Saturday, November 23, 2013

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang




Nantikan kemunculan Ustaz Azhar Idrus dalam filem berjudul Ustaz Mu Tunggu Aku Datang yang akan ditayangkan dipawagan seluruh negara bermula pada 28 November ini. Bolehlah bawa anak-anak bersama semasa musim cuti sekolah ini atau menonton bersama rakan-rakan.

Dengar cerita Ustaz Azhar yang juga seorang penceramah bebas yang popular ini menerima bayaran yang agak lumayan walupun hanya tampil dalam tiga babak sahaja. Rezeki beliau.

Filem ini menceritakan tentang Dadu, lakonan Shahrol Shiro yang tidak mempunyai hala tuju dalam hidup, manakala rakan baiknya, Muiz, lakonan Ajak Shiro pula seorang penganggur dan mengharapkan Dadu menyara hidupnya.

Kemunculan saudara Dadu, Hamzah, lakonan Along Eyzendy yang telah insaf membuka hati kedua-duanya untuk kembali ke jalan yang benar. Hamzah kemudian memberi mereka menonton VCD ceramah Ustaz Azhar sehingga menimbulkan minat mereka yang mahu menyaksikan ceramah Ustaz Azhar secara langsung.

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang diterbitkan oleh Metrowealth dan diarahkan oleh pengarah muda Pierre Andre.

2 comments:

  1. Mu tunggu ustaz.. ku nak datang juga.. :D

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum, salam perkenalan, sila singgah ke blog udah atau langsung mulai ke https://play.google.com/store/apps/details?id=air.PuzzleBarbie dan
    https://play.google.com/store/apps/details?id=air.KumpulanDongeng, Ada Cerita nak indonesia dan teka-teki untuk mendidik dan mengasah Kecerdikan anak, barangkali You mempunya nak.adik, keponakan Yang Masih Kecil, sila mencoba PERCUMA , semoga bermanfaat, terima kasih.

    ReplyDelete

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...