Saturday, February 19, 2011

Terengganu T-Team Gagal Mara

T-Team gagal menggunakan kelebihan bermain ditempat sendiri apabila kalah kepada Kelantan dalam saingan pusingan pertama Piala F.A dengan keputusan penalti 6-5 selepas permainan 120 minit terikat dengan 1-1.
Kelantan terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke 52 permainan melalui Mohd Rizal Fahmi, sebelum disamakan oleh Indra Putra Mahayudin sembilan minit kemudian.
Sebenarnya Kelantan boleh pulang dengan kejayaan lebih awal lagi tetapi penalti yang diperolehinya pada minit-minit akhir permainan gagal disempurnakan oleh pemain kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha.
Namun Norshahrul pantas menebus kesilapannya dengan mengambil sepakan penalti pertama untuk Kelantan dan Norfadly Alias pula melakukan kesilapan apabila gagal dalam sepakan yang ke 6 untuk pasukan T-Team apabila sepakannya melambung tinggi.
Secara keseluhannya permainan pasukan T-Team lebih baik daripada permainan-permainan yang sebelumnya kerana dapat menyaingi pasukan Kelantan.

No comments:

Post a Comment

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...