Thursday, August 18, 2011

Tony Fernandes Beli Kelab Liga Inggeris Queens Park Rangers



Selepas gagal dalam usaha untuk mengambil- alih kelab yang diminatinya, West Ham United, Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia semakin hampir membeli 51 peratus saham kelab Bola Sepak Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) pula.

Beliau dilaporkan bakal membeli saham pemilik Formula 1 Bernie Ecclestone yang merupakan pemegang saham utama dalam QPR pada kira-kira $196 (RM583) juta dengan urus janji itu kemungkinan diumumkan dalam waktu terdekat.

Ecclestone dilaporkan memegang 66 peratus saham kelab itu, bersama-sama hartawan besi dan keluli dari India Lakshmi Mittal, seorang lagi pemegang saham utama dengan 33 peratus dan bekas ketua pasukan Renault Formula 1, Flavio Briatore memiliki 1 %. Ecclestone merupakan pemegang saham utama kelab itu sejak lima tahun lepas dan beliau telah sejak sekian lama mahu menjualnya.

Jika urus janji itu berjalan lancar, Fernandes akan menjadi tokoh terbaru dalam senarai ahli perniagaan dari Asia melabur dalam kelab-kelab bola sepak Inggeris.
Tahun lepas, Forbes Asia menilai kekayaan peribadi Fernandes sebanyak US$330 juta (RM982 juta), meletakkannya pada ranking ke-19 dalam senarai orang paling kaya di Malaysia.

Fernandes bakal mengambil-alih saham majoriti QPR seawal Isnin tetapi mengingatkan urus janji itu masih belum dimeterai dan mungkin akan tertangguh atau malahan batal berikutan pihak-pihak perlu mencapai persetujuan pada butiran muktahir.

QPR masih belum mendapat sebarang mata dan menduduki carta bawahan liga Perdana Inggeris selepas dibelasah Bolton Wanderes 4-0 dalam perlawanan pertama minggu lalu.

4 comments:

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...