Sunday, October 30, 2011

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2011

Skuad Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia 2011 selepas menewaskan Terengganu 2-1 pada perlawanan akhir malam tadi di Stadium Shah Alam yang disaksikan oleh kira-kira 70,000 penyokong kedua-dua pasukan.

Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga selepas melakukan pada tahun 1948 dan 2009.

Walaupun Terengganu terlebih dahulu mendapat gol melalui Mohd Ashaari Shamsuddin yang menjaringkan gol pertama skuad Penyu pada minit ke-59 namun skuad Rusa bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-81 selepas tendangan S. Kunanlan gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee sekali gus menyaksikan bola melantun ke dalam gawang sendiri.

Gol kemenangan Negeri Sembilan dijaringkan oleh Hairuddin Omar pada minit ke-86 perlawanan dengan sepakan libas menarik melalui hantaran lintang Shukor Adan.

No comments:

Post a Comment

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...