Saturday, December 31, 2011
Chef Wan Tutup Akaun Facebook
Adakah Chef Wan telah merajuk sehingga nekad untuk menutup akaun Facebook miliknya berkuatkuasa 1 Januari 2012.
Chef selebriti terkenal dan juga juri tetap Maharaja Lawak Mega (MLM) itu berkata, keputusan itu disebabkan dia tidak mahu menjadi punca pelbagai perbalahan yang berlaku antara peminat di dalam laman berkenaan.
Katanya, ''Setiap kali saya menulis sesuatu, ia akan menjadi perbalahan antara yang menyokong saya dan yang ingin menghentam, Jadi saya rasa ia adalah tidak bagus seolah-olah saya menjadi punca perbalahan kepada banyak pihak". Beliau dihentam hebat kerana kritikannya kepada peserta-peserta MLM setiap minggu.
Chef Wan juga kesal kerana terlalu banyak pihak yang bersifat terlalu cepat menghukum atau menilai sesuatu perkara yang ditulis.
Beliau juga sedih apabila dituduh cuba memurtadkan cucunya kerana hanya membawanya ke majlis Hari Natal.
Tuduhan-tuduhan begini membutkan beliau kecewa dan mengambil keputusan untuk menutup akaun Facebook miliknya.
Wednesday, December 28, 2011
Kenaikan Kadar Caruman Majikan Bermula Januari
Bermula Januari tahun depan, kadar caruman ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menerima gaji bulanan bawah RM5,000 dinaikkan kepada 13% untuk bahagian majikan daripada kadar semasa 12%. Ini bermakna majikan perlu mencarum lebih 1 peratus daripada sebelumnya. Jika sebelum ini majikan mencarum RM600 untuk pekerja, bermula Januari majikan perlu mencarum RM650 untuk pekerja yang bergaji RM5,000 iaitu kenaikan RM50 setiap bulan.
Bagaimanapun, caruman bagi pekerja masih kekal pada kadar 11%. Kenaikan ini akan memberi faedah kepada 5.3 juta rakyat Malaysia yang bekerja, 92 % daripadanya adalah ahli aktif KWSP.
Pekerja yang berumur 55 tahun dan ke atas yang bergaji tidak melebihi RM5,000 juga turut menikmati manfaat ini apabila majikan mereka diwajibkan mencarum 6.5%, tambahan 0.5% manakala caruman pekerja kekal pada kadar 5.5%.
Kenaikan ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa ucapan Bajet 2012 yang lepas.
Saturday, December 24, 2011
Yusry Dan Lisa Surihani Umum Pernikahan
Setelah sekian lamanya dinanti-nanti peminat, akhirnya Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani mengumumkan bakal bernikah pada 23 Februari 2012, yang akan dilangsungkan selepas solat Asar di Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Dalam sidang media khas di Hotel Marriot Putrajaya itu juga mereka mengumumkan bahawa majlis perkahwinan akan dilangsungkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari 2012.
Yusry dan Lisa memilih tarikh 23 Februari kerana kebetulan angka 23 sangat bermakna buat Lisa yang lahir pada 23 Mac.
Wednesday, December 21, 2011
Mata Wang Kertas Baharu tahun 2012
Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Mohd Najib hari ini melancarkan mata wang baharu dengan reka bentuk yang baharu. Wang kertas tersebut dikeluarkan dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100. Bagi wang RM50 dalam siri baharu ini telah pun berada dalam edaran sebelum ini. Mata wang baharu ini akan mulai diedarkan pada separuh kedua tahun hadapan.
Wang kertas ini mempunyai ciri-ciri keunikan negara Malaysia dan elemen kekayaan alam semula jadi, budaya dan khazanah negara. Siri wang ini juga memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraftangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, serta ekonomi.
Wang ini turut mengandungi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan seperti imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna. Ciri keselamatan lain ialah pengenalpastian secara sentuhan untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.
Denominasi | Ikon |
RM100 | Gunung Kinabalu dan pembentukan batu mercu batu kapur di lembah Gunung Api |
RM50 | Kelapa Sawit dan Bioteknologi |
RM20 | Penyu Karah dan Penyu Belimbing |
RM10 | Rafflesia |
RM5 | Burung Enggang Badak |
RM1 | Wau Bulan |
Monday, December 19, 2011
Dividen Dan Bonus ASB Tahun Ini
Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bersamaan 8.8 % untuk Skim Amanah Saham Nasional Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 di Menara PNB, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun jumlah pengagihan dan bonus pada tahun ini meningkat sebanyak 0.05 sen seunit daripada tahun lepas iaitu pada kadar pengagihan sebanyak 7.50 sen dan bonus 1.25 sen seunit atau 8.75 %.
Sementara itu PNB menangguhkan semua urus niaga ASB bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan bermula 21 Disember hingga 2 Januari dan pembukaan semula urus niaga adalah pada 3 Januari 2012.
Saturday, December 17, 2011
Chong Wei Tewas Dalam Aksi Separuh Akhir Kepada Cheng Long
Lee Chong Wei tewas lagi, kali ini kepada pemain China, Chen Long 21-16, 16-21 dan 21-18 pada aksi separuh akhir Kejohanan Final Siri Super Dunia di Stadium Li Ning, China sebentar tadi.
Jaguh badminton negara dan pemain nombor satu dunia, Chong Wei, tewas dalam masa 1 jam 19 minit dan gagal untuk beraksi dalam final pada kejohanan berprestij untuk sukan badminton ini. Chen Long bakal bertemu rakan senegaranya, Lin Dan atau Peter Hoeng Gade ( Denmark ) yang bertarung dalam satu lagi separuh akhir.
Kejohanan itu adalah kemuncak dalam siri Super Dunia OSIM BWF dimana lapan pemain utama perseorangan lalaki dan wanita, beregu dan beregu campuran bersaing merebut hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah AS$500,000(RM1.6 juta).

Sunday, December 11, 2011
Chef Riz Berkahwin Dengan Pelakon Ana Dahlia
Chef selebriti, Chef Riz @ Mohd. Nadri Redzuawan telah sah menjadi suami kepada pelakon Ana Dahlia, 28, di majlis pernikahan yang dilangsungkan di rumah pengantin perempuan di Taiping, Perak, kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi dengan sekali lafas.
Chef Riz, 29 merupakan anak kepada Chef selebriti yang terkenal, Chef Wan dan juga adalah salah seorang juri Master Chef Malaysia, rancangan yang memberi inspirasi dan peluang kepada chef baru untuk mencungkil bakat dalam bidang masakan dan dilatih oleh chef yang berpengalaman.
Ana Dahlia atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar pernah berlakon sebagai Azira dalam Drama Nora Elena.
Pasangan tersebut telah dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jeling, Taiping, Perak, Ustaz Nawi Osman dan Ana berwalikan bapa kandungnya, Jaafar Mat Ali dengan mas kahwin sebanyak RM1,001. Ana juga menerima wang hantaran berjumlah RM20,000 dengan 10 dulang hantaran, manakala pihak lelaki menerima 15 dulang.
Majlis tersebut turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan tersebut. Majlis persandingan akan berlangsung pada sebelah malam di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak
Thursday, December 8, 2011
Filem Ombak Rindu, RM4 juta Dalam Masa 4 Hari
Filem Ombak Rindu lakonan Maya Karin ( Izzah), Aaron Aziz (Hariz) dan Lisa Suihani (Mila) telah berjaya mendapat kutipan tiket sebanyak RM4 juta dalam tempoh 4 hari tayangan yang bermula sejak 1 Disember lalu.
Filem yang diarahkan oleh Osman Ali dan diadaptasi daripada novel karya Fauziah Ashari ini mengisahkan tentang pencintaan diantara Izzah dan Hariz yang terpaksa menempuh pelbagai rintangan.
Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan untuk dijadikan pelacur. Hariz anak Datuk Sufiah (Azizah Mahzan), telah membeli Izzah untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah merayu kepada Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.
Hariz bersetuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. Namun selepas itu, Hariz mulai jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan sebagai seorang gadis kampung. Hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah.
Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari rumah.
Setelah Hariz keluar dari hospital, Hariz diberitahu yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain.
Izzah telah pulang ke kampung setelah dimarahi oleh Hariz semasa terserempak dengan beliau di rumah Pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah.
Pak Dollah (Zaidi Omar) yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa Hariz sebenarnya adalah anak yang diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz yang Izzah sebenarnya tidak bersalah.
Hariz yang telah menyesal pergi ke kampung Izzah untuk memujuk Izzah supaya kembali kepangkuannya. Mila kemudian datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Hariz dan Izzah kemudiannya hidup dengan bahagia.
Lain-lain pelakon bagi Filem genre drama cinta yang menelan belanja RM1.56 juta ini ialah Bront Palarae, Julia Ziegler dan Normah Damanhuri.
Untuk rekod kutipan tertinggi bagi Filem tempatan adalah sebanyak RM11.74 juta yang dikutip oleh KL Gangter keluaran Skop Production.
Semoga kekusutan yang berlaku antara syarikat yang menerbitkan Novel Ombak Rindu dan penulisnya, Fauziah Ashari mengenai pertikaian berkenaan dengan royalti dapat diselesaikan dengan cara yang sewajarnya.
Wednesday, December 7, 2011
Bagaimana Kedudukan Terengganu Dan Kelantan Dalam Saingan Piala AFC 2012
Undian bolasepak Piala AFC 2012 peringkat kumpulan telah berlangsung di AFC House, Bukit Jalil, Kuala Lumpur petang tadi. Bagaimana kedudukan wakil kelab dari Malaysia iaitu pasukan Terengganu dan Kelantan dalam saingan peringkat kumpulan ini yang berjumlah 32 pasukan yang dibahagikan kepada 8 kumpulan dengan 4 pasukan setiap kumpulan.
Terengganu, sebagai Juara Piala FA diundi berada dalam Kumpulan F bersama-sama dengan pasukan Kichee (H.Kong), Song Lam Nghe An (Vietnam) dan Home United (Singapore). Bagi Juara Liga Super, Kelantan pula akan bersaing bersama-sama dengan pasukan Ayeyawady (Myanmar), Arema Indonesia (Indonesia) dan Navibank Saigon (Vietnam) dalam Kumpulan H.
Kejohanan Piala AFC dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia, AFC merupakan pertandingan yang melibatkan kelab bola sepak di benua Asia selain Liga Juara-juara AFC, pertandingan diantara juara-juara dan pemenang piala 14 liga teratas Asia.

Tuesday, December 6, 2011
Carnival MPH 2011 di Mid Valley
Bersempena dengan ulang tahun ke-105, Syarikat penerbitan, pencetakan, pengedaran dan penjualan buku dan majalah, MPH akan mengadakan Carnival MPH 2011 yang bertempat di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC) pada 8 hingga 12 Disember 2011.
Bagi peminat dan pengemar bahan bacaan dan pendidikan yang berada di Lembah Kelang dan kawasan berhampiran bolehlah berkunjung ke Karnival tersebut bersama-sama kaum keluarga atau rakan-rakan sempena cuti sekolah ini. Banyak syarikat pempamer dan juga acara yang menarik diadakan di sana.

Saturday, December 3, 2011
Fouziah Gous Berkahwin Dengan Tan Sri
Fouziah Gous, pelakon yang cantik dan jelita tu dengarnya telah berkahwin dan menjadi isteri kedua kepada seorang Tan Sri. Siapakah Tan Sri tersebut dan bagaimana kehidupan Fouziah setelah bergelar isteri, apakah perkahwinan tersebut diterima oleh isteri pertama Tan Sri.
Semua ini sebenarnya dapat disaksikan menerusi drama terbaru lakonan Fouziah Gous, Karma yang kini sedang ditayangkan di Tv9 setiap Isnin dan Selasa pukul 9.00 malam.
Dalam drama arahan Erma Fatima ini, Fouziah yang memegang watak Karmila, seorang artis popular yang telah jatuh cinta dan berkahwin sebagai isteri kedua kepada Tan Sri Fahrul Sani, seorang lelaki berumur lakonan Datuk Ahmad Tamimi Siregar.
Walaupun Karmila mencintai Tan Sri Fahrul dengan penuh keikhlasan, namun kehadirannya tidak diterima madu beliau lakonan Ziela Jalil. Apakah halangan dan rintangan kehidupan yang dihadapi oleh karmila dalam cerita ini sama-samalah kita saksikan kesudahannya.
Drama 13 episod ini turut dibintangi oleh Aaron Aziz, Datuk Rahim Razali, Azlee Khairi, Fadilah Mansor dan Sharifah Aleya.
Monday, November 28, 2011
Kembara Cuti-Cuti 1Malaysia Putrajaya
Selama 3 hari bermula hari ini, 28 hingga 30 November Putrajaya akan menjadi tuan rumah kepada 50 wakil media yang terdiri daripada media tempatan dan penulis majalah pelancongan dari Jepun, Thailand, Singapura dan Indonesia seta pembaca terpilih majalah Gaya Travel yang menyertai Kembara Cuti-Cuti 1Malaysia Putrajaya (KCC1MP).
Program KCC1MP yang julung-julung kalinya diadakan ini membolehkan wakil-wakil media dari dalam dan luar negara mengenali produk pelancongan dan mengalami sendiri aktiviti-aktiviti seperti berbasikal,wall climbing, berkayak, Explorasi Treasure Hunt, memancing dan sebagainya yang terdapat di Putrajaya.
Peserta program akan dibawa melawat produk-produk pelancongan yang dapat ditawarkan oleh Putrajaya diantaranya Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Taman Warisan Pertanian, Kompleks Seri Perdana, Taman Ekuestrian, Monumen Alaf Baru, Hotel Shangri-la dan Hotel Pullman Putrajaya Lakeside.

Sunday, November 27, 2011
Salam Ma'al Hijrah 1433
Assalamualaikum Semua...Selamat menyambut tahun baru Ma'al Hijrah 1433, 1 Muharram kepada seluruh umat Islam dimana berada jua berada semoga kita semua dirahmati selalu dan apa yang kita akan lakukan pada tahun ini semoganya lebih baik daripada tahun sebelumnya dan berusaha menjadi hambanya yang lebih baik dengan mentaati perintahnya dan menjauhi larangannya. InsyaAllah....
DOA AWAL TAHUN:
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan ke atas penghulu kami Muhammad SAW,ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraa ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah Yang Kekal Abadi,Yang Qadim,Yang Awal dan ke atas kelebihanMu dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu disepanjang tahun ini dari syaitan dan pebantu-pembantunya dan tentera-tenteranya.
Dan kami memohon pertolongan dan perlindungan daripada nafsu kami yang banyak mendorong kepada kejahatan. Dan kami memohon kepadaMu untuk melakukan sebarang usaha yang boleh mendekatkan diri kami kepadaMu,Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan ke atas penghulu kami Muhammad SAW,ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka. Semoga Allah menerima doa kita semua."
SALAM MA'AL HIJRAH

Saturday, November 26, 2011
Kumpulan Hiro Tersingkir Pada Minggu KE-5 MLM
Minggu ke-5 program Maharaja Lawak Mega (MLM) yang disiarkan melalui Saluran Astro Warna malam tadi menyaksikan Kumpulan Hiro yang dianggotai oleh pelawak Hamdan, Iliya dan Ropie tersingkar apabila mereka mendapat undian paling rendah dengan hanya sebanyak 37% sahaja.
Minggu yang bertemakan "Purba Kala" pada kali ini diungguli oleh Kumpulan Boboi (64%), 3G (56%), Pimai (56%), Osbon (52%), Syok (45%), Bawel (45%), Bawel Power (42%), Saehu (42%), dan peserta solo, Adlin (42%).
Dalam pada itu, Chef Wan yang merupakan juri tetap MLM tidak berpuas hati dengan berkata bahawa persembahan semua peserta pada minggu ini sedikit menurun berbanding minggu sebelumnya.
Thursday, November 24, 2011
Kebahagiaan
Di antara perkara yang dapat membahagiakan adalah kemampuan yang mengatasi rintangan dan mengalahkan kesukaran yang dihadapi.
Nikmat kemenangan tidak dapat dibandingkan dengan kenikmatan apa-apa pun dan kegembiraan yang disebabkan oleh kejayaan tidak dapat disamakan dengan kegembiraan mana-mana pun.
Jika ingin merasakan kebahagian bersama orang lain, maka lakukanlah dengan cara yang sama anda sukai ketika mereka memperlakukan untuk anda. Jangan merendahkan dan meremehkan martabat mereka. Itu kebahagiaan yang dicari....
Tuesday, November 22, 2011
Malaysia Pertahankan Pingat Emas Dengan Kalahkan Indonesia
Skuad Harimau Muda mempamerkan aksi yang membanggakan apabila dapat menewaskan skuad Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir bolasepak Sukan Sea yang berlangsung di hadapan kira-kira 80,000 penonton tuan rumah di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta sebentar tadi.
Kemenangan tersebut dihasilkan melalui kerja keras skuad negara selepas melalui perlawanan yang sukar dalam aksi yang berlanjutan ke- minit 120 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan terbenar.
Indonesia terlebih dahulu dihadapan melalui tandukan Gunawan pada minit ke-5 sebelum Asarudin Putra Omar menyamakan kedudukan juga hasil tandukan pada minit ke-35 menjadikan kedudukan 1-1.
Dengan kemenangan ini Malaysia dapat mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu pada Sukan Sea di Laos selepas menewaskan Vietnam di final.

Sunday, November 20, 2011
Jom Terjah Follower Ke- 567
Assalamualaikum....dan Selamat Sejahtera Semua....
Sebenarnya ini pertama kali Boiler membuat segmen JOM TERJAH FOLLOWER BERTUAH sebagai tanda penghargaan Boiler buat mereka yang sudi menjadi Follower blog Myboiler. Sebenarnya tak sangka ramai juga yang berminat menjadi follower blog Myboiler yang tak seberapa ini. Terima kasih semua....
Untuk pertama kali ini Blog yang bertuah adalah blog: Mahligai-An-Nur yang dimiliki oleh pemiliknya Cik SHAZANA HALIM yang memiliki nombor follower bertuah 567.
Jom kita Terjah ke blog CIK SHAZANA HALIM
Ribuan terima kasih Boiler ucapkan kepada Cik Shazana, follower dan semua pengunjung yang sudi menjadi follower, membaca dan mengunjungi blog ini. Dimasa akan datang Boiler akan cuba memilih blog bertuah yang lain pula.

Saturday, November 19, 2011
Lee Chong Wei Kalah Lagi Kepada Lin Dan
Datuk Lee Chong Wei tewas lagi kepada musuh ketatnya Lin Dan apabila kalah kepada jaguh China itu pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 16-21 dan 14-21 pada peringkat separuh akhir dalam masa 46 minit dan seterusnya gagal ke pusingan akhir petang tadi.
Dalam perlawanan tersebut Chong Wei yang merupakan pemain nombor satu dunia jelas gagal menandingi ketangkasan dan kehebatan pemain nombor tiga dunia tersebut. Kali terakhir Lee Chong Wei dapat mengalahkan Lin Dan dalam perlawanan akhir adalah di Kejohanan Terbuka Seluruh England 2011 pada bulan Mac lalu dengan kemenangan straight set 21-17 dan 21-17 dan seterusnya dapat mempertahankan kejuaraan.

Thursday, November 17, 2011
Malaysia Kalahkan Indonesia 1-0
Malaysia berjaya menewaskan pasukan Indonesia 1-0 dalam aksi temasya Sukan SEA yang ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta sebentar tadi dan sekaligus muncul sebagai juara Kumpulan A.
Gol Malaysia dijaringkan melalui gerakan solo yang menarik oleh Syahrul Azwari pada minit yang ke-17 selepas mendapat hantaran daripada Mahali Jasuli. Perlawanan seterusnya Harimau Muda adalah menentang Myanmar pada peringkat separuh akhir sementara Indonesia akan menentang juara Kumpulan B, Vietnam.
Saturday, November 12, 2011
Nur Suryani Meraih Emas Pertama Negara Di Sukan Sea, Palembang
Nur Suryani Mohamed Taibi, Penembak negara meraih pingat emas pertama Malaysia di Sukan SEA ke-26 melalui acara 50m Three Positions wanita yang berlangsung di Lapang Sasar Menembak Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang, Indonesia, sebentar tadi.
Rakan Nur Suryani, Nur Ayuni Farhana Abd. Halim pula menyumbangkan ganga bagi negara juga melalui acara 50m Three Positions. Selain itu Malaysia juga berjaya mendapat 4 lagi pingat gangsa masing-masing 1 pingat melalui acara polo air wanita, 3 pingat menerusi acara Karate, 2 menerusi Kata Individu Lelaki dan Wanita yang disumbangkan Ricky Leong Tze Wai dan Thor Chee Yee dan 1 menerusi Kumite 68kg Ke atas yang disumbangkan oleh Jamalliah Jamaludin.
Sunday, November 6, 2011
Selamat Hari Raya AidilAdha
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....
Sempena Hari Raya AidilAdha pada hari ini, Boiler ingin mengucapkan Selamat menyambut "Hari Raya AidilAdha" kepada semua rakan blogger, pengunjung blog Myboiler dan seluruh umat islam di mana jua berada dan kepada yang bukan beragama islam "Selamat Bercuti".
Kepada yang akan atau telah balik ke kampung atau bercuti ke destinasi masing-masing, berhati-hati dijalan-raya.
Saturday, November 5, 2011
Magika Dan Sanggul Beracun, Filem dan Drama Terbaik Anugerah Skin 2011
Berakhir sudah Anugerah Skrin 2011, TV3 malam tadi dengan Filem terbaik dimenangi oleh Magika arahan Edry Adul Halim, sementara drama Sanggul Beracun arahan Sabri Yunus bagi kategori Drama Terbaik.
Filem Magika yang mengungguli Festival Filem Malaysia ke-12 sebagai Filem Terbaik selain 6 kategori lain dibintangi oleh Diana Danielle, Mawi, Ziana Zain, M.Nasir, Ning Baizura, Maya Karin, Saiful Apek, Aznil Nawawi, Raja Azura dan pelakon kanak-kanak Fimie Don.
Magika mengisahkan bagaimana dua beradik yang tersesat di alam bunian selepas keluar rumah pada waktu Maghrib. Ayu (Diana Danielle) berhadapan dengan ujian sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik (Fimie Don) yang diculik nenek kebayan lakonan Ziana Zain. Bagaimanapun Ayu bernasib baik kerana dia bertemu dengan Badang (Mawi)yang membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.
Sementara Drama, Sanggul Beracun digarap berdasarkan mitos Siti Aminah yang popular di kalangan orang Johor. Cerita ini berdasarkan penderitaan Siti Aminah yang ditinggalkan oleh ibunya yang malu untuk mengaku mempunyai anak. Siti Aminah dibesarkan oleh bapa yang akhirnya meninggal dunia. Sejak itulah dia hidup sendirian dan menempuh semua cabaran. Apabila menjadi cantik, dia tidak takbur cuma dia tidak sabar untuk menamatkan syarat yang ditetapkan.
Drama Sanggul Beracun dibintangi oleh Erra Fazira, Namron, Along Ezzendy, Haryanto, Norseha, Bohari Ibrahim, Kaza dan Sabri Yunus.
SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2011
Kategori Filem
Filem Terbaik: Magika
Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Remy Ishak (Cun)
Pelakon Wanita Terbaik Filem: Siti Shahrizah Eja (Janin)
Pengarah Terbaik Filem: Osman Ali (Cun)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Nadiya Nissa (Cun)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Sidek Hussin (Karak)
Lakon Layar Terbaik Filem: Erhan Baharudin (Aku Tak Bodoh)
Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri
Drama Terbaik: Sanggul Beracun
Pelakon Lelaki Terbaik: Eman Manan (Janji Syurga)
Pelakon Wanita Terbaik: Umie Aida ( Airmata Nur Salina)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Allahyarham Faizal Yusof (Jangan Hantar Aku ke Neraka)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Elfira Loy (Kum Kum)
Pengarah Terbaik: Sabri Yunus (Sanggul Beracun)
Lakon TV Terbaik : Sabri Yunus ( Sanggul Beracun)
Videografi Terbaik: Sanggul Beracun
Drama Rantaian Terbaik: Juvana
Drama Komedi Terbaik: Geng Surau
Kategori Penerbitan Dalaman
Dokumentari atau Majalah Terbaik: Suatu Ketika
Bual Bicara Terbaik: Selami Jiwa: Datuk Fazillah Kamsah
Rancangan Muzikal Terbaik: Shout Awards 2010: Top 12 Show
Rancangan Hiburan Terbaik: Showdown 2011: Meltdown
Rancangan Realiti Terbaik: Showdown 2011
Laporan Khas/ Berita Terbaik: Buleten Utama - Pengemis Terhormat.
Anugerah Yasmin Ahmad: Syamsul Yusof.
Artis Harapan Pantene: Fazli Daniel Ali (Yang Terpuji)

Friday, November 4, 2011
Kenangan Kembali Natrah Maarof @ Maria Bertha Hertogh
Kedatangan dua gadis Belanda cucu kepada Natrah ke Chukai, Kemaman membawa ingatan atau kenangan lampau kontroversi berdarah yang berlaku di Singapura. Walaupun kita sendiri mungkin belum lahir lagi pada masa itu tetapi peristiwa tersebut mungkin ada atau pernah kita dengar atau baca.
Natrah Maarof @ Maria Bertha Hertogh, wanita berketurunan Belanda menjadi anak angkat kepada Che Aminah Mohamad dari Kemaman, Terengganu, pernah menjadi kontroversi apabila mahkamah memutuskan gadis itu dipulangkan kepada bapanya semula, sehingga mencetuskan rusuhan di Singapura pada 1950 yang menyebabkan 18 orang maut dan ramai yang cedera. Natrah telah meninggal dunia pada 9 Julai 2009 pada umur 72 tahun.
Sasha Van Gastel 18, cucu sulung Natrah dan sepupunya, Romy Elizabeth Marian Smol 17, dibawa dari Belanda ke Kampung Mak Chili Paya, Chukai, Kemaman untuk bertemu Rokayah Yusof, 65, anak saudara angkat Che Aminah Mohamad. Rokayah, anak kedua daripada lapan beradik, adalah anak kepada Kamariah yang menjadi adik-beradik angkat dengan Natrah ketika wanita Belanda itu dibesarkan Che Aminah pada zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.
Natrah anak pasangan Sarjan Andrianus Petrus Hertogh dan Adeline Hunter berketurunan Belanda, diserahkan ibunya kepada Che Aminah Mohamad yang ketika itu berada di Indonesia, selepas pasangan suami isteri itu menjadi tawanan tentera Jepun pada 1942 di Indonesia.
Sejak itu, Natrah yang ketika itu berusia lima tahun, dibesarkan oleh Che Aminah dan menukar nama Bertha kepada Natrah dan ibu angkatnya itu memeliharanya seperti anak sendiri dan diberi didikan mengikut adab Melayu dan Islam di Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu.
Namun, selepas perang 1945, Sarjan Hertogh dibebaskan dan dia berusaha mencari Natrah. Selepas ditemui, Che Aminah diperdaya membawa Natrah ke Singapura untuk bertemu bapanya, tanpa menyedari muslihat Sarjan Hertogh untuk mengambil kembali anaknya.
Tindakan Hertogh mendorong Che Aminah memfailkan rayuan di mahkamah dan berjaya mendapat Natrah semula. Beliau kemudian dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi pada usia 13 tahun. Cikgu Mansor Adabi ketika itu berusia 22 tahun.
Bagaimanapun, pada 12 Disember 1950, Mahkamah Tinggi Singapura mengarahkan Natrah dikembalikan semula kepada bapanya dan pulang ke Belanda, sekali gus mencetuskan rusuhan di Singapura menyebabkan 18 maut dan ratusan lagi cedera kerana kecewa Natrah akan murtadkan.
Tuesday, November 1, 2011
Rumah Sempit Yang Unik Di Japan
Jepun kuasa ekonomi ke-3 dunia selepas Amerika Syarikat dan China merupakan sebuah negara kepulauan yang terdiri daripada 6,852 pulau semuanya. Pulau-pulau utamanya adalah Hokkaido, Shikoku, Kyushu dan Honshu.
Dengan jumlah penduduk seramai 128 juta orang, Jepun merupakan negara yang ke-10 penduduk paling ramai di dunia dan ditambah dengan kira-kira 70-80 peratus wilayahnya terdiri daripada kawasan pengunungan maka faktor perumahan merupakan masalah yang serius bagi mereka. Kawasan perumahan mereka adalah terhad disamping bersaing pula dengan kawasan perindustrian dan juga kawasan pertanian.
Oleh itu mereka cuba mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut maka tercetuslah idea yang sangat kreatif ini, rumah unik yang sempit, yang hanya menggunakan ruang tanah yang terhad tetapi selesa dan sesuai bagi keluarga jepun yang kecil.

Rumah Sempit 2 tingkat yang hanya menggunakan ruang tanah yang kecil dan terhad.
Sunday, October 30, 2011
Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2011
Skuad Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia 2011 selepas menewaskan Terengganu 2-1 pada perlawanan akhir malam tadi di Stadium Shah Alam yang disaksikan oleh kira-kira 70,000 penyokong kedua-dua pasukan.
Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga selepas melakukan pada tahun 1948 dan 2009.
Walaupun Terengganu terlebih dahulu mendapat gol melalui Mohd Ashaari Shamsuddin yang menjaringkan gol pertama skuad Penyu pada minit ke-59 namun skuad Rusa bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-81 selepas tendangan S. Kunanlan gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee sekali gus menyaksikan bola melantun ke dalam gawang sendiri.
Gol kemenangan Negeri Sembilan dijaringkan oleh Hairuddin Omar pada minit ke-86 perlawanan dengan sepakan libas menarik melalui hantaran lintang Shukor Adan.

Saturday, October 29, 2011
Final Piala Malaysia 2011 Pasti Hebat
Terengganu juara Piala FA 2011 dan Negeri Sembilan naib juara Piala Malaysia 2010 akan berentap menentukan siapa paling layak menjulang piala keramat bola sepak tanah air, Piala Malaysia 2011 pada malam ini di Stadium Shah Alam.
Tentu sukar untuk meramalkan pasukan mana yang paling layak untuk merangkul Piala Malaysia tersebut. Kedua-dua pasukan dilihat mempunyai barisan yang seimbang.
Negeri Sembilan yang telah mempunyai pengalaman beraksi pada pentas akhir tahun lepas tentu tidak akan melepaskan lagi peluang selepas dikecewakan oleh kelantan pada final tahun lepas.
Terengganu pula mempunyai barisan pemain yang cukup mamtap disetiap posisi dilihat cukup liat untuk ditewaskan oleh mana-mana pasukan dalam kempen Piala Malaysia. Terengganu telah menyingkirkan pasukan pilihan Selangor di separuh akhir dan menewaskan juara bertahan Kelantan pada suku akhir.
Barisan Kemungkinan
Terengganu
Penjaga Gol
Mohd Shahbine Allawee
Pertahanan
Mohd Marzuki Yusof
Mohd Faizal Muhammad
Mazlizam Mohamad
Mohd Zubir Azmi
Tengah
Joseph Kallang Tie
Reeshafiq Alwi
Ismail Faruqi Ashari
Mohd Ashaari Shasudin
Penyerang
Abdul Hadi Yahya
Addul Manaf Mamat
Negeri Sembilan
Penjaga Gol
Mohd Farizal Marlias
Pertahanan
Norhafiz Zamani Misbah
Mohd Aidil Zafuan
Qhairul Anwar Roslani
Irwan Fadzli Idrus
Tengah
Muhamad Shukor Adam
S.Kunalan
Shahurain Abu Samah
Abdul Halim Zainal
Penyerang
Hairuddin Omar
Mohd Firdaus Azizul
Saya memilih Terengganu sebagai Juara tahun ini dan menamatkan kemarau 10 tahun tanpa piala Malaysia dengan jaringan 2-0.

Friday, October 28, 2011
Tarikh Hari Raya Haji 6 November
"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA"
Sebentar tadi, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan bahawa umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 6 November ini.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Haji bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Selasa, 6 November 2011,”. kata Datuk Syed Danail Syed Ahmad.
Pengumuman tersebut disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Tuesday, October 25, 2011
Diskaun Tol Sempena Perayaan Deepavali
Sempena perayaan Deepavali pada hari Rabu ini sebanyak 21 syarikat konsesi menawarkan diskaun tol dalam bentuk tunai dan rebat di 25 buah lebuh raya di seluruh negara.
Diskaun tersebut bermula hari Isnin hingga Rabu ini dengan kadar antara lima hingga 37.5 peratus atau RM0.10 hingga RM0.70.
Bagi lebuh raya di bawah kendalian Plus Expressway Berhad, diskaun diberi dalam bentuk rebat sebanyak 20 peratus kepada pengguna Kelas 1 bermula semalam sehingga 28 Oktober ini.
Lebuh Raya tersebut adalah Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Lebuh Raya Kulim-Butterworth, Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) dan Lebuh Raya Link Kedua Malaysia-Singapura. Bagi Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Plaza Tol Tanjung Kupang yang juga dibawah kendalian Plus tiada rebat diberikan.
Pemberian diskaun untuk lebuh raya lain akan dilaksanakan pada Rabu ini mengikut waktu yang ditentukan oleh syarikat konsesi lebuh raya masing-masing.
Sunday, October 23, 2011
Terengganu dan Negeri Sembilan Bakal Juara Piala Malaysia 2011
Terengganu dan Negeri Sembilan bakal bertemu di pentas akhir Piala Malaysia buat pertama kali, selepas menumpaskan lawan masing-masing pada pertembungan separuh akhir kedua, malam tadi.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Skuad Sang Penyu mara ke pentas akhir dengan kemenngan agregat 4-1 selepas menumpaskan Selangor 2-1.
Gol pertama Terengganu hadir menerusi Abdul Manaf Mamat yang sekali lagi membuktikan kehebatannya hasil gerakan menarik di dalam petak penalti pada minit ke-19 yang menewaskan penjaga gol Selangor, G.Jeevanathan.
Gol kedua juara Piala FA 2011 itu dihasilkan menerusi rembatan deras world class yang menarik melalui kaki kiri dari luar petak penalti oleh Ashaari Shamsuddin pada minit ke-72.
Selangor walaubagaimana pun berjaya memperoleh gol saguhati hasil tandukan Safiq Rahim yang menerima hantaran lintang Amirul Hadi Zainal dua minit sebelum perlawanan tamat.
Sementara itu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi T-Team gagal mengikut jejak abangnya, apabila gagal menyekat Negeri Sembilan yang sekali lagi melangkah ke pentas akhir dengan agregat 6-3 apabila T-Team kalah 1-2.
Walaupun T-Team terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-72 menerusi Fitri Omar, sebelum pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi gol Shahurain Abu Samah tiga minit kemudian.
Jaringan Shukor Adan yang menanduk masuk gol pada minit ke-84 hasil hantaran lintang pemain sayap S.Kunanlan, seterusnya memadamkan hasrat T-Team untuk mencipta sejarah mara ke pentas akhir buat kali pertama.
Kedua-dua pasukan bakal menentukan juara Piala Malaysia 2011 pada 29 Oktober ini di Stadium Shah Alam.
Thursday, October 20, 2011
Malaysia Menghadapi Kesukaran Mempertahankan Emas Sukan Sea
Mampukah Malaysia mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada temasya dua tahun lalu di Laos? Skuad negara bakal berdepan laluan sukar pada temasya Sukan Sea 2011 Jakarta kali ini apabila diundi dalam kumpulan A bersama Indonesia, Singapura, Thailand dan Kemboja bagi acara bola sepak.
Kumpulan B pula dianggotai oleh naib juara edisi lepas, Vietnam, Laos,Brunei Darussalam, Timor Leste, Myanmar dan Filipina.
Cabaran dalam kumpulan A pastinya getir dengan kehadiran juara 13 kali Thailand, tuan rumah Indonesia dan Singapura. Kita sedia maklum Thailand adalah pasukan pilihan memenangi emas, Indonesia pula dengan bermain dihadapan penyokong sendiri yang terkenal dengan fanatik bola sepak sememangnya cabaran yang sukar buat Malaysia. Saingan Singapura juga tidak boleh dipandang mudah kerana Singapura selalu memberi kesukaran kepada Malaysia setiap kali kedua-dua pasukan bertemu.
Acara bola sepak Sukan SEA akan bermula dari 3 hingga 21 November di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta dan Stadium Lebak Bulus, Jakarta Selatan.
Skuad negara bawah 23 tahun negara di bawah jurulatih Ong Kim Swee ini, bakal membuka saingan dengan menentang pasukan Singapura pada 9 Nov., diikuti Thailand (11 Nov), Kemboja (15 Nov), dan menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan nenentang tuan rumah, Indonesia pada 17 November.
Malaysia pernah memenangi pingat emas sebanyak lima kali iaitu pada 1961, 1977, 1979, 1989 dan 2009.
Sunday, October 16, 2011
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Yang di-Pertuan Agong Ke-14
Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah telah dipilih oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 berkuatkuasa pada 13 Disember ini menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang akan tamat pemerintahan selama 5 tahun.
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah yang diputerakan pada 28 November 1927 di Alor Setar, Kedah pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-5 dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975 dan juga merupakan Sultan Kedah yang ke-27.
Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, dan mewarisi takhta ayahanda baginda pada 1958.
Saturday, October 15, 2011
MyKad baru tahun depan
KLUANG 15 Okt. — Mulai Januari tahun depan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.
"MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan strukur baru.
Hishammuddin berkata, MyKad baru itu diperbuat daripada bahan polycarbonate yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad. — Bernama/Utusan
Sunday, October 9, 2011
Wayne Rooney Terlepas Perlawanan Pembukaan Euro 2012
Wayne Rooney akan terlepas perlawanan pembukaan Euro 2012 di Poland dan Ukraine tahun depan akibat tindakan bodoh menendang pemain pertahanan Montenegro, Miodrag Dzudovic dan seterusnya diperintah keluar padang akibat memerima kad merah dalam perlawanan yang berkesudahan seri 2-2 pada pusingan kelayakan Euro 2012 kelmarin.
Walupun England telah layak ke pusingan akhir Euro 2012, kad merah yang dilayangkan kepada Rooney pada perlawanan tersebut turut mempersoalkan tentang reputasi panas baran bintang Manchester United yang sebelum ini kurang digemari penyokong England. Pada Piala Dunia 2006 lalu, Rooney juga menerima nasib serupa apabila diperintah keluar padang selepas bertindak kasar ke atas pemain Portugal, Ricardo Carvalho.
Friday, October 7, 2011
Australia menundukkan Harimau Malaya 5-0
Skuad kendalian Holger Osiek, Australia menundukkan Harimau Malaya 5-0 pada
perlawanan persahabatan di Stadium Canberra, Australia sebentar tadi.
Wilkshire menjaringkan gol sulung Socceroos seawal minit ke-3 sebelum Kennedy
menambah jaringkan pada minit ke-33 dan 45. Brosque melengkapkan senarai
penjaring perlawanan dengan menyumbat dua gol pada minit ke-39 dan 69.
Walaupun Harimau Malaya hanya membenarkan satu gol sahaja yang dijaringkan
oleh Socceroos pada separuh masa kedua tapi keseluruhan perlawanan jelas
dikuasai oleh Australia.
Malaysia, penghuni tangga ke-147 senarai ranking terkini Persekutuan Bola Sepak
Antarabangsa (Fifa), berbanding skuad Socceroos yang kini menghuni tangga
ke-19 dunia jelas gagal menandingi kehebatan Australia.
Dengan kekalahan besar ini, Skuad kendalian K Rajagobal ini gagal mengulangi
memori indah Malaysia menang 1-0 ke atas Socceroos pada final Piala
Kemerdekaan Indonesia pada 1992 yang juga merupakan kemenangan tunggal
dalam siri perlawanan dengan Australia.

Wednesday, October 5, 2011
Hanya iPhone 4S bukannya iPhone 5
Penantian peminat iPhone berakhir dengan sikit kekecewaan apabila Ketua Eksekutif (CEO) baru Apple, Tim Cook, yang menggantikan pengasas Apple, Steve Jobs pada Ogos lalu, melancarkan iPhone 4S di ibu pejabat Apple di Cupertino, California dan bukannya telefon pintar generasi baru, iPhone 5 seperti yang dinanti-nantikan oleh peminat iPhone seluruh dunia.
Pembaharuan dalam versi iPhone 4S ini ialah pemprosesan yang lebih pantas, kelajuan kamera dan arahan suara seperti 'pembantu peribadi'.
Saham Apple jatuh lebih empat peratus di pasaran Wall Street hari ini selepas pembuat gajet terkemuka berpusat di California itu mengumumkan versi iPhone yang dipertingkatkan, bukannya model baru iPhone 5 seperti yang dijangkakan.
iPhone 4S boleh didapati di pasaran Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Britain, Perancis, Jerman dan Jepun bermula 14 Oktober ini.
Di Amerika Syarikat, iPhone 4S dijual pada harga AS$199 untuk16GB, 32GB AS$299
manakala untuk model 64GB berharga AS$399.
Tuesday, October 4, 2011
Maharaja Express, Keretapi Mewah India
Pengangkutan keretapi India adalah diantara yang paling sibuk didunia. Dalam usaha untuk menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia, India telah memperkenalkan perkhidmatan keretapi mewah yang dikenali Maharaja Express.
Maharaja Express adalah usaha sama antara India Railway Catering and Tourism Corparation dan agensi Pelancongan Cox dan Kings India Ltd. Harga yang dikenakan kepada penumpang bermula dari $800 (INR40000) sehingga $2,500 (INR125,000) seorang sehari dengan perjalanan yang mengambil masa 7 hingga 8 hari.

Tuesday, September 27, 2011
Isu Hantu Bonceng Selesai
Isu filem Hantu Bonceng keluaran Excellent Pictures yang hangat diperkatakan mempersendakan kalimah syahadah akhirnya selesai selepas Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) yang diwakili oleh Nasrudin Hassan menerima penjelasan daripada penerbit filem tersebut Ahmad Idham Ahmad Nadzri.
Filem Hantu Bonceng dikecam oleh DPP kerana dikatakan telah mempersendakan kalimah syahadah dan menghina agama Islam.
Dalam satu adegan filem itu, Zizan (membawa watak Amran) yang pengsan di hospital akibat kemalangan tiba-tiba terkejut selepas terbayangkan wajah hantu lalu menyebut "Asyhadu anna Muhammadar... Syaitan".
Pihak yang mempertikaikan dialog berkenaan mendakwa ia membawa maksud jika diterjemahkan seolah-olah berbunyi seperti "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu... Syaitan
Sebelum ini Zizan telah membuat pernyataan maaf kepada semua masyarakat Islam di negara ini melalui laman Twitter miliknya, “ Sy(saya) paham, apa yang salah, salah jugak(juga), tapi pasal hina islam mmg(memang) jauh dari otak pkiran(fikiran) sy(saya) la..xde(tiada) lgsung(langsung) terniat. Ini adalah Agama dan Rasul sy(saya). Maaf sekiranya saya silap,” katanya.
Excellent Pictures dalam satu kenyataan berkata dalam pertemuan itu kedua-dua pihak sebulat suara mencapai penyelesaian dalam suasana yang cukup mesra dan menganggap isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan lagi.
Monday, September 26, 2011
Melanjutkan umur persaraan sektor swasta kepada sekurang-kurangnya 60 tahun
KUALA LUMPUR 26 Sept – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berharap kerajaan akan melanjutkan umur persaraan sektor swasta kepada sekurang-kurangnya 60 tahun daripada 55 tahun sekarang ini.
Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Azlan Zainol berkata, beliau berharap pelanjutan umur persaraan itu dibuat pada pengumuman bajet akan datang.
"Saya berharap pada 58, jika tidak 60, sebagai umur persaraan,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Penjagaan Kesihatan dan Pencen Swasta Malaysia 2011 di sini hari ini.
Beliau juga mengharapkan sesuatu bagi gaji minimum dimasukkan dalam bajet tersebut.
Terdahulu dalam ucaptamanya, Azlan berkata, dua isu yang perlu ditangani Malaysia dalam melaksanakan sistem pencen yang efisien.
"Satu daripadanya ialah jumlah rakyat berusia yang meningkat pantas dan keduanya, jumlah simpanan persaraan yang rendah yang menjadikan pesara terdedah untuk menjadi miskin,” katanya. – Bernama

Monday, September 19, 2011
My Idol Raja Sehari 1Malaysia 1Pasangan- 10 Pasangan Kahwin Percuma
Bertuahnya bagi sepuluh pasangan yang terpilih dalam program My Idol Raja Sehari 1Malaysia 1Pasangan akan melangsungkan perkahwinan secara percuma di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu pada 21 dan 22 Oktober ini. Pihak penganjur akan menanggung semua perbelanjaan perkahwinan mereka dan menyumbangkan RM5,000 kepada setiap pasangan untuk kegunaan mereka.
Pasangan yang terpilih itu adalah daripada 19 pasangan yang memohon dalam progam itu sejak diperkenalkan Jun lepas yang dianjurankan oleh pejabat UMNO Kuala Terengganu dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Pejabat Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negeri.
Kesemua pasangan yang menyertai program ini perlu menulis sebuah karangan ”Kenapa Saya Layak Dipilih” tidak kurang 300 perkataan dan melepasi beberapa sesi temu ramah yang dikendalikan wakil dari pejabat agama, pensyarah daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pegawai perhubungan UMNO Terengganu.
Syarat penyertaan yang dikenakan ialah setiap pasangan lelaki memperoleh pendapatan di bawah RM1,500 sebulan dan seorang daripada pasangan itu berumur 21 tahun atas, belum pernah berkahwin dan bermastautin di Kuala Terengganu.
Thursday, September 15, 2011
ISA Akan Dimansuhkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam tadi mengumumkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
"Seperti yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya ketika mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," kata Datuk Seri Najib semasa pengumuman tersebut.
"Untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara," katanya.
Beliau mengumumkan keputusan itu dalam perutusan khas Hari Malaysia di Angkasapuri.
Thursday, September 8, 2011
Hantu Bonceng - Zizan Razak dan Juliana Evans
Mampukah Filem komedi-seram arahan Ahmad Idham , "Hantu Bonceng", lakonan Zizan Razak ( Zizan Raja Lawak ) dan Juliana Evans, yang telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM5 juta dalam tempoh lima hari tayangan, mencipta sejarah kutipan tiket tertinggi dalam industri perfileman negara.
Ditayangkan serentak pada 31 Ogos lalu di 80 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei, lebih 500,000 penonton telah menyaksikan filem ini di pawagam berdasarkan perkiraan tiket yang bermula daripada tarikh filem ini ditayangkan sehingga 4 September lalu.
Kutipan tiket tertinggi sebelum ini dipegang oleh Filem KL Gangster keluaran Skop Production dengan kutipan sebanyak RM11.74 juta.
Menerusi siaran akhbar daripada Excellent Pictures, Ahmad Idham mengucapkan terima kasih atas sokongan pelbagai pihak dalam mencipta sejarah perfileman tanah air, termasuklah media, barisan pelakon filem "Hantu Bonceng" serta penonton.
"Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton dan peminat, dan diharapkan sokongan yang diterima ini berterusan untuk memastikan "Hantu Bonceng" mampu melakarkan satu lagi sejarah perfileman tempatan dan kita mampu berbangga dengan produk filem sendiri," katanya.
Filem ini mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.
Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.
Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.
Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.
Filem ini turut dibantu oleh Jue Aziz, Taiyuddin Bakar, Dottie dan Zahid AF.
Thursday, August 25, 2011
Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2
Kepada para penduduk Pantai Timur terutamanya Terengganu dan juga Kelantan yang hendak balik beraya pada hari raya ini bolehlah menggunakan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 yang telah dibuka kepada orang ramai mulai 22 Ogos 2011 jam 10 pagi.
Semasa tempoh pembukaan ini Tol adalah PERCUMA sehingga tempoh yang telah ditetapkan.
Bahagian yang akan dibuka adalah seperti berikut:
1) Persimpangan Bukit Besi - Persimpangan Ajil (42.4 km)
2) Persimpangan Telemung - Persimpangan Kuala Terengganu (Kg. Gemuroh)
(12.6 km)
3) Jalan Penghubung Bukit Payong (Batu 9 Simpang Udang - Persimpangan Telemung) (16.3 km)
Pembukaan LPT Fasa 2 ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang mungkin akan berlaku di Jalan Persekutuan dipersisir pantai diantara Kemaman dan Kuala Terengganu di musim perayaan ini.
Wednesday, August 24, 2011
Akhirnya Samir Nasri Ke Manchester City
Selepas berteka-teki tentang perpindahan Samir Nasri, Arsenal hari ini menyatakan ia bersetuju menjual pemain tengah Perancis itu kepada pesaing Liga Perdana Inggeris, Manchester City.
Arsenal boleh mengesahkan ia bersetuju dengan terma perpindahan Samir Nasri ke Manchester City. Arsenal membenarkan Nasri, 24, pergi ke Manchester untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan ini bermakna beliau tidak akan bermain untuk the Gunners dalam perlawanan timbal balik kedua kelayakan Liga Juara-Juara di Udinese.
Pengurus Manchester City, Roberto Mancini sebelum ini memberi amaran kepada Arsene Wenger dia mungkin tidak membeli Samir Nasri jika Arsenal menurunkan pemain tengah Perancis itu dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Udinese dan cuba membawa Nasri ke Manchester City sebelum jendela perpindahan berakhir pada 31 ogos ini.
Perpindahan Nasri memberi tamparan kepada Arsenal yang sebelum ini telah kehilangan ketua pasukan Cesc Fabregas kepada Barcelona yang mana kedua-dua pemain tersebut adalah pemain tengah berpengaruh Arsenal.
Subscribe to:
Posts (Atom)