Saturday, March 10, 2012

Hoki Kelayakan Olimpik 2012 Di Dublin, Ireland



Perlawanan pertama skuad hoki  negara pada saingan Kelayakan Olimpik 2012 hari ini adalah penting dalam misi untuk melayakan diri ke Sukan Olimpik selepas gagal melayakan diri selama 12 tahun.

Pada perlawanan hari ini, skuad negara akan bertemu Chile, pasukan ranking ke-26 dunia di Stadium Kolej Universiti, Dublin, Ireland. Kemenangan perlawanan ini amat penting kerana selepas ini skuad negara bakal berdepan dengan lawan yang lebih sukar terutamanya pasukan pilihan Korea Selatan.

Jika dilihat daripada kedudukan ranking skuad negara yang berada dikedudukan ke 13 dunia, perlawanan menentang pasukan Chile ini mungkin tidak sesukar mana bagi skuad bimbingan Tai Beng Hai ini.

Pasukan-pasukan  lain dalam kumpulan kelayakan ini ialah Korea Selatan ranking ke-6 dunia, Ireland ke-16, Russia ke-20 dan Ukraine ke-29.


Untuk rekod, kali terakhir Malayasia layak ke Sukan Olimpik adalah pada Sukan Olimpik Sydney 2000. Dan skuad negara terlepas peluang keemasan ke Sukan Olimpik 2012 selepas tewas kepada Pakistan pada perlawanan akhir Sukan Asia Guangzhou 2010 yang menyediakan tempat layak secara  automatik kepada pemenang pingat emas.

Selepas membuka kempen menentang Chile hari ini, skuad Negara bakal berdepan pula dengan Russia pada Ahad, Ukraine(Selasa), Korea Selatan (Khamis) dan perlawanan terakhir menentang tuan rumah Ireland pada 17 Mac ini.


# Untuk Informasi Terkini Tentang Kejohanan Ini Sila Ke: 
INFO BOILER FACEBOOK PAGES





3 comments:

  1. kalo dpat tmpat kedua ader play off x?? ker tros abes?

    ReplyDelete
  2. kejohanan dijalankan secara satu pusingan, juara dan naib juara kumpulan akan bertemu difinal untuk menentukan pasukan yg layak...pasukan yg menang difinal tersebut sahaja layak ke Olimpik.
    perlawan pertama malaysia menang keatas Chile 5-1

    ReplyDelete
  3. thanks!!tahniah m'sia.. follow sni..

    ReplyDelete

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...