Thursday, October 20, 2011
Malaysia Menghadapi Kesukaran Mempertahankan Emas Sukan Sea
Mampukah Malaysia mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada temasya dua tahun lalu di Laos? Skuad negara bakal berdepan laluan sukar pada temasya Sukan Sea 2011 Jakarta kali ini apabila diundi dalam kumpulan A bersama Indonesia, Singapura, Thailand dan Kemboja bagi acara bola sepak.
Kumpulan B pula dianggotai oleh naib juara edisi lepas, Vietnam, Laos,Brunei Darussalam, Timor Leste, Myanmar dan Filipina.
Cabaran dalam kumpulan A pastinya getir dengan kehadiran juara 13 kali Thailand, tuan rumah Indonesia dan Singapura. Kita sedia maklum Thailand adalah pasukan pilihan memenangi emas, Indonesia pula dengan bermain dihadapan penyokong sendiri yang terkenal dengan fanatik bola sepak sememangnya cabaran yang sukar buat Malaysia. Saingan Singapura juga tidak boleh dipandang mudah kerana Singapura selalu memberi kesukaran kepada Malaysia setiap kali kedua-dua pasukan bertemu.
Acara bola sepak Sukan SEA akan bermula dari 3 hingga 21 November di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta dan Stadium Lebak Bulus, Jakarta Selatan.
Skuad negara bawah 23 tahun negara di bawah jurulatih Ong Kim Swee ini, bakal membuka saingan dengan menentang pasukan Singapura pada 9 Nov., diikuti Thailand (11 Nov), Kemboja (15 Nov), dan menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan nenentang tuan rumah, Indonesia pada 17 November.
Malaysia pernah memenangi pingat emas sebanyak lima kali iaitu pada 1961, 1977, 1979, 1989 dan 2009.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment