Sunday, November 10, 2013

Fizo Omar sah bergelar suami kepada Mawar

Pelakon Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar sah bergelar suami kepada anak pengasas tudung jenama Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz tepat jam 9.30 pagi tadi di rumah pengantin perempuan di Country Height Kajang, Selangor.
Akad nikah telah disempurnakan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat, Mohd Arif Abd Samad dan disaksikan oleh dua orang saksi iaitu Wan Zamani Wan Omar dan Azreen Bajuri.
Cara tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi O di TV9.
Pada majlis tersebut, Mawar turut menerima mas kahwin sebanyak RM506 namun wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.
Rombongan lelaki membawa tujuh dulang hantaran berupa sepersalinan dan wangian berbalas sembilan dulang daripada pihak perempuan.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin, rakan artis dan wakil media.

Rombongan pengantin lelaki diiringi konvoi motosikal berkuasa tinggi selain tujuh selebriti lelaki iaitu Datuk Rosyam Nor, Fahrin Ahmad, Kamal Adli, Nazim Othman, Iqram Dinzly, Johan As'ari dan Shaheizy Sam ditugaskan untuk membawa dulang hantaran.

9 comments:

  1. alhamdulillah.. kita doakan semoga rumahtangga yang dibina diberkati oleh Allah dan kekal hingga ke syurga.. :D

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah....begitulah hendaknya...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Semoga berbahagia kepada pasangan baru ni :)

    ReplyDelete
  5. JIKA ANDA BUTUH ANKA GHAIB HASIL RITUAL 2D.3D.4D. SGP & HK DI JAMIN 100% JEBOL JIKA BERMINAT SILAHKAN HUB KI AGEN RUSMAN DI NMOR (_+_ 0_8_2_3_3_4_2_2_2_6_7_6_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB then’z room’x sobat





    JIKA ANDA BUTUH ANKA GHAIB HASIL RITUAL 2D.3D.4D. SGP & HK DI JAMIN 100% JEBOL JIKA BERMINAT SILAHKAN HUB KI AGEN RUSMAN DI NMOR (_+_ 0_8_2_3_3_4_2_2_2_6_7_6_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB then’z room’x sobat

    ReplyDelete
  6. moga kekal hingga ke hujung hayat. =)

    Exam dah habis
    http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/11/exam-dah-habis.html

    ReplyDelete

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...