Saturday, May 21, 2011

Real Madrid sedia Jual Cristiano Ronaldo


Real Madrid dilapor bersedia menjual Cristiano Ronaldo,penjaring 38 golnya dan muncul penjaring paling berbisa di La Liga, musim ini kepada Manchester City. Namun Real hanya akan melepaskan ayam tambatannya itu dengan harga £150 juta (RM732.7 juta), nilai perpindahan termahal di dunia jika Ronaldo menyertai City.

Selain nilai perpindahan yang tinggi itu, Ronaldo yang juga pemain termahal di dunia selepas berhijrah ke Santiago Bernabeu, turut akan ditawarkan gaji sebanyak £300,000 (RM1.5 juta) seminggu serta kontrak selama lima tahun yang mencecah nilai keseluruhan £228 juta (RM1.1 bilion)

Kelab gergasi Sepanyol itu menyedari bahawa City satu-satunya kelab yang mampu untuk mencipta rekod pembelian tertinggi tersebut.
Biarpun City cuba menafikan terdapat sebarang usaha untuk membeli Ronaldo, sumber dalaman Real mendedahkan bahawa wakil dari Eastlands itu sudah pun bertanyakan kepada mereka tentang kemungkinan perpindahan tersebut.

Isu penjualan Ronaldo berlaku berikutan perselisihan faham antara beliau dengan pengurus, Jose Mourinho.
Harga yang tinggi itu mungkin membuatkan pemilik City, Sheikh Mansour sedikit merungut tetapi ia pasti menjadi satu perpindahan yang cukup menggemparkan seandainya Ronaldo kembali ke England.
Dan pastinya Ronaldo adalah pemain yang dinanti-nanti oleh City dan peminatnya untuk mencapai impian memenangi Liga Perdana Inggeris mula depan.

Ronaldo, 26, yang dibawa masuk ke Real dengan yuran perpindahan bernilai £80 juta (RM350 juta) pada 2009, pernah menjadi wira di Old Trafford ketika bersama United.
Para penyokong United pasti sekali lagi akan berasa berang seandainya perpindahan Ronaldo ke City menjadi realiti setelah mereka melihat Carlos Tevez turut melakukan perkara sama dengan berhijrah ke kelab jiran setempat itu.

Fernando Torres kini bergelar pemain termahal di England dan ketiga termahal di dunia setelah dia menyertai Chelsea dari Liver- pool dengan harga £50 juta (RM245.5 juta) pada penghujung Januari lalu.

Sebelum itu, rekod perpindahan tertinggi di England dipegang oleh Carlos Tevez ketika dia berhijrah dari United dengan harga £47 juta (RM230.8 juta) pada tahun 2009.

2 comments:

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...