Tuesday, October 9, 2012

Kelayakan Piala Asia 2015 Malaysia Diundi Dalam Kumpulan D


Skuad bola sepak negara, Harimau Malaya  berdepan laluan sukar  pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015 apabila diundi dalam Kumpulan D bersama tiga pasukan dari negara Arab iaitu Qatar, Bahrain dan Yaman dalam udian yang dijalankan sebentar tadi.

Hanya dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan layak secara automatik ke pusingan akhir kejohanan bersama pemenang ketiga terbaik daripada lima kumpulan.
Empat pasukan melayakkan diri secara automatik iaitu Australia selaku tuan rumah, Jepun selaku juara bertahan manakala dua lagi slot diisi oleh KoreaSelatan selaku pemenang tempat ketiga Piala Asia 2011 di Qatar serta KoreaUtara selaku juara Piala Cabaran AFC tahun ini. Slot automatik kelima akan diberikan kepada pemenang Piala Cabaran AFC pada 2014.
Pusingan akhir Piala Asia 2015 dijadual berlangsung di empat bandar di Australia pada Jan 2015 iaitu Melbourne, Brisbane, Sydney dan Canberra.
Sebagai rekod, skuad bola sepak negara melayakkan diri ke pusingan akhir kejohanan bola sepak empat tahun sekali itu di Iran (1976), Kuwait (1980) dan 2007 selaku tuan rumah bersama Indonesia, Thailand dan Vietnam.

No comments:

Post a Comment

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...