Tuesday, November 13, 2012

MAHA International 2012

















MAHA International 2012 yang dihoskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dengan kerjasama MARDI dan MARDITECH Corporation Sdn. Bhd. serta Jabatan dan Agensi di bawah MOA akan diadakan pada 23 November hingga 2 Disember 2012 bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).  

Acara yang akan berlangsung selama 10 hari ini diadakan serentak dengan Hari Peladang, Perternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK). HPPNK merupakan satu program penghargaan kerajaan untuk kumpulan peladang, perternak, nelayan serta usahawan agro di seluruh Negara . Bertemakan “Transformasi Pertanian Melalui Inovasi”, MAHA International 2012 akan memaparkan kejayaan sektor pertanian dan industri asas tani serta ternakan dari aspek inovasi dan teknologi terkini.

Selain penglibatan dari agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan usahawan dalam negara, pameran ini juga akan turut disertai penyertaan dari luar Negara antaranya Afghanistan, Vietnam, Singapura, Korea Selatan, India, Qatar dan Sri Lanka.

No comments:

Post a Comment

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...