Wednesday, August 17, 2011

Cesc Fabregas Menyertai Kelab Lamanya Barcelona


Akhirnya Cesc Fabregas menyertai juga Barcelona, kelab yang diidam-idamkan sejak sekian lama.
"Saya kembali selepas lapan tahun" katanya ketika diperkenalkan secara rasmi dihadapan ribuan peminat di Comp Nou.

Cesc Fabregas melengkapkan perpindahan ke Barcelona dengan menandatangani perjanjian kontrak lima tahun bernilai 29 juta euro ( RM124.4 juta ) bersama kelab yang pernah diwakilinya ketika zaman remaja. Perjanjian tersebut menamatkan kisah panjang perpindahan pemain itu yang bermula tahun lalu untuk membawa Fabregas kembali semula ke bekas kelabnya ketika dia berusia 16 tahun pada 2003.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang pada mulanya tidak mahu melepaskan Fabregas, akhirnya akur juga dengan kemahuan pemain itu yang ingin pulang ke kampung halamannya.

Fabregas bersama dengan kelab lamanya, Arsenal selama lapan tahun dengan 303 penampilan, menjaringkan 57 gol dalam semua kejohanan. Dilantik sebagai ketua pasukan Arsenal pada November 2008, dia juga merupakan pemain tetap dalam skuad kebangsaan Sepanyol dan telah membuat 58 penampilan antarabangsa.

Pemergian Fabregas meletakkan penyerang Robin van Persie sebagai calon untuk jawatan ketua pasukan baru Arsenal.

No comments:

Post a Comment

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...