Thursday, December 8, 2011

Filem Ombak Rindu, RM4 juta Dalam Masa 4 Hari









Filem Ombak Rindu lakonan Maya Karin ( Izzah), Aaron Aziz (Hariz) dan Lisa Suihani  (Mila) telah berjaya mendapat kutipan tiket sebanyak RM4 juta dalam tempoh 4 hari tayangan yang bermula sejak 1 Disember lalu.

Filem yang diarahkan oleh Osman Ali dan diadaptasi daripada novel karya Fauziah Ashari ini mengisahkan tentang pencintaan diantara Izzah dan Hariz yang terpaksa menempuh pelbagai rintangan.

Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan untuk dijadikan pelacur. Hariz anak Datuk Sufiah (Azizah Mahzan), telah membeli Izzah untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah merayu kepada Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz bersetuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. Namun selepas itu, Hariz mulai jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan sebagai seorang gadis kampung. Hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah.

Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari rumah.
Setelah Hariz keluar dari hospital, Hariz diberitahu yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain.
Izzah telah pulang ke kampung setelah dimarahi oleh Hariz semasa terserempak dengan beliau di rumah Pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah.

Pak Dollah (Zaidi Omar) yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa Hariz sebenarnya adalah anak yang diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz yang Izzah sebenarnya tidak bersalah.

Hariz yang telah menyesal pergi ke kampung Izzah untuk memujuk Izzah supaya kembali kepangkuannya. Mila kemudian datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Hariz dan Izzah kemudiannya hidup dengan bahagia.

Lain-lain pelakon bagi Filem genre drama cinta yang menelan belanja RM1.56 juta ini ialah Bront Palarae, Julia Ziegler dan Normah Damanhuri.

Untuk rekod kutipan tertinggi bagi Filem tempatan adalah sebanyak RM11.74 juta yang dikutip oleh KL Gangter keluaran Skop Production.

Semoga kekusutan yang berlaku antara syarikat yang menerbitkan Novel Ombak Rindu dan penulisnya, Fauziah Ashari mengenai pertikaian berkenaan dengan royalti dapat diselesaikan dengan cara yang sewajarnya.

5 comments:

  1. munirah: hebatkan ombak rindu...

    ReplyDelete
  2. jika seseiapa yg tidak membaca novel tk rasa kecewa dgn jalan cerita...apa2 pun OR memang best

    ReplyDelete
  3. nyanyisunyi: ya ke...cerita OR memang best :)

    ReplyDelete
  4. visit me and follow me http://animexited.blogspot.com

    ReplyDelete

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...