikut adalah senarai 10 orang terkaya di Malaysia tahun 2015.
1) Tan Sri Robert Kuok Hock Nien

Jumlah aset terkini: AS$11.3 billion (RM40.8 billion)     
Syarikat utama: Kuok Group / Kerry Group                                                   
Sumber kekayaan terbesar: Kelapa sawit, perkapalan dan hartanah

2) Tan Sri T. Ananda Krishnan

Jumlah aset terkini: AS$9.7 billion (RM35 billion)
Syarikat utama: Usaha Tegas, Astro, Maxis

Sumber kekayaan terbesar: Telekomunikasi


3) Tan Sri Quek Leng Chan

Jumlah aset terkini: AS$5.6 billion (RM20.2 billion)                          
Syarikat utama: Hong Leong Group Malaysia                                     
Sumber kekayaan terbesar: Perbankan dan hartanah

4) Tan Sri Lim Kok Thay 

Jumlah aset terkini: AS$5.5 billion (RM19.9 billion)

Syarikat utama: Genting Berhad


Sumber kekayaan terbesar: Kasino



5) Tan Sri Teh Hong Piow


Jumlah aset terkini: AS$5.4 billion (RM19.5 billion)

Syarikat utama: Public Bank


Sumber kekayaan terbesar: Perbankan


6) Tan Sri Lee Shin Cheng



Jumlah aset terkini: AS$4.6 billion (RM16.6 billion)
Syarikat utama: IOI Corporation Berhad


Sumber kekayaan terbesar: Kelapa sawitdan hartanah



7) Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay


Jumlah aset terkini: AS$3 billion (RM10.8 billion)

Syarikat utama: YTL Corporation


Sumber kekayaan terbesar: Pembinaan dan hartanah



8) Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary


Jumlah aset terkini: AS$2.9 billion (RM10.5 billion)

Syarikat utama: AlBukhary Corporation Sdn Bhd


Sumber kekayaan terbesar: Pelbagai antaranya pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta kejuruteraan dan penjanaan kuasa


9) Goh Peng Ooi

Jumlah aset terkini: AS$1.6 billion (RM5.8 billion)

Syarikat utama: Silverlake Axis Ltd.


Sumber kekayaan terbesar: Software


10) Tan Sri Lee Oi Hian & Dato Lee Hau Hian


Jumlah aset terkini: AS$1.5 billion (RM5.4 billion)

Syarikat utama: Kuala Lumpur Kepong Berhad


Sumber kekayaan terbesar: Kelapa sawit, bahan kimia dan hartanah




Monday, February 9, 2015

Rebat Tol Tahun Baru Cina



Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan bahawa kesemua syarikat lebuh raya bersetuju menawarkan insentif itu sebagai program tanggungjawab sosial korporat dan penghargaan kepada pengguna sempena perayaan Tahun Baru Cina tahun ini.

Pengguna-pengguna lebuh raya bakal menikmati diskaun dan rebat tol antara 5 hingga 37.5 peratus di 18 lebuh raya seluruh Negara.

Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) menawarkan rebat sebanyak 30 peratus bagi perjalanan melebihi 100 kilometer kepada pengguna yang membayar tol secara elektronik (ETC) pada 16 dan 23 Feb.


Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) pula menawarkan diskaun kadar rata sebanyak 60 sen untuk kenderaan semua kelas tunai dan ETC pada 19 Feb manakala Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL-Barat (SPRINT) menawarkan 20 sen untuk semua kelas tunai dan ETC pada hari sama.


Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE) dan Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) pula menawarkan diskaun 20 peratus untuk ETC Kelas 1 dari 6 pagi 19 Feb hingga 6 pagi 20 Feb.


Lebuhraya SMART pula menawarkan 10 peratus untuk tunai dan ETC bagi kelas 1 dan 4 sahaja pada 19 Feb manakala Lebuhraya Shah Alam (KESAS) menawarkan 10 peratus untuk tunai dan ETC Kelas 1 sahaja.


Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB) menawarkan diskaun 10 peratus untuk tunai dan ETC bagi semua kelas dari 11 malam 18 Feb hingga 8 pagi 19 Feb manakala Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga).

Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX) menawarkan diskaun 10 peratus untuk tunai dan ETC pada 19 Feb bagi semua kelas.


Lebuhraya Senai Desaru (SDE), Johor dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) menawarkan diskaun 10 peratus untuk tunai dan ETC bagi kelas 1 sahaja.
Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) pula menawarkan diskaun 5 peratus untuk ETC kelas 1 sahaja dari 6 pagi 19 Februari hingga 5.59 pagi 20 Februari.




Sunday, February 8, 2015

KWSP Isytihar Dividen 6.75% Bagi Tahun 2014



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dengan kelulusan Menteri Kewangan,  telah mengisytiharkan kadar dividen 6.75% dan pendapatan pelaburan kasar RM39.08 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, meningkat 11.66 peratus berbanding RM35.00 bilion pada 2013.
Bayaran dividen bagi 6.75 peratus berjumlah RM36.66 bilion di mana RM5.41 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen bagi 2014. Ini merupakan peningkatan sebanyak 10.53 peratus berbanding RM4.91 bilion yang dibayar untuk setiap satu peratus kadar dividen pada 2013, selaras dengan simpanan pencarum yang meningkat.

Penyata akaun KWSP yang telah dikreditkan dividen 2014 boleh disemak secara online melalui i-Akaun di laman web myEPF . Ahli juga boleh mendapatkan penyata akaun mereka dari Kios KWSP atau cawangan KWSP yang berdekatan mulai  Ahad, 8 Februari 2015. 

Setakat 31 Disember 2014, aset pelaburan KWSP berjumlah RM636.53 bilion, naik 7.91 peratus daripada RM589.87 bilion pada 2013. Pendedahan luar negara, yang membentuk 23 peratus daripada jumlah aset pelaburan KWSP, merupakan sebahagian daripada program diversifikasi untuk menjana pulangan konsisten bagi jangka panjang.

Saturday, February 7, 2015

Kumpulan Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014




Tahniah buat Kumpulan Zero yang dianggotai oleh Sahrif Kadil, Mohammad Syaiful dan Sharif Kunal kerana telah diumumkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.

Persembahan mantap dan menghiburkan daripada Kumpulan yang berasal dari Sabah ini melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro.



Gelaran naib juara pula dimenangi oleh Sepahtu yang disertai oleh  Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep) dan Shahmira Muhammad (Shuip). Mereka berkongsi hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.

Sementara itu, satu-satunya peserta solo, Nabil mendapat tempat ketiga dan menerima hadiah berupa wang tunai RM150,000 berserta sebuah trofi.

Kumpulan Shiro menduduki tempat keempat dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Manakala kumpulan Bocey berada di tempat kelima. Bocey membawa pulang hadiah iaitu wang tunai RM15,000 berserta trofi.

Jep (Sepahtu) turut memenangi kategori Man of the Match.

Persembahan malam final bertemakan muzikal dan bebas diadili oleh Datuk Jalaluddin Hassan, Taufik Batisah, Farah Quinn dan Nur Fazura yang merupakan juri tetap MLM 2014.

Sunday, February 1, 2015

Lapor Polis Jika Pasport Malaysia Antarabangsa Hilang




Mulai hari ini, 1 February 2015 Kementerian Dalam Negeri mewajibkan individu yang kehilangan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) sama ada di dalam negara atau luar negara membuat laporan di balai polis berdekatan. 

Kehilangan PMA boleh berlaku atas faktor kecuaian yang disengajakan atau musibah yang tidak dapat dielakkan seperti kecurian, samun, banjir atau kebakaran. Mereka yang kehilangan PMA dan berhasrat untuk membuat PMA baharu wajib mengemukakan laporan polis di Jabatan Imigresen Malaysia.

Bagi kes kehilangan akibat banjir, laporan polis tersebut perlu disertakan bersama laporan daripada Pihak Berkuasa Tempatan, manakala bagi kes kehilangan akibat kebakaran perlu menyertakan bersama laporan daripada pihak pasukan Bomba dan Penyelamat. 

Pasport Malaysia Antarabangsa merupakan dokumen yang dikeluarkan di bawah Akta Pasport 1966, yang akta ini mengawal pengeluaran, pemilikan dan perkara-perkara berkaitan dengan dokumen perjalanan.

Berdasarkan laporan Jabatan Imigresen Malaysia, sebanyak 18,037 kes kehilangan PMA dikesan pada 2012, manakala 2013 (19,579 kes) dan 16,789 kes bagi 2014. 


Pasport Malaysia Antarabangsa mempunyai nilai tinggi di peringkat global kerana pemegang PMA menikmati kebebasan untuk memasuki 163 daripada 219 negara tanpa visa. 

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...