Thursday, June 2, 2011

Harga makanan akan turut naik kata Pakar Ekonomi

Harga makanan dijangka meningkat seiring pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik, kata ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia, Yeah Kim Leng.

Katanya, ini ekoran industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik.

"Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindahkan kos yang lebih tinggi kepada pengguna," katanya

Hasil daripada tekanan inflasi, Yeah berkata, kerajaan sebaiknya mengatur
pemotongan subsidi untuk barangan yang berbeza-beza, sebagai contoh petrol.

"Sekiranya kerajaan memotong subsidi petrol sekarang, ia akan menyebabkan gegaran berganda kepada pengeluar yang akhirnya memindahkan tekanan itu kepada harga barangan pengguna," katanya.

7 comments:

  1. semua nak naik..gaji pun patut naik la kan..

    ReplyDelete
  2. harga naik perkara biasa, harga turun itu luar biasa :)

    ReplyDelete
  3. agaknya nanti kena makan nasi putih saja...

    ReplyDelete
  4. singgah sini . dah follow sini pun.hehe
    harap singgah blog Zakwan balik.KALAU SUKA follow la ye :)

    singgah2 la Blog Zakwan yee

    ReplyDelete
  5. tu la..huuu...makan ape je nanti..harus berjimat,.

    ReplyDelete
  6. uih...mls komen..buat sakit jiwos asyik dgr brg naik...bila nak turun?

    ReplyDelete
  7. anumu: memang patut tu...
    czueka: memang betul...
    khairil: bukan begitu sekali...
    zakwan: nanti boiler singgah...
    cikida: ya...berjimat...
    husna: naik cepat...turun susah...

    ReplyDelete

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...