Sunday, June 12, 2011

Juara Baru Piala FA 2011

Assalamualaikum...Selamat Sejahtera.....
Tahniah Boiler ucapkan kepada Pasukan pilihan Boiler Terengganu kerana menjuarai Piala FA selepas menewaskan Kelantan 2-1 dalam permainan yang berlanjutan ke masa tambahan malam tadi.


Kemenangan Terengganu sebenarnya adalah kerana semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh pemain. Kelantan sebenarnya boleh memenangi piala jika para pemainnya tidak hilang fokus pada minit-minit akhir permainan dan kesilapan Daudsu Jamaludin yang tertanduk bola ke gawang sendiri ketika masa kecederaan, sesudah mendahului dengan 1-0 jaringan Nurul Azwan Roya pada minit ke-80 memusnahkan cita-cita Kelantan membawa balik Piala FA buat pertama kali ke Kota Bharu. Jaringan tersebut telah mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Pada masa tambahan, Terengganu terus berkerja keras untuk mencari gol kemenangan dan hasilnya, melalui satu sepakan lambung yang cantik hasil tendangan sudut daripada Ashari Samsudin terus ke kepala Reeshafiq Alwi yang kemudiannya disambung dengan tendangan leret Ahmad Nordin ke penjuru gol yang gagal di selamatkan oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke 108 permainan.

Dengan kejayaan ini, Terengganu berjaya mendapat peluang beraksi pada saingan Piala AFC pada tahun 2012.
Pada pelawanan malam tadi juga, Mazuki Yusof, Kapten Terengganu dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir. Perlawanan tersebut disaksikan oleh hampir 90,000 penyokong kedua-dua pasukan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

7 comments:

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...