Sunday, June 19, 2011

Pesta Flora Putrajaya 2011

Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2011 (Floria Putrajaya 2011) akan sekali lagi menemui peminat bunga-bungaan dan para jurugambar pada 9 hingga 17 Julai, yang menjanjikan lebih 12,000 mawar pelbagai jenis dipamerkan bertempat di Waterfront Presint 2, Putra Jaya.

Dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) buat kali keempat, acara kali
ini yang bertemakan "Mawar Untuk Selamanya" yang turut menampilkan 400,000 jenis bunga hiasan beraneka warna, tumbuhan herba, pokok liar dan
hiasan laman unik berwarna-warni.



 

Rekaan taman daripada 13 pereka taman dan gubahan bunga dari luar
negara seperti Indonesia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun,
Korea, Taiwan, Thailand, Macau, Kenya, Pakistan, Kanada, New Zealand
dan Hong Kong  juga dipamerkan.

Pameran, bengkel berkebun dan bercucuk tanam serta pertandingan taman
seni reka bentuk kreatif untuk pelajar sekolah dan universiti, akan turut diadakan pada festival ini.

Pesta floria kali ini turut membabitkan Kementerian Pelancongan bagi acara 'Malam Perarakan Flora Pelancongan Antarabangsa 1Malaysia', yang menyaksikan perarakan 14 bot dihiasi bunga-bungaan pelbagai warna berlangsung setiap malam sepanjang penganjuran floria di Tasik Putrajaya.


Acara akan dibuka dari pukul 9 pagi hingga 10 malam, setiap Isnin hingga Khamis dan dilanjutkan sehingga pukul 12 tengah malam pada Jumaat serta hujung minggu. Masuk adalah percuma.

5 comments:

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...