Friday, June 24, 2011

Malaysia Menumpaskan Lebanon 2-1

Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana dapat menumpaskan Lebanon 2-1 pada pusingan kedua kelayakan bola sepak Olimpik 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Walaupun skuad negara bermain dengan sepuluh pemain apabila Gary Steven Robbart dibuang padang selepas dilayangkan kad kuning kedua pada awal permainan separuh masa kedua, pemain negara dapat bertahan daripada serangan bertali-arus Lebanon.

Sebelum itu skuad negara membuka tirai jaringan menerusi Mohd. Irfan Fazali pada minit ke-8 dan menambah jaringan kepada 2-0 pada minit ke-41 oleh Wan Zack Haizal.

Lebonan hanya dapat menjaringkan gol melalui Chandie Atie pada minit ke-64 selepas Malaysia bermain dengan sepuluh pemain. Corak permainan secara bertahan selepas itu membuahkan hasil apabila Malaysia layak mara ke pusingan akhir kelayakan Olimpik peringkat kumpulan yang membabitkan 12 pasukan untuk meraih tiket ke Sukan Olimpik.

Malaysia kali terakhir layak ke Sukan Olimpik ialah pada tahun 1980 di Moscow, Rusia tetapi kerajaan Malaysia memboikot sukan tersebut kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

2 comments:

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...