Sunday, December 11, 2011

Chef Riz Berkahwin Dengan Pelakon Ana Dahlia











Chef selebriti, Chef Riz @ Mohd. Nadri Redzuawan telah sah menjadi suami kepada pelakon Ana Dahlia, 28, di majlis pernikahan yang dilangsungkan di rumah pengantin perempuan di Taiping, Perak, kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi dengan sekali lafas.

Chef Riz, 29 merupakan anak kepada Chef selebriti yang terkenal, Chef Wan dan juga adalah salah seorang juri Master Chef Malaysia, rancangan yang memberi inspirasi dan peluang kepada chef baru untuk mencungkil bakat dalam bidang masakan dan dilatih oleh chef yang berpengalaman.

Ana Dahlia atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar pernah berlakon sebagai Azira dalam Drama Nora Elena.

Pasangan tersebut telah dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jeling, Taiping, Perak, Ustaz Nawi Osman dan Ana berwalikan bapa kandungnya, Jaafar Mat Ali dengan mas kahwin sebanyak RM1,001. Ana juga menerima wang hantaran berjumlah RM20,000 dengan 10 dulang hantaran, manakala pihak lelaki menerima 15 dulang.



Majlis tersebut turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan tersebut. Majlis persandingan akan berlangsung pada sebelah malam di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak

5 comments:

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...