Tuesday, May 24, 2011

Minyak RON95 Naik 20 Sen

Harga minyak RON95 mungkin tidak dapat bertahan lagi pada kadar semasa kerana menurut firma penyelidikan pelaburan, AmResearch harga minyak jenis ini bakal dinaikkan pada bulan depan sebanyak 20 sen kepada RM2.10. Ini disebabkan oleh kesan kenaikan harga minyak mentah dipasaran dunia yang disebabkan oleh kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika.

Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga pertol RON95 mungkin berlaku dan rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya. Dan semalam pula beliau berkata, kerajaan akan mengumumkan perkembangan langkah rasionalisasi subsidi termasuk harga pertroleum minggu ini.

Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini... kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat dari RM8 bilion kepada RM18 bilion," katanya

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen  kepada RM1.90 seliter. RON97 pula sudah naik empat kali tahun ini termasuk awal bulan ini untuk dijual RM2.90 seliter sekarang.

No comments:

Post a Comment

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...