Monday, February 9, 2015

Rebat Tol Tahun Baru Cina



Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan bahawa kesemua syarikat lebuh raya bersetuju menawarkan insentif itu sebagai program tanggungjawab sosial korporat dan penghargaan kepada pengguna sempena perayaan Tahun Baru Cina tahun ini.

Pengguna-pengguna lebuh raya bakal menikmati diskaun dan rebat tol antara 5 hingga 37.5 peratus di 18 lebuh raya seluruh Negara.

Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) menawarkan rebat sebanyak 30 peratus bagi perjalanan melebihi 100 kilometer kepada pengguna yang membayar tol secara elektronik (ETC) pada 16 dan 23 Feb.


Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) pula menawarkan diskaun kadar rata sebanyak 60 sen untuk kenderaan semua kelas tunai dan ETC pada 19 Feb manakala Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL-Barat (SPRINT) menawarkan 20 sen untuk semua kelas tunai dan ETC pada hari sama.


Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE) dan Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) pula menawarkan diskaun 20 peratus untuk ETC Kelas 1 dari 6 pagi 19 Feb hingga 6 pagi 20 Feb.


Lebuhraya SMART pula menawarkan 10 peratus untuk tunai dan ETC bagi kelas 1 dan 4 sahaja pada 19 Feb manakala Lebuhraya Shah Alam (KESAS) menawarkan 10 peratus untuk tunai dan ETC Kelas 1 sahaja.


Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB) menawarkan diskaun 10 peratus untuk tunai dan ETC bagi semua kelas dari 11 malam 18 Feb hingga 8 pagi 19 Feb manakala Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga).

Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX) menawarkan diskaun 10 peratus untuk tunai dan ETC pada 19 Feb bagi semua kelas.


Lebuhraya Senai Desaru (SDE), Johor dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) menawarkan diskaun 10 peratus untuk tunai dan ETC bagi kelas 1 sahaja.
Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) pula menawarkan diskaun 5 peratus untuk ETC kelas 1 sahaja dari 6 pagi 19 Februari hingga 5.59 pagi 20 Februari.




No comments:

Post a Comment

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...