Monday, February 20, 2012

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Mendapat Pengiktirafan dari Malaysia Book of Records






Tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kerana telah mencipta sejarah sebagai sultan pertama dilantik Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua dan berkenan menerima sijil pengiktirafan dari Malaysia Book of Records.
Kali pertama Tuanku Abdul Halim dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ialah pada 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975 sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-5 semasa berusia 43 tahun, sebelum sekali lagi dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 mulai 13 Disember 2011 yang lalu menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin.
Baginda menerima buku dan sijil pengiktirafan tersebut daripada Datuk Danny Ooi, Pengarah Urusan The Malaysia Book of Records di Istana Negara. Turut berangkat mengiringi baginda pada majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

2 comments:

  1. Alhamdulillah...panjang usianya dan sihat tubuh badan dapat memerintah negara kita Malaysia.

    ReplyDelete
  2. entah ada ke tidak lg slps nie yg dpt memerintah 2x

    ReplyDelete

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...