Thursday, April 28, 2011

Pesta Air Malaysia Port Dickson 2011


Jika tidak tahu hendak ke mana pada cuti hujung minggu dan hari Buruh ini, bawalah keluarga atau rakan-rakan bercuti di Port Dickson kerana  tiga puluh acara disediakan untuk orang ramai sempena Pesta Air Malaysia Port Dickson 2011 yang akan berlangsung dari 29 April hingga 2 Mei.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohamad Razi Kail berkata pihaknya menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM70,000 untuk pemenang dalam pelbagai acara.

Bercakap kepada pemberita di sini Rabu beliau berkata, Konsert Pancaindera yang dibawa khas oleh akhbar Mingguan Malaysia bakal menjadi antara tarikan utama.
"Aktiviti menarik lain ialah Pesta Pancing Port Dickson 2 kategori (Sampan dan Pantai), konsert artis popular bersama RTM Negeri, Sukaneka pantai dan pertandingan mewarna bersama keluarga.
"Selain itu, pengunjung dapat menyaksikan acara pertandingan sukan pantai antaranya Bolasepak Pantai Rembat Kosmo!, Tarik Tali, Bola Tampar dan Bola Jaring yang melibatkan 200 peserta," katanya.
Katanya acara lain ialah Mini Zoo, Persembahan Kebudayaan, Perasmian Pesta, Raja dan Ratu Kanak-Kanak Pantai, Karaoke, Pertunjukkan Layang-Layang, Jet Ski, Paramotor, Inflatable Games, Badut, Pertandingan Makan Pizza, Makan KFC dan Goyang A&W bersama para penaja, Uji Bakat bersama RTM Negeri, dan Wellnes Fun And Run.
Beliau berkata, Pantai Cahaya Negeri dan Pantai Bagan Pinang menjadi tumpuan kaki pancing apabila pertandingan memancing menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai lebih RM30,000.

"Saya yakin penganjuran kali ini mampu menyasarkan 100,000 orang pengunjung ekoran ketiadaan pesta air pada tahun lalu. Ini berikutan (cuti umum) 1 Mei jatuh pada hari Ahad, orang ramai mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga di pantai peranginan popular ini," katanya.

Program itu dianjurkan Pejabat Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Port Dickson.

No comments:

Post a Comment

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...