Monday, May 9, 2011

Gambar Anak Aidil dan Rita


Pelakon Rita Rudani Mokhtar yang juga isteri kepada pemain bolasepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abdul Radzak selamat melahirkan anak yang kedua pada hari jumaat yang lepas. Tahniah kepada mereka berdua.

Bayi tersebut yang diberi nama Airit Rafqa Arjuna dilahirkan pada kira-kira pukul 1.30 petang di Pusat Pakar Perubatan Prince Court (PCMC), Kuala Lumpur.

Airit Rafqa Arjuna yang dilahirkan dengan seberat 2.75kg itu mempunyai seorang abang yang berumur 2 tahun bernama Airit Rayyan Rizqin.



Menurut Rita Rudani, nama Arjuna dipilih kerana menganggap bayi berkenaan sebagai wira yang menjadikan kekuatan ketika dia berhadapan dengan konflik rumahtangga sewaktu mengandungkannya.

8 comments:

  1. kiut pulak anak sulung dia tu.....dulu masa kecik tak kiut sgt..hehe

    ReplyDelete
  2. COMEL..


    muka anak yang sulung sebijik macam bapak dia kan..

    ReplyDelete
  3. harap hubungan diorang berkekalan . comel anak rita :D

    ReplyDelete
  4. ya...begitulah hendaknya...biarlah hubungan mereka berkekalan..

    ReplyDelete

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...