Tuesday, May 17, 2011

Bersedia Dengan Kenaikan Harga Minyak RON95

Harga minyak bakal naik lagi dalam masa terdekat ini ?

Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

"Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga," katanya kepada Bernama di Putrajaya, semalam.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini.

Ismail Sabri berkata kenyataan tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.
"Jadi rakyat kena bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. Ini bermakna sama ada harga akan kekal atau pun naik. Jadi ia bergantung kepada kajian itu," katanya.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

Tiga hari lalu, Ismail berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.
Mulai 1 September 2009, RON 95 mula dijual menggantikan RON 92 dan disasarkan sebagai minyak kegunaan ramai, harganya pula dikawal kerajaan. RON 97 pula ditukar fungsi menjadi minyak premium dan harganya diapungkan mengikut harga pasaran dunia.

Berikut Jadual menunjukkan harga runcit petrol dan diesel di stesen minyak Malaysia sejak 1 September 2009 apabila RON 95 mula menjadi petrol kegunaan ramai.


Harga runcit minyak Malaysia
Tarikh
RON 95
Beza
RON 97
Beza
Diesel
Beza
RM/liter
Peratus (%)
RM/liter
Peratus (%)
RM/liter
Peratus (%)
1 Sept. 2009
1.75/1.80
-
2.05
13.9
1.70
-
16 Julai 2010
1.85
2.8
2.10
2.4
1.75
2.9
2 Nov. 2010
-
2.15
2.4
-
1-4 Dis. 2010
1.90
2.7
2.30
7.0
1.80
2.9
5 Jan. 2011
-
2.40
4.3
-
1 Feb. 2011
-
2.50
4.2
-
1 April 2011
-
2.70
8.0
-
5 Mei 2011
-
2.90
7.4
-

3 comments:

  1. kadang-kala memang takdapat elakkan kenaikan tapi kita punya kerajaan masih lagi tidak mempunyai perancangan yang boleh mewujudkan situasi menang-menang

    ReplyDelete
  2. biasanya kenaikan harga minyak akan memberi kesan kepada kenaikan barangan yang lain juga,itu yang memberi kesan berganda kepada pengguna.

    ReplyDelete
  3. hurmm naik dan naik lg .. huhu .. fedup2

    ReplyDelete

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...