Saturday, August 6, 2011

Undian Piala Malaysia 2011

Berdasarkan undian Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam juara bertahan, Kelantan dan Selangor mempunyai peluang mara ke suku akhir tahun ini selepas melihat tuah undian memihak mereka.


Dalam undian tersebut Kelantan diletakkan dalam Kumpulan C yang turut membabitkan Johor FC, Felda United FC dan Sarawak,senario yang memberi gambaran peluang yang cerah untuk muncul juara kumpulan berkenaan.
Juara 32 kali Piala Malaysia, Selangor juga dilihat tidak menghadapi sebarang masalah mara ke saingan suku akhir apabila diletakkan satu kumpulan bersama Terengganu T-Team, Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Kumpulan D.

Sementara itu, Juara Piala FA 2011,Terengganu dilihat menghadapi laluan sukar apabila diletakkan dalam kumpulan B bersama Naib Juara Piala Malaysia 2010, Negeri Sembilan, juara Liga Perdana 2011, Selangor PKNS FC dan Kuala Lumpur Sime Darby FC (Sime Darby).

Pasukan Pilihan Kedah mempunyai lawan yang agak seimbang dalam Kumpulan A iaitu Perak, Sabah dan Johor.

Saingan Piala Malaysia 2011 bermula 6 September ini dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada 4 dan 8 Oktober manakala perlawanan akhir dijadualkan pada 29 Oktober.

Kumpulan A: Kedah, Perak, Sabah, Johor

Kumpulan B: Terengganu, Negri Sembilan, PKNS Selangor, KL Sime Darby

Kumpulan C: Kelantan, Johor FC, Felda United, Sarawak

Kumpulan D: Selangor, Kuala Lumpur, T-Team Terengganu, Polis

2 comments:

  1. Tak sabar nak tengok perlawanannya...

    ReplyDelete
  2. perlawanan bermula selepas raya, ada masa lg untuk setiap pasukan membuat persediaan

    ReplyDelete

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...