Saturday, December 3, 2011

Fouziah Gous Berkahwin Dengan Tan Sri












Fouziah Gous, pelakon yang cantik dan jelita tu dengarnya telah berkahwin dan menjadi isteri kedua kepada seorang Tan Sri. Siapakah Tan Sri tersebut dan bagaimana kehidupan Fouziah setelah bergelar isteri, apakah perkahwinan tersebut diterima oleh isteri pertama Tan Sri.

Semua ini sebenarnya dapat disaksikan menerusi drama terbaru lakonan Fouziah Gous, Karma yang kini sedang ditayangkan di Tv9 setiap Isnin dan Selasa pukul 9.00 malam.

Dalam drama arahan Erma Fatima ini, Fouziah yang memegang watak Karmila, seorang artis popular yang telah jatuh cinta dan berkahwin sebagai isteri kedua kepada Tan Sri Fahrul Sani, seorang lelaki berumur lakonan Datuk Ahmad Tamimi Siregar.

Walaupun Karmila mencintai Tan Sri Fahrul dengan penuh keikhlasan, namun kehadirannya tidak diterima madu beliau lakonan Ziela Jalil. Apakah halangan dan rintangan kehidupan yang dihadapi oleh karmila dalam cerita ini sama-samalah kita saksikan kesudahannya.

Drama 13 episod ini turut dibintangi oleh Aaron Aziz, Datuk Rahim Razali, Azlee Khairi, Fadilah Mansor dan Sharifah Aleya.

14 comments:

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...