Sunday, October 23, 2011

Terengganu dan Negeri Sembilan Bakal Juara Piala Malaysia 2011











Terengganu dan Negeri Sembilan bakal bertemu di pentas akhir Piala Malaysia buat pertama kali, selepas menumpaskan lawan masing-masing pada pertembungan separuh akhir kedua, malam tadi.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Skuad Sang Penyu mara ke pentas akhir dengan kemenngan agregat 4-1 selepas menumpaskan Selangor 2-1.

Gol pertama Terengganu hadir menerusi Abdul Manaf Mamat yang sekali lagi membuktikan kehebatannya hasil gerakan menarik di dalam petak penalti pada minit ke-19 yang menewaskan penjaga gol Selangor, G.Jeevanathan.

Gol kedua juara Piala FA 2011 itu dihasilkan menerusi rembatan deras world class yang menarik melalui kaki kiri dari luar petak penalti oleh Ashaari Shamsuddin pada minit ke-72.

Selangor walaubagaimana pun berjaya memperoleh gol saguhati hasil tandukan Safiq Rahim yang menerima hantaran lintang Amirul Hadi Zainal dua minit sebelum perlawanan tamat.

Sementara itu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi T-Team gagal mengikut jejak abangnya, apabila gagal menyekat Negeri Sembilan yang sekali lagi melangkah ke pentas akhir dengan agregat 6-3 apabila T-Team kalah 1-2.

Walaupun T-Team terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-72 menerusi Fitri Omar, sebelum pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi gol Shahurain Abu Samah tiga minit kemudian.

Jaringan Shukor Adan yang menanduk masuk gol pada minit ke-84 hasil hantaran lintang pemain sayap S.Kunanlan, seterusnya memadamkan hasrat T-Team untuk mencipta sejarah mara ke pentas akhir buat kali pertama.

Kedua-dua pasukan bakal menentukan juara Piala Malaysia 2011 pada 29 Oktober ini di Stadium Shah Alam.

3 comments:

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...