Wednesday, March 14, 2012

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 Diumumkan Pada 21 Mac 2012

Kepada adik-adik yang telah mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 tentu tidak sabar-sabar dan berdebar-debar menanti pengumuman keputusan peperiksaan tersebut.

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.
Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. 




Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.

4 comments:

  1. Liza dah janji nak bagi hadiah kepada anak buah ..

    ReplyDelete
  2. Kalau dulu nak tahu result kena juga ke sekolah...sekarang dah makin canggih..Dunia IT

    ReplyDelete
  3. kak mah: canggih, boleh diguna utk kebaikkan...

    ReplyDelete

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...