Wednesday, December 7, 2011

Bagaimana Kedudukan Terengganu Dan Kelantan Dalam Saingan Piala AFC 2012

Undian bolasepak Piala AFC 2012 peringkat kumpulan telah berlangsung di AFC House, Bukit Jalil, Kuala Lumpur petang tadi. Bagaimana kedudukan wakil kelab dari Malaysia iaitu pasukan Terengganu dan Kelantan dalam saingan peringkat kumpulan ini yang berjumlah 32 pasukan yang dibahagikan kepada 8 kumpulan dengan 4 pasukan setiap kumpulan.

Terengganu, sebagai Juara Piala FA diundi berada dalam Kumpulan F bersama-sama dengan pasukan Kichee (H.Kong), Song Lam Nghe An (Vietnam) dan Home United (Singapore). Bagi Juara Liga Super, Kelantan pula akan bersaing bersama-sama dengan pasukan Ayeyawady (Myanmar), Arema Indonesia (Indonesia) dan Navibank Saigon (Vietnam) dalam Kumpulan H.



Kejohanan Piala AFC dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia, AFC merupakan pertandingan yang melibatkan kelab bola sepak di benua Asia selain Liga Juara-juara AFC, pertandingan diantara juara-juara dan pemenang piala 14 liga teratas Asia.

2 comments:

  1. Go Terengganu dan Kelantan!..
    Make Malaysia Proud..

    ReplyDelete
  2. moga pasukan terengganu dan kelantan boleh pergi jauh... :)

    ReplyDelete

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...