Sunday, October 9, 2011

Wayne Rooney Terlepas Perlawanan Pembukaan Euro 2012









Wayne Rooney akan terlepas perlawanan pembukaan Euro 2012 di Poland dan Ukraine tahun depan akibat tindakan bodoh menendang pemain pertahanan Montenegro, Miodrag Dzudovic dan seterusnya diperintah keluar padang akibat memerima kad merah dalam perlawanan yang berkesudahan seri 2-2 pada pusingan kelayakan Euro 2012 kelmarin.

Walupun England telah layak ke pusingan akhir Euro 2012, kad merah yang dilayangkan kepada Rooney pada perlawanan tersebut turut mempersoalkan tentang reputasi panas baran bintang Manchester United yang sebelum ini kurang digemari penyokong England. Pada Piala Dunia 2006 lalu,  Rooney juga menerima nasib serupa apabila diperintah keluar padang selepas bertindak kasar ke atas pemain Portugal, Ricardo Carvalho.

6 comments:

  1. perggghhh....rooney terbaik....tp xdpt gak beraksi

    ReplyDelete
  2. dia ni 2-3bulan ni kat MU nampak cool jer, rupanya dia ni takleh blah kalo main dengan orang luar(bukan english)

    ReplyDelete
  3. tidak minat dgn bola. hahaha :P

    ReplyDelete
  4. Fendy: ronney memang terbaik tapi gelagatnya merugikan england
    top 5: betul tu pulak

    ReplyDelete
  5. marniey:...ooo...tak minat tak pe!

    ReplyDelete

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...