Tuesday, June 14, 2011

Tindakan Ke atas Syarikat Skim Kutu

Selepas ramai yang tertipu akhirnya Dewan Rakyat pada hari ini meluluskan Rang Undang-undang (Larangan) Kumpulan Wang Kutu (Pindaan) 2011 dengan memperuntukkan tindakan tegas denda sehingga RM500,000 terhadap syarikat yang menganjurkan perniagaan skim kutu.

Pindaan terhadap rang undang-undang itu turut menyaksikan peningkatan tempoh penjara maksimum daripada tiga tahun sebelum ini kepada sepuluh tahun bagi kesalahan yang sama.
Bagaimanapun akta berkenaan tidak tertakluk kepada penganjur kutu kecil-kecilan yang hanya melibatkan jumlah wang dan kumpulan kecil tanpa memberi keuntungan kepada penganjur. Yang ini tak apa, lagi pun penganjur  hanya bertujuan untuk membantu peserta menyimpan wang dan peserta akan mendapat wang mereka semula apabila tiba gilirannya tanpa sebarang keuntungan baik kepada penganjur mahupun peserta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, pembentukan akta berkenaan memberi fokus terhadap syarikat yang menjalankan perniagaan kutu bagi mengaut keuntungan.
Kata beliau, kerajaan memandang serius terhadap operasi syarikat yangmenjalankan perniagaan kutu demi keuntungan penganjur.

"Kalau wujudkan syarikat dan kumpul duit dari puluh-puluh ribu orang dan unsur bisnes berlaku apabila penganjur kutu mengambil komisyen misalnya 10 peratus untuk dirinya yang dipanggil sebagai service charge dan apa saja kita akan ambil tindakan," katanya.
Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 bertujuan melarang pendaftaran atau pelesenan perniagaan yang bertujuan menganjurkan atau merancang untuk menganjurkan wang kutu.

2 comments:

  1. wajar kerana skim ini boleh dimanipulasi utk lain2 tujuan....

    ReplyDelete

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...