Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru kepada Semua Guru di Seluruh Negara......

Hari Guru di Negara kita disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Setiap tahun, beberapa bekas guru akan dipilih untuk menjadi tokoh guru tahunan.
Pada tahun lepas 4 orang bekas guru telah dipilih iaitu:

  • Awang Mohamad

  • Encharang Agas

  • Datuk Chuang Keng Kung

  • Ainun Jamilah Mohd Ali


  • Untuk mengenangkan jasa guru-guru mari kita hayati sajak ini:-

    Bunga Sirih untuk Guru

    Guru adalah Ibu pengasuh budiman
    guru adalah ratu lebah
    lalu memujuk membelai kelopak
    cinta kasih sayang
    lilinnya berbunga sinar cahaya
    madunya berbunga penawar jiwa.

    Guru adalah penyu pengasih
    lalu menabur bunga telur
    baktinya segar mewangi
    sepanjang pantal zaman.

    Guru adalah lampu penyuluh
    pedoman kehidupan
    guru adalah pendakwah
    lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
    memimpin insan
    ke jalan lurus ke padang luas.

    Bunga sirih bunga pirtang
    terima kasih terima sayang
    budi bicara guru berjasa
    kami sanjung tinggi.

    J.M. Aziz
    Rumah Puisi
    Seberang Takir
    Kuala Terengganu


    Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Guru penjana transformasi pendidikan negara

    5 comments:

    BLOG INFO

    Blogged.my My Ping in TotalPing.com
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...